Kalau korang jenis suka cari port makan yang santai, simple dan sesuai untuk lepak, KOPIHUT Bangi memang antara tempat yang boleh masuk dalam senarai. Tempat ni nampak ada vibe kopitiam simple moden bukan sekadar tempat singgah minum kopi, tapi juga sesuai untuk makan sambil sembang dengan kawan atau keluarga.
Tema warna kedai dia pun macam ada ala2x warna macam OldTown White Coffee. Kuning gitu. Kopihut pun sekarang dah banyak cawangan salah satunya di Bangi.
![]() |
| Pemandangan waktu malam |
Apa yang buat KOPIHUT Bangi menarik, mestilah pada suasana dia. Dari luar sampai ke dalam, kedai ni bagi feel yang selesa dan casual. Deko dia tak terlalu fancy, tapi cukup kemas dan menarik untuk orang datang cuba. Kalau korang suka tempat makan yang tak terlalu serabut dan ada suasana santai, boleh la datang sini.
Dari segi makanan pula, kalau tanya pendapat saya sendiri rasa makanan kat sini memang sedap setanding dengan kopitiam popular yang lain. Menu dia pun senang nak order. Maksudnya, bukan jenis menu makanan yang pelik atau terlalu eksperimental, tapi lebih kepada menu yang orang suka dan lebih kepada makanan cina. Untuk kategori macam ni, itu sebenarnya satu kelebihan sebab ramai pelanggan datang nak makan sesuatu yang selamat, sedap, dan puas hati.
![]() |
| Nasi Lemak Bbq Chicken |
Minuman pun nampaknya sama je macam kopitiam lain cumanya ada tambahan lain macam caramel coffee dan caramel tea tu satu kelaianan la untuk kedai ini. Coffee dia bukan yang jenis fresh brewed, dia macam guna kopi serbuk je lah. Kalau ada latte, matcha, americano ke baru la syok nak mengopi.. hehe.
Secara keseluruhan, KOPIHUT Bangi ada potensi yang kuat sebagai port makan santai di Bangi. Kelebihan utama dia terletak pada suasana yang selesa dan menu dia pun memang sangat sedap, cukup rasa tak tahu nak explain macam mana lagi. Kira sedaplah puas hati dan remommended.. Memang akan repeat makan lagi.
Cuma dari segi parking mungkin agak limited pada waktu siang berbanding malam dan susuanan meja yang agak rapat dengan orang sebelah mungkin sebab space kedai yang agak terhad.
Kalau korang tengah cari tempat untuk santai-santai, ngopi, atau makan dengan kawan-kawan, KOPIHUT Bangi memang boleh cuba. Bukan tempat yang sempurna, tapi cukup ada tarikan untuk buat orang datang lagi.
KOPIHUT Bandar Baru Bangi (Seksyen 9)
📍NO. 5, JALAN MEDAN PUSAT 2D, PERSIARAN BANGI, SEKSYEN 9,
43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
Waktu Operasi:
🕘 9.00 pagi – 10.00 malam
⏰ Last order: 9.30 malam


