Showing posts with label Inspirasi. Show all posts
Showing posts with label Inspirasi. Show all posts

Monday, 24 February 2020

Jangan Dibenci Kepada Kawan Kita yang Kaya dan Berjaya

Jangan kita benci kepada kawan-kawan kita kaya dan berjaya, sepatutnya kita kena jadikan mereka sebagai sumber inspirasi.

Benci Tanda Hati Mula Keras 


Kita sendiri tak tahu apa yang dia lalui untuk sampai ke tahap tu, bisnes maju, rumah banyak, kereta sedap, duit berkepuk.

Jangan Dibenci Kepada Kawan Kita yang Kaya dan Berjaya
Sekadar gambar hiasan

”If you work some years like others won't, then maybe one day you can live like others can't.

Unsuccessful people are short term focused, successful people think long term.

Unsuccessful people chose to enjoy every weekend, successful people choose to work and learn instead.

Unsuccessful people spend money wastefully, successful people invest money responsibly.

Unsuccessful people stay broke by living like they're rich and successful people stay successful by living like they're broke.”

Ubah cara kita berfikir supaya kita boleh jadi sama-sama berjaya macam mereka. Ramai orang nak berjaya, tapi tak ramai orang sanggup buat apa yang orang berjaya tu buat.

Bila dah sampai masa yang sesuai, mula reward diri selepas bertahun bertahan, bertahun berkorban, bertahun menangguh keinginan. - HF

#harithfaisal

Thursday, 6 June 2019

Pengubat Kecewa apa yang kita harapkan tak selalunya dapat

Kita tidak boleh sentiasa gembira. Ada harinya, akan ada "BAD DAY", di mana kau kecewa dengan segala yang kau harapkan, di mana kau terduduk dengan keputusan dunia yang tidak seperti kau impikan.

Dan jika kau rasa BAD DAY, jangan rasa kau seorang sahaja yang rasa, saya juga rasa, mereka juga rasa dan COCO A LOT OF MIX juga ada mengalaminya. Tidak gembira itu adalah perasaan yang semua manusia akan rasa, tiada manusia bernyawa yang terkecuali.

Kecewa apa yang kita harapkan tak selalunya dapat


Jangan takut untuk rasa tidak gembira kerna tidak gembira itu juga banyak mengajar kau tentang kehidupan. Buat kau lebih menghargai, buat kau lebih mengenali diri kau dan lebih menjadi diri kau dalam dunia ini.


Apabila kau mengalami BAD DAY, pesanlah pada diri,

"Allah mahu ajar kau something yang kau tidak pernah rasa dan di setiap kali BAD DAY yang kau rasa, Tuhan akan gantikan dengan 100 kebahagiaan jika kau bersabar dan percaya pada-Nya"

Jika rasa sedih dan kecewa, pergilah berehat, pergilah fikir semula. Itu hikmah yang Tuhan mahu kau rasa. Dan jika kau rasa setiap hari "bad day", tanyalah pada diri,

"sampai bila aku mahu menyeksa hidup aku dengan rasa aku berhak hidup dalam kekecewaan sepanjang masa."

Percaya pada diri kau apabila manusia lain kata sebaliknya. Ya, mereka kejam. Dan kau lagi kejam jika kau percaya kata mereka.

Hidup ini kau yang lakukan limitasinya. Jika kau kata kau hanya layak takat itu, sekecil itu, maka kau hanya akan punya itu.

Tapi jika kau rasa dan kata kau mampu dapat yang paling elok, paling bahagia, maka itulah yang selayaknya kau peroleh.

Carilah member yang boleh mendengar luahan hati dengan seikhlas hati.. kalau kau rasa member kau macam tak boleh terima atau seakan-akan tak ikhlas mendengar luahan kau... kau jauhilah dia dan abaikan... carilah sehinggalah kau rasa kau jumpa orang yang ikhlas dengan luahan hati kau.. dari situ kau akan dapat kekuatan baru dan semangat untuk terus bahagia.

Hidup ini harusnya berani mati. Kita hanya hidup sekali dan esok boleh jadi ajalnya kita. Jadi, hiduplah sebetul-betulnya dan usah hidup di impian manusia lain.

Mulut jahat manusia, itu kerja Tuhan untuk membalasnya. Kerja kau hanya perlu hidup dan usah melayan. Itu cara untuk bahagia, itu cara untuk hidup semoleknya.

