√ Tragis kes Pedopilia Kanak Dibunuh dan Dirogol Beramai - Adarain

Tragis kes Pedopilia Kanak Dibunuh dan Dirogol Beramai

Pembunuhan Asifa Bano : Kanak2 berusia 8tahun dibunuh & dirogol beramai2.

"Saya tahu sesuatu yang mengerikan telah terjadi pada anak saya," ujar sang ayah, Muhammad Yusuf Pujwala

Disampingnya duduk seorang isteri & ibu yang tidak dapat menerima kematian tragis anak kecilnya yang berusia 8tahun. Bibir Naseema Bibi tidak henti2 memanggil2 nama anaknya.

Mayat anaknya itu berada didalam keadaan memilukan. Kukunya menjadi hitam. Ada tanda biru dan merah di lengan dan jari-jarinya. Dia telah diseksa teruk,kakinya juga patah.

Asifa Bano,kanak2 berusia 8tahun berasal dari wilayah Kashmir India telah menjadi mangsa rogol kepada 7 orang lelaki dewasa! Ini kes pedopilia!

Yang lebih tragis,jenayah ini dilakukan oleh orang2 punyai jawatan & nama!

Seperti korang tahu,negara India adalah negara statik jenayah rogol & bunuh yang paling tinggi. Bahkan telah dinobatkan menjadi tempat yang tidak selamat bagi kaum wanita & kanak2.

Bukan cuma rakyat biasa,orang2 berjawatan,jutawan,menteri2 juga terlibat didalam isu ini.

Yang lebih malang,perlakuan ini kebiasaannya sang penjenayah tidak mendapat hukuman yang setimpal. Bahkan ada yang bebas tanpa mendapat pembalasan!


Tragis kes Pedopilia Kanak Dibunuh dan Dirogol Beramai
Kes rogol Asifa Bano: Semua suspek mengaku tidak bersalah

KRONOLOGI PEMBUNUHAN ASIFA


  1. Asifa telah hilang pada 10 Januari 2018.

  2. Sebelum hilang,Asifa dikatakan ke pinggir hutan untuk membawa pulang kuda-kuda ternakan keluarganya.

  3. Keluarganya mendapati ternakan mereka dikandangkan namun bayang susuk tubuh Asifa tidak kelihatan.

  4. Menyedari Asifa tidak muncul hingga kemalam,ibu bapanya bersama beberapa jiran tetangga telah kehutan untuk mencarinya berbekalkan lampu suluh & kapak.

  5. 2hari kemudian,12Jan,keluarga Asifa telah kebalai polis berdekatan bagi membuat laporan namun mengecewakan kerana pihak polis tidak mengambil tindakkan segera bahkan seolah2 sengaja melengah2kan bantuan.

  6. Salah seorang anggota polis telah menuduh Asifa telah terlibat kahwin lari dengan kanak2 lelaki didesa tersebut.

  7. 5 Hari kemudian mayat Asifa diketemui kawasan semak dipinggir hutan beberapa kilometer dari rumah mangsa.

Menurut para penyiasat, Asifa dikurung di sebuah kuil tempatan selama beberapa hari & diberi ubat penenang/dadah yang membuatnya tidak sedarkan diri.

Mereka menambahkan lagi, Asifa telah diperkosa dan diseksa selama berhari-hari hingga kemudian dibunuh.

"Dia dicekik hingga tewas,lalu kemudian kepalanya dipukul dua kali menggunakan batu," ujar salah seorang penyiasat.

Kau bayangkan anak kecil yang sel otak pun belum habis berhubung tapi diperlakukan seperti sex doll!

Sebelum kejadian Asifa, ada lagi kes melibatkan orang ternama/politik yang telah melakukan jenayah pemerkosaan ini terhadap rakyat.

Melibatkan Kuldeep Singh ahli perundangan parti Bharatiya Janata di Uttar Pradesh. Jantan ni dah rogol gadis remaja berusia 16tahun. Yang tak boleh blah,salah sorang saksi penerangan mati dipukul masa dalam tahanan soal siasat. Kau rasa? Mampu ke nak menang kes?

Polis gagal menyiasat dakwaan terhadap Kuldeep Singh Sengar,tapi Biro Siasatan Pusat India mengambil alih menyiasat kes itu beberapa hari lepas. Kes masih dalam siasatan.

Dan Kuldeep ni seperti biasa,klise bagi seorang orang politik. Tidak mengaku bersalah & berpura2 konon dia juga membela nasib mangsa rogol. Padahal 1 India tahu dia antara menteri kaki rogol!

Kes pedopilia di India sangat tinggi. Malaysia juga tidak lari. Haruan makan anak berlonggok2. Jangan tarik nafas lega bila ia tidak berlaku pada Malaysia. Mohon buka mata, Kes Pedopilia ada dimana2.

Get notifications from this blog

2 comments