Ini jelah menunjukkan kebangkitan rakyat menentang Barisan nasional ekoran berlaku skandal yang teruk dalam parti tersebut menyebabkan rakyat mengambil peluang untuk memberi peluang baru kepada parti baru..
Pakatan Harapan telah berjaya merampas negeri Melaka, Johor, Negeri sembilan dan Kedah manakalah Selangor serta Pulau Pinang kekal milik PKR.
![]() |
Tahniah Pakatan Harapan Menang Besar Pilihan Raya 14 |
Keputusan SPR Paling Lama Sampai Pagi
Keputusan yang diambil SPR memang sangat lama lebih daripada kebiasaanya sehingga lebih 24 jam lamanya. Ramai rakyat begitu juga dengan artis terkenal merungut dengan hal sebegini yang sepatutnya sudah selesai dengan sempurna tanpa melengahkan masa yang terlalu panjang.Pengumuman pula mengambil masa yang terlalu lama dan satu persatu disebut sahaja dalam satu masa.
Perdana Menteri Ke-7 Mahathir Mohamad
Kita juga bakal menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri ke-7 buat kali kedua. Aura yang ada beliau sudah cukup kuat untuk menentang Barisan nasional.Timbalan perdana menteri dikatakan jatuh kepada Presiden PKR iaitu Dr seri wan Azizah.
Semoga kerajaan yang baru dibentuk ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.
Tidak dilupa juga buat Barisan Nasional agar tidak mengambil sambil lewa dengan perkara yang berlaku serta mengambil inisiatif untuk terus membawa perubahan yang drastik.
3 Comments
Tahniah PH menang PRU14.. tahniah Tun M jadi Perdana Menteri Malaysia ke 7..
selamat kpd bpk mahatir
rakyat dah bersuara.
so, kita ikut dan tunggu serta lihat.