Nasihat Padu Dari Seorang Jutawan yang Meninggal Dunia

Steve Gouves seorang jutawan meninggal dunia, dengan kekayaan $ 7 bilion, pada usia 56 tahun di sebab kan kanser pankreas, dan di sini adalah beberapa perkataan terakhirnya:

Di mata yang lain, hidup saya adalah intipati kejayaan, tetapi selain daripada kerja, saya mempunyai sedikit kegembiraan, dan pada akhirnya kekayaan hanyalah satu fakta kehidupan yang saya biasa.

Pada masa ini, berbaring di atas katil, sakit dan mengingati sepanjang hidup saya, saya menyedari bahawa semua pengiktirafan dan kekayaan saya yang ada adalah tidak berfaedah dalam menghadapi kematian yang akan berlaku.

Anda boleh mengupah seseorang untuk memandu kereta untuk anda, membuat wang untuk anda - tetapi anda tidak boleh menyewa seseorang untuk membawa penyakit itu untuk anda. Kita boleh mencari benda-benda penting, tetapi ada satu perkara yang tidak dapat dijumpai apabila ia hilang - "hidup".

Nasihat Padu Dari Seorang Jutawan yang Meninggal Dunia
sekadar gambar hiasan
Rawat diri anda dengan baik, dan menghargai orang lain. Apabila kita semakin tua, kita lebih pintar, dan kita secara perlahan menyedari bahawa jam tangan itu bernilai RM 30 atau RM 300 - kedua-duanya menunjukkan masa yang sama.

Sama ada kita membawa beg duit bernilai RM 30 atau RM 300 - jumlah wang dalam dompet adalah sama. Sama ada kita memandu kereta bernilai RM 150,000, atau sebuah kereta bernilai RM 30,000 - jalan dan jarak adalah sama, kita mencapai destinasi yang sama.

Sekiranya rumah yang kami tinggal di adalah 300 meter persegi, atau 3000 meter persegi - kesepian adalah sama.
Kebahagiaan dalaman sejati anda tidak datang dari benda-benda material di dunia ini. Sama ada anda terbang kelas pertama, atau kelas ekonomi - sekiranya pesawat itu terhempas, anda akan terhempas bersama sama

Jadi, saya harap anda memahami nya, apabila anda mempunyai kawan atau seseorang untuk bercakap dengan nya - ini adalah kebahagiaan yang sebenar!

Lima fakta yang tidak dapat dielakkan-

1. Jangan mendidik anak anda menjadi kaya. Mendidik mereka untuk bahagia. - Jadi apabila mereka membesar, mereka akan pandai menghargai sesuatu perkara, bukan menilai dari sudut wang ringgit semata.

2. Makan makanan anda sebagai ubat, jika tidak, anda perlu makan ubat anda sebagai makanan.

3. Siapa yang mengasihi anda tidak akan meninggalkan anda, walaupun dia mempunyai 100 alasan untuk berputus asa. Dia akan sentiasa mencari satu sebab untuk terus bertahan.

4. Terdapat perbezaan yang besar antara manusia dan manusia yg baik.

5. Jika anda mahu pergi pantas - pergi sendiri! Tetapi jika anda mahu pergi jauh - pergi bersama-sama!

Dan kesimpulannya,

Enam doktor terbaik di dunia.

1. cahaya matahari
2. Kerehatan
3. Beriadah
4. Makanan seimbang
5. Keyakinan diri
6. Kawan

Simpan mereka dalam setiap peringkat kehidupan mu dan nikmati kehidupan yang sihat.

Saturday, 1 June 2019

Tak Sempat Bukak Helmet Terus Berbuka Puasa antara Cabaran Kerja Delivery Food

Sedang berlegar di kalangan netizens Cina Malaysia; seorang Muslim Melayu sedang mencuri masa waktu kerja untuk berbuka puasa, makan tak sampai 10 minit, helmet tak sempat bukak, beliau bergegas terus hantar makanan pelanggan.



Dalam ruangan komen, kata-kata semangat diberikan kepada beliau untuk teruskan hidup, untuk terus semangat, untuk tidak mudah putus asa.

习惯就好。--- Alah bisa, tegal biasa. 

Dah terbiasa nanti, okaylah.

Ada satu jenis prinsip hidup orang Cina ni, aku praktikkan dalam hidup: orang yang dah biasa hidup susah, dia akan terus jalan ke depan, tak merungut, tak menoleh, terus ke depan.

Alhamdulillah, aku dari profession seorang guru/penterjemah berjaya masuk dalam bidang perniagaan, aku nampak sendiri prinsip yang sama anak-anak muda Melayu amalkan, alah bisa, tegal biasa. Jangan merungut dalam niaga, jangan complaint hidup susah, jalan terus.

辛苦了,加油! --- Awak dah cuba yang terbaik, teruskan! Semangatlah!

