√ Pelakon Puteri Balqis Kini Cekal Dengan Menjual Buku - Adarain

Pelakon Puteri Balqis Kini Cekal Dengan Menjual Buku

Pelakon cilik yang dikenali sebagai Puteri Balqis binti Azizi dilahirkan pada 12 April 2007 atau lebih mesra dipanggil sebagai Puteri Balqis merupakan seorang pelakon dan model komersial kanak-kanak Malaysia.

Balqis pernah berlakon di dalam drama Gemilang, Bicara Hati, Pelarian dan Aduh Sayang.Tidak heran lah sekiranya pelakon cilik ini pernah memenangi anugerah Skrin 2012 menerusi kategori Anugerah Artis Harapan Pantene. Drama bertajuk 'Pelarian' merupakan sebuah drama diadaptasi dari kisah hidup beliau sendiri

Puteri Yang Diduga


Sebelum ini Aqis pernah dimasukkan ke hospital kerana sakit.Menurut ibunya Norashikim Mohd Aziz , Aqis dikatakan telah mengalami masalah jantung.

Perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh doktor selepas Aqish telah melalui beberapa fasa pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh sejak Disember lalu.

Ibunya menyatakan bahawa Aqish sering demam berulang kali dan cepat berasa letih dalam jangka masa yang panjang.Pada mulanya,ibu Aqish menyangkakan anaknya itu diserang demam denggi namun selepas ujian darah dilakukan tiada sebarang pentunjuk mengenai sakit tersebut.

Tambah Norashikim lagi, sejak tahun lalu,hospital bagaikan telah menjadi rumah kedua buat puteri kesayangannya itu apabila Aqish perlu menjalani beberapa ujian pemeriksaan bagi mengesahkan penyakitnya.

Lebih teruk lagi Aqish pernah pengsan selepas mutah darah hampir setiap hari. Hati ibu mana yang tidak luluh melihat anaknya dalam keadaan sebegini.

Sebelum ini Norashikim tidak menyatakan apa penyakit anaknya itu di Instagram dan beliau telah memberikan tips berguna kepada ibu bapa yang mempunyai anak pesakit jantung atau kanser untuk mengamalkan pengambilan teh basil dan daun pasli.

Buku Planner 2020 + 38 Poems Puteri Balqis


Puteri Balqis berusaha mencari rezeki walaupun mengalami sakit kronik. Siapa terjumpa beliau bolehlah beli buku beliau sebagai tanda sokongan.

Buku Planner + 38 Poems Puteri Balqis

Semoga beliau sentiasa sihat dan dipermudahkan dalam menjalani kehidupan 🙏

Sesiapa nak dapatkan buku Puteri Balqis boleh whatsapp terus.
Whatsapp terus kat sini: +601139379871

Poem dari Puteri Balqis


"Ujian itu indah,
bila di uji dgn kesakitan, kita cari penawar,
bila di uji dgn kesusahan kita usaha,
bila di uji dgn pengkhianatan, kita berhati-hati,
bila di uji dgn kehilangan, kita hargai masa”

Ujian itu indah bila kita sabar dan tabah

Get notifications from this blog

3 comments

  1. nice post!
    thanks for sharing with us. keep this blog update

    ReplyDelete
  2. Semoga puteri balqis sentiasa dimurahkan rezeki...

    ReplyDelete
  3. Terbaik puteri balqis.. semoga murah rezeki hendaknya..

    ReplyDelete