√ Pengalaman Menginap di Hotel OYO 537 K3 Formosa Melaka - Adarain

Pengalaman Menginap di Hotel OYO 537 K3 Formosa Melaka

Hai guys.. kali ini nak share pengalaman menginap di Hotel OYO 537 K3 Formosa semasa bercuti di Melaka hari tu..

Kalau nak share pasal Melaka ramai dah tahu tempat ni penuh dengan tempat bersejarah. So, kita share je lah pengalaman tentang hotel..

Hotel ini boleh kata betul-betul kat tengah bandar. Betul-betul berhadapan dengan jalan utama Melaka.

Hotel OYO 537 K3 Formosa 


Hotel ini juga betul berdekatan dengan bangunan UITM Melaka jadi bolehlah nampak student berjalan-jalan masuk kelas dorang. Hotel ini juga berdekatan dengan Maybank, jadi kalau tak cukup duit boleh cucuk duit kat Maybank sebelah hotel.

Apa yang bestnya hotel ni.. bayangkan aku book hotel ini untuk 3 orang tapi dapat bilik yang boleh duduk lebih dari 5 orang.. ko raseww? Memang sangat luas..

katil king boleh tido 2 orang di bilik Master

2 katil single bed juga di bilik master. 

Bilik hotel ni lebih kurang macam apartment. sebijik satu umah apartment.. Ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air.  1 bilik tu muat satu orang sahaja. lagi satu bilik tu bilik master boleh muat 4 orang.. ada 1 kali katil king dan 2 katil single bed.

Bilik kedua katil single
Siap ada meja dapur semua. Gambar kat bawah. sorry kalau gambar tak lawa.

tempat makan bhgian dapur

Cuma kekurangan dia ni tak ada kopi macam hotel lain. Hotel bajet mmg kebiasaan tak ada kopi or teo.. simple je. Kedai 24 jam juga tak ada kat sini.. pastu pintu masuk hotel ni kena naik tangga skit jadi kurang mesra skit untuk OKU dan warga emas.

Tapi kalau kedai makan tomyam ada belakang hotel ni je.. jalan kaki je dah sampai.. Rasa pun not bad sedap.. orang pun ramai.. yang ramainya student la.

Berhadapan hotel ni pun ada shopping market tpi waktu malam macam tak aktif sangat shopping market dia ni. Banyak kedai hp je kot.. Paling dekat pun aeon Bandar Raya Melaka walaupun dekat tapi kena naik kereta juga..

Kemudian service cleaner dia agak slow sikit. Kalau korang stay lebih 2 malam dan nak mintak bersihkan bilik tu memang tak la sbb pekerja hotel dorang ni cuma ada 2 orang je.. Memang letih habisla pekerja dorang. kesian pun ada tengok.. hotel bajet kan..

Tempat parking pula takde tempat khas untuk tempat letak kereta untuk hotel punya. Kira random parking jela.. Parking plak terhad.. pandai-pandaila cari parking.

Overall best tempat ni puas hati.

Get notifications from this blog

2 comments

  1. banyak betul cawangan oyo ni kan? diorang conquer habis.

    ReplyDelete
  2. bagus oyo ni, menepati bajet yang ada.
    cikza memang akan pakai oyo kalau agoda full

    ReplyDelete