Dalam post tersebut, ramai Cina meninggalkan komen bahawa kerja buat delivery ni susah dan perit, hadap hujan hadap panas, mereka berterima kasih kepada semua delivery boys di luar.

Dalam post tersebut juga, mereka menjelaskan kepada bangsa mereka sendiri, apa itu puasa, jam berapa Muslim berbuka, dan sebagainya.

Ada juga, yang menyarankan kepada semua supaya bagi ruang sedikit jika makanan yang dihantar ada sedikit kelewatan, lagi-lagi di bulan puasa ni. Ada yang sampai rasa bersalah sebab order makanan waktu orang lain nak berbuka puasa.

Dah 2019 ni, orang Melayu tidak terkebelakang dalam hal kerajinan, orang Melayu tak mundur dalam hal mencari kerja, orang Melayu tak malas seperti yang digembar-gemburkan.

Menjadi kewajipan kita, untuk sebarkan kerajinan orang kita yang kita nampak, supaya dari situ kita dapat inspirasi untuk terus maju ke depan, untuk tidak lagi merungut.

Kalau kau ternampak ada orang kita yang banting tulang meneruskan hidup dalam kesusahan, kongsikanlah ke aku, KERANA MEREKA ITULAH INSPIRASI.

马来哥,辛苦了!

Tulisan brother Teik:

"Bukan senang nak jadi orang, pabila orang lain sedang enak menikmati buka puasa, dengan hidangan yang sedap-sedap, ada orang tersorok di sudut bangunan berbuka sendirian, nak berbuka dekat tempat yang sederhana selesa pun tak dapat. Sudah tu, habis berbuka, terus bergegas hantar makanan.

Mungkin engkau bukan orang yang paling berjaya, tapi asal kau terus rajin berjuang, aku percaya engkau akan berjaya!

Aku tak kenal kau, tapi aku doakan engkau. Kerajinan engkau adalah inspirasi aku, dan aku tabik hormat untuk itu! Semangatlah!"

Sunday, 2 March 2014

Nilai Martabat Dalam Kehidupan Selepas Beberapa Kali Menerima Kegagalan

Kekecewaan yang kita hadapi ini tak semestinya ia dapat menjatuhkan martabat kita sebagai orang insan, namun kita harus lebih tabah dalam menempuh segala yang mendatang. Namun harus diingatkan juga, kejayaan yang hadir tak semestinya menjadikan kita satu kebanggaan kerana ia lebih bermakna kalau kita sendiri yang melakukannya.

Nilai Martabat Dalam Kehidupan Selepas Beberapa Kali Menerima Kegagalan
Sekadar gambar hiasan

Terima Kegagalan Dengan Positif


Siapa yang tidak kecewa apabila menerima kegagalan dalam peperiksaan atau keputusan temuduga dan sebagainya. Terasa pedih apabila tidak dapat menerima kegagalan yang dialami.

Tak ramai di antara kita yang boleh menerima kegagalan dengan berfikiran positif malah lebih buruk mula memikirkan kehidupan yang terlalu sukar untuk diharungi selepas menerima kegagalan.

Jangan sedih atau bermurung bila menerima kegagalan. ALLAH S.W.T sentiasa menguji hambanya mengikut kemampuannya.

Orang yang berjaya sentiasa memikirkan kegagalan adalah menjadi titik permulaan untuk menjadi lebih hebat. Dari kegagalan mereka tahu kelemahan serta memperbaiki kelemahan yang ada dari hari ke hari sehingga 'eksprimen' membuahkan hasil dan berjaya.

Nilai Martabat Dalam Kehidupan


Nilai martabat dalam kehidupan yang baik adalah mereka yang gagal dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan dunia & akhirat diiringi dengan unsur keislaman.

Manakala nilai martabat dalam kehidupan yang buruk adalah bagi mereka yang gagal dan tidak berusaha serta mensia-siakan peluang-peluang yang ada. Di tambah pula, mula menjauhkan diri dari unsur keislaman.

Nilailah martabat kita sendiri dalam kehidupan sama ada baik mahupun baik. Ya, kita Semua takut gagal, kalau tak kerana gagal manakan tahu kelemahan itu datang. Cari mana faktor kegagalan kita dan mulakan untuk mengecapi kejayaan sekali lagi. Andai jatuh, bangunlah sekali lagi.

Percaya pada diri sendiri untuk melakukan apa jua perkara, walaupun kita tiada kebolehan dalam bidang tersebut. Tiada manusia yang dilahirkan semula jadi pandai dan kita juga boleh pandai jika kita benar-benar inginkannya, Jangan takut gagal, sekurang-kurangnya kita tidak menyesal kerana telah mencubanya.