Saya tahu ramai yang tak pernah dengar nama Nippon Sushi ni.. Sebab Nippon sushi ni baru je buka beberapa minggu yang lepas. Konsep adalah makanan jepun lebih kurang dengan Sushi King.
|
Kedai Nippon Sushi. |
Mungkin ini adalah persaingan terbaru Sushi king iaitu Nippon Sushi. Bukan nippon paint k.
Kenapa Nippon Sushi ni Canggih?
Japanese restaurant yang canggih di mana makanan dari dapur dihantar terus ke depan meja dengan menggunakan robot. Robot bukan macam cerita i-robot tu.. sejenis mesin kecil yang akan membawa makanan terus ke meja pelanggan tanpa melalui staff. Ada laluan khas untuk mesin untuk semua meja pelanggan. Itu yang menariknya.
|
Dalaman Nippon Sushi sangat cantik. |
Selain itu, makanan yang dorang sedia pun memang tersangatla sedap kira boleh kata setanding dengan sushi king cumanya sushi dorang kecil skit je tapi murah dan berbaloi..
One more thing ada ayam cheese lupa nama panggilanya dalam menu.. tapi tak try pun sebab dah tahu nanti saya makan cepat muak. cheese kan mmg cpat muak.. kalau siapa yang suka makan ayamn cheese boleh la try.. dari korang pergi K-fry ioi tu memanjang penuh beratur, jimat masa.
|
wallaper dorang cantik berlampu. |
Pengalaman makan Nippon Sushi
Kedai baru buka kan tak expect tinggi lah dan ada staff silap bagi makanan.. lain order lain makanan yang sampai.. ini menu yang silap sampai.. nasib time tu tak makan lagi dan mood baik.. sempatlah dorang tukar.. hehe
|
sepatutnya dapat ayam. daging yang sampai |
Inilah menu yang sebenar yang saya order.
|
Menu ada ayam. hehe (jyu-Tori Karubi) |
membe pula order ini..
|
terkejut bila sampai makanan ni sebab mangkuk besar.. nampak macam kecil (Shoyu Ramen) |
Overall boleh saya kata memang tersangatlah memuaskan untuk makanan dorang ni., memang sangat sedap and will come again. hehe. rasa makanan dorang ni boleh kata kalah la sushi king nanti. hehe..
Recommended.
Alamat Nippon Sushi
- Address: 8-G-1,Jalan Medan PB2A, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, selangor, Malaysia
- Tel: 016-233 4111