Tahniah Pakatan Harapan Menang Besar Pilihan Raya 14 - adarain

Thursday, 10 May 2018

Tahniah Pakatan Harapan Menang Besar Pilihan Raya 14

Siapa sangka pilihan raya yang ke 14 merupakan satu sejarah buat Malaysia apabila berlaku peralihan kuasa buat pertama kali selepas 60 tahun Barisan Nasional memerintah sebagai kerajaan Malaysia.

Ini jelah menunjukkan kebangkitan rakyat menentang Barisan nasional ekoran berlaku skandal yang teruk dalam parti tersebut menyebabkan rakyat mengambil peluang untuk memberi peluang baru kepada parti baru..

Pakatan Harapan telah berjaya merampas negeri Melaka, Johor, Negeri sembilan dan Kedah manakalah Selangor serta Pulau Pinang kekal milik PKR.

Tahniah Pakatan Harapan Menang Besar Pilihan Raya 14
Tahniah Pakatan Harapan Menang Besar Pilihan Raya 14
Jadi janganlah main-main dengan kuasa rakyat sekali sudah tunjuk taring pasti tertunduk tersungkut mengenang nasib nanti.

Keputusan SPR Paling Lama Sampai Pagi

Keputusan yang diambil SPR memang sangat lama lebih daripada kebiasaanya sehingga lebih 24 jam lamanya. Ramai rakyat begitu juga dengan artis terkenal merungut dengan hal sebegini yang sepatutnya sudah selesai dengan sempurna tanpa melengahkan masa yang terlalu panjang.

Pengumuman pula mengambil masa yang terlalu lama dan satu persatu disebut sahaja dalam satu masa.

Perdana Menteri Ke-7 Mahathir Mohamad

Kita juga bakal menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri ke-7 buat kali kedua. Aura yang ada beliau sudah cukup kuat untuk menentang Barisan nasional.


Timbalan perdana menteri dikatakan jatuh kepada Presiden PKR iaitu Dr seri wan Azizah.

Semoga kerajaan yang baru dibentuk ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.

Tidak dilupa juga buat Barisan Nasional agar tidak mengambil sambil lewa dengan perkara yang berlaku serta mengambil inisiatif untuk terus membawa perubahan yang drastik.

Adakah 10 Janji Mampu ditunaikan Dalam Masa 100 Hari?

Comments

3 komentar

Tahniah PH menang PRU14.. tahniah Tun M jadi Perdana Menteri Malaysia ke 7..

rakyat dah bersuara.

so, kita ikut dan tunggu serta lihat.


EmoticonEmoticon