Review Murni Discovery Bangi Menu Banyak, Portion Besar

kalau dulu selalu makan kat Murni Discovery kat Bukit Jalil tu pun sebab member bawa katanya makanan murah dan portion besar. Dulu kalau tak silap tahun 2015-2016 macam tu harga dia pun murah kalau nak banding dengan sekarang..tapi still masih consider murah 

Sekarang Murni pun dah buka kat area Sunway Gandaria Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Tempat pun memang strategik tengah-tengah Bangi kawasan yang memang sibuk. 

Murni Discovery Bandar Baru Bangi sesuai kalau nak cari tempat makan yang santai dengan pelbagai menu yang sampai tak tahu nak pilih mana satu kira rambang mata nak makan mana satu ni.. Portion pun memang besar dan memang comfirm kenyang ya. Meja makan pun mesra group besar juga.. macam 4-6 orang makan.. kalau ada family besar or ramai membe boleh makan sini.

Murni Discovery - Menu Banyak dan Portion Besar

Ada menu set nasi lemak, nasi goreng, nasi berlauk, western macam spaghetti, mee raja, roti naan, Thai special dan macam-macam lagi. Salah satu kelebihan lain kat sini adalah ada set tambahan macam nasi goreng tu boleh add on nak chicken chop ke, fish n chip ke, lamb chop ke, salmon ke, ayam pandan, ayam goreng crispy dan macam-macam lagi. 

Spaghetti Oglio with smoked Duck

Review Murni Discovery Bandar Baru Bangi Menu Banyak, Portion Besar
Mee Raja add on Fish n Chips

Review Murni Discovery Bandar Baru Bangi Menu Banyak, Portion Besar
Spaghtetti Arabiata tak silap.. with smoked duck

Feveret kalau makan kat sini adalah mee raja. Sebab mee dia tu lain daripada mee yang lain yang kita makan kat kedai makan.. macam pakai mee maggi pun ada tapi macma bukan.. tapi mmg feveret mee raja seafood ataupun tomyam version.. 

Selain itu, kalau ada duck tu pun memang feveret juga sebab tak semua kedai makan provide menu duck.dan rasa daging duck tu memang sedap.. 

Kalau korang tak pernah makan kat Murni Discovery boleh la try makan kat sini.. sebab harga boleh consider tak murah tak mahal.. portion memang banyak, memang kenyang la kalau makan kat sini. Kedai makan kat sini pun tempat duduk pun banyak dalam ada airocnd dan luar ada kipas. kalau datang time weekend comfirm penuh ramai orang. 

Kesimpulan Murni Discovery Bandar Baru Bangi

Persekitarannya cantik, besar, selesa, dan sedap dipandang. Servis agak sedikit lambat, tetapi masih boleh diterima. Portion makanan agak besar dengan pilihan menu yang banyak, dan rasa makanan secara keseluruhannya sedap. Saya juga perasan kebanyakan staf di situ warga asing dan hanya seorang dua sahaja staf tempatan yang saya nampak la. Secara keseluruhan, pengalaman makan di sini agak memuaskan dan memang berbaloi serta boleh repeat makan sini lagi. 

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form