Tuesday, 17 December 2019

Kesan Mengerikan Penyakit Polio Jika Tidak Divaksin

Tahukah anda , gambar ini di ambil pada tahun 1950 yang di namakan dengan nama “Iron Lungs” atau Besi Paru Paru di mana ia merupakan kaedah terbaik bagi pengasingan isolasi terhadap pesakit yang menghidap penyakit Polio daripada merebak ke orang lain.

Baru baru ini , Negara Filipina telah mengejutkan dunia apabila terdapat satu kes pesakit positif Penyakit Polio setelah 20 tahun penyakit Polio tersebut berjaya di basmi oleh kerajaan Filipina.

Namun demikian , akibat terdapat segelintir masyarakat anti vaksin di negara itu kes yang berjaya di basmi 2 dekad itu kembali semula.

Bagi kami pengamal perubatan , perkara ini adalah amat merisaukan kerana di negara kita juga terdapat golongan anti vaksin yang mementing kan diri sendiri daripada nyawa anak mereka sendiri. Tambahan lagi , penularan boleh berlaku kerana Malaysia adalah negara tumpuan pelancong termasuk daripada Filipina.

Lebih mengerikan , Penyakit Polio ini tiada ubatan yang boleh merawatnya jika di masukan ke Hospital, kecuali dengan Pengasingan Isolasi mungkin seperti di dalam gambar di bawah dan hanya rawatan simptomatik di berikan.

Penyakit Polio hanya boleh di cegah melalui vaksinasi. Tiada Ubatan untuk Penyakit Polio sehingga kini.

Kesan Mengerikan Penyakit Polio Jika Tidak Divaksin
Pengasingan pesakit yang ada penyakit Polio


Menyesal Sebelum Terlambat

Kredit dari Penolong Pegawai Perubatan (Kementerian Kesihatan Malaysia)

Kesimpulan Perlukan Pecegahan segera


Cadangan : KKM mungkin perlu start buat program mencegah anti-vaksin di semua taska. Kerjasama dengan owner taska di seluruh negara. Terutama masa pendaftaran, wajibkan bawa buku kesihatan kanak-kanak. Kalau belum lengkap atau tiada rekod, boleh masuk list untuk di follow up kemudian dan nasihat secara baik agar ibubapa vaksinkan anak atau lengkapkan vaksin anak segera.

Tempat taska pun perlu alert dengan ibubapa yang anti vaksin ni..buku pink dari bayi tu la boleh kita semak semula imunisasi kanak2-kanak..kalau ada yg tercicir boleh bertindak segera..kalau anak yg dah diberi vaksin tp ada segelintir tak amik dah bercampur keadaan kat situ..kemudian akan susahkan semua pihak..nak basmi polio ni bukannya senang..jadi yg anti vaksin ni jgn lah berdegil..

Dipuji tak terbang, Dihina tak tumbang. Pasti bangkit!

Comments


EmoticonEmoticon