Manusia akan tidur apabila menjelang waktu malam serta di lain situasi pula, manusia akan tidur apabila berasa sangat penat dan juga pengaruh persekitaran seperti cuaca mendung dan hujan.
Mungkin ada di kalangan kita barangkali lupa untuk melakukan beberapa amalan sebelum tidur. Tetapi ada juga yang mengambil ringan tentang perkara ini.
Terpulang kepada individu sama ada buat atau tidak. Siapa yang mahu dapatkan ganjaran lebih digalakkan ikut, siapa tidak mahu mereka yang rugi.
Ada 9 Amalan sebelum tidur yang perlu kita lakukan. In Sya ALLAH, kita akan mendapat keberkatan jika kita melakukan amalan yang diterangkan sebentar nanti
Sebab perkara ini dilakukan adalah supaya tidak berlakunya kecurian mahupun kebakaran yang tidak diingini berlaku. Zaman dahulu menggunakan pelita api dan sekarang sudah moden dengan lampu.
Tutup lampu ketika tidur dapat menjimatkan kos elektrik di rumah.
Perkara ini jarang dilakukan oleh kita semua sebagai Muslim. Amalan ini bukan sahaja membersihkan kotoran pada tempat tidur tetapi juga membersihkan perkara yang kita tidak nampak.
Kita tidak sedar, tempat tidur kita telah menjadi 'permainan' makhlus halus yang kita sendiri tidak nampak di tempat tidur kita.
Sambil mengibas selimut di tempat tidur ucapkanlah (بسم الله). Lakukan secara 3 kali berturut-turut. Ucapan seringkas itu sudah memadai.
Seeloknya tidur menghadap kiblat, kalau tidak boleh tidak mengapa yang penting tidak membelakangi kaabah. Jangan amalkan tidur tertelungkup.
Maafkan semua orang sebelum tidur serta bersyukur dan mengingati kembali apa yang kita lakukan pada hari ini.
Antara surat-surat seperti Surat 4 kul dan ayat Kursi sudah memadai. Ini bagi mengelakkan kita dari terkena sihir serta mendapat keberkatan.
Waktu mati kita tak tahu melainkan ALLAH S.W.T. ALLAH S.W.T boleh tarik nyawa kita pada bila-bila masa sahaja walaupun ketika tidur. Alangkah indahnya jika kita mati dengan amalan-amalan yang kita lakukan di atas sebelum tidur.
Ada banyak amalan sebelum tidur tetapi cukuplah sekadar ini sahaja. Semoga entri ini bermanfaat untuk kita semua. Jika ada kesilapan pada entri ini mohon ditegur.

![]() |
sekadar gambar hiasan |
Terpulang kepada individu sama ada buat atau tidak. Siapa yang mahu dapatkan ganjaran lebih digalakkan ikut, siapa tidak mahu mereka yang rugi.
Amalan Sebelum Tidur
Ada 9 Amalan sebelum tidur yang perlu kita lakukan. In Sya ALLAH, kita akan mendapat keberkatan jika kita melakukan amalan yang diterangkan sebentar nanti
- Tidur Lebih Awal
- Berwudhu
- Menutup pintu dan Padam Api (lampu)
“Padamkanlah api di malam hari apabila kamu hendak tidur. Tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapa bejana, dan tutuplah makanan serta minuman.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Sebab perkara ini dilakukan adalah supaya tidak berlakunya kecurian mahupun kebakaran yang tidak diingini berlaku. Zaman dahulu menggunakan pelita api dan sekarang sudah moden dengan lampu.
Tutup lampu ketika tidur dapat menjimatkan kos elektrik di rumah.
- Mengibas selimut di tempat tidur
Perkara ini jarang dilakukan oleh kita semua sebagai Muslim. Amalan ini bukan sahaja membersihkan kotoran pada tempat tidur tetapi juga membersihkan perkara yang kita tidak nampak.
Kita tidak sedar, tempat tidur kita telah menjadi 'permainan' makhlus halus yang kita sendiri tidak nampak di tempat tidur kita.
Sambil mengibas selimut di tempat tidur ucapkanlah (بسم الله). Lakukan secara 3 kali berturut-turut. Ucapan seringkas itu sudah memadai.
- Berbaring pada posisi yang betul
Seeloknya tidur menghadap kiblat, kalau tidak boleh tidak mengapa yang penting tidak membelakangi kaabah. Jangan amalkan tidur tertelungkup.
- Bermuhasabah: bersyukur dan bertaubat.
Maafkan semua orang sebelum tidur serta bersyukur dan mengingati kembali apa yang kita lakukan pada hari ini.
- Membaca beberapa surat
Antara surat-surat seperti Surat 4 kul dan ayat Kursi sudah memadai. Ini bagi mengelakkan kita dari terkena sihir serta mendapat keberkatan.
- Baca doa sebelum tidur
- Berzikir Sehingga tertidur.
Kesimpulan