Showing posts with label Info Menarik. Show all posts
Showing posts with label Info Menarik. Show all posts

Monday, 13 April 2020

Hidup Di Bawah Kemampuan Bukan Di Luar Kemampuan

Aku mahu berkongsi dengan korang berkenaan dengan perbelanjaan kita seharian. Adakah kita mengikut kemampuan, di luar kemampuan atau di bawah kemampuan. Apakah yang dimaksudkan dengan Hidup di luar kemampuan?

 Hidup Di Bawah Kemampuan Bukan Di Luar Kemampuan


Rata-rata manusia akan cakap hidup mestilah di luar kemampuan. Kita kena fikir balik apakah betul jika kita mesti hidup di luar kemampuan. Korang sebenarnya faham tak maksud hidup di luar kemampuan. Ok, aku bagi contoh: Ahmad ada gaji RM3000 sebulan, pakai kereta import BMW, kemudian beli alat perkakasan rumah secara hutang, belum lagi masuk barang-barangan keperluan harian seperti sayur-sayuran, beras, gula dan macam-macam lagi

Walhal, gaji sebulan RM3000 sahaja, ada hutang di keliling pinggang, kena bayar duit kreta BMW (BMW kalau murah tak apa, ini RM100,000 lebih tu, mampu ke nak bayar balik), perkakasan umah lagi dan macam-macam lagi.

Semuanya nak kena bayar. Adakah kita betul-betul mampu bayar balik segala hutang yang kita pinjam dengan hanya RM3000 sebulan. kalau kira semuanya mungkin dalam RM4000 lebih. Fikir balik. Duit kalau RM12,000 sebulan tak apalah juga.
Hidup kalau mengikut kemampuan kita pun tak boleh jugak. Cukup je kira ngam-ngam RM3000 sebulan habis, kemudian tunggu duit masuk dari kerajaan atau swasta. Tidak ada simpanan untuk masa depan pun susah jugak

Sebab itu kalau nak hidup biarlah berada di bawah kemampuan atau bersederhana. Beli barang mengikut di bawah kemampuan kita. Jangan terlalu mengikut nafsu sahaja nakkan barang yang mewah sahaja. Kemudian bila kita hidup bersederhana, kita boleh simpan duit untuk masa depan kita juga untuk anak-anak kita yang mungkin di timpa kecelakaan, siapa tahu. Semuanya nak kena pakai duit tu mana ada benda semuanya free. Lagi-lagi Minyak naik RM0.20

Biar Bersederhana Janji Hidup bahagia


Jadi sebagai kesimpulan, hidup biarla bersederhana atau di bawah kemampuan kita. Jangan berlebihan dalam perbelanjaan kehidupan kita seharian. Hidup bersederhana bukan bermakna kita tidak boleh menjadi kaya, tetapi mengajar diri untuk hidup bersedehana dalam perkara yang tidak perlu bagi kita dan tidak berlebih-lebihan.

 Hidup Di Bawah Kemampuan Bukan Di Luar Kemampuan
sumber gambar dari nakbebel. 

10 kesalahan ketika Berpuasa di Bulan Ramadhan

Mungkin ramai yang tak sedar yang ada beberapa kesilapan yang mungkin kita selalu buat sepanjang bulan Ramadan.

10 kesalahan ketika Ramadhan


Berikut adalah 10 kesalahan ketika Ramadhan yang umat Islam lakukan:

Tidak sahur
  •  Puasa orang yahudi dengann orangg Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong.
Sahur terlalu awal
  • Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper.

Terlebih tidur 
  • lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah . Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

Berbuka secara buffet sampai buncit
  •  ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

Membazar hingga membazir
  • lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang.

Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan
  • bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal

Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr
  • Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow!

Puasa tapi tak solat
  •  pahala puasa pending , sebab tak solat. Ayoyo!

Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
  • bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan.

Gagal upgrade  iman selepas lalui Ramadhan
  • ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.
10 kesalahan ketika Berpuasa di Bulan Ramadhan
sekadar gambar hiasan. 


Tuesday, 17 March 2020

Apa itu Lockdown dan Kerajaan Perintah Kawalan Pergerakan

Semasa berlakunya "lockdown", semua orang perlu berkurung di dalam kediaman masing-masing dan tidak boleh keluar rumah.

Ini bermaksud, semua orang tidak boleh keluar bekerja, kedai-kedai ditutup, dan sektor ekonomi akan terkesan.

Apa itu Lockdown dan Kerajaan Perintah Kawalan Pergerakan
sumber gambar dari facebook

Kesan daripada lockdown ini juga boleh mengakibatkan ramai yang akan kehilangan pendapatan samada berikutan daripada tindakan pemotongan gaji, pembekuan jawatan, kehilangan keuntungan jualan dan yang seumpamanya.

Sebab itu bukan satu perkara yang mudah oleh kerajaan untuk mengambil langkah mengisytiharkan lockdown sebelum mereka membuat kajian serta perbincangan yang teliti.

Sebagai rakyat, apa yang boleh kita lakukan untuk menyediakan diri seandainya kerajaan mengisytiharkan lockdown, adalah dengan mencukupkan bekalan keperluan asas terutamanya makanan dan ubatan.

Ini termasuklah bekalan makanan ruji seperti beras, tepung, susu dan makanan-makanan dalam tin. Selain daripada itu, saluran utiliti seperti bekalan elektrik, air dan telekomunikasi masih berfungsi seperti biasa.

Jadi tak perlulah kelam-kabut dan panik sehingga habis stok tisu tandas diborong licin.
Kita masih akan tetap ada bekalan air bersih.

Sekiranya Malaysia Kena Perintah Lockdown

Andai Malaysia lockdown macam negara lain yang teruk kena coronavirus, apa kita kena buat? First.. Tenang.. Dan bertindak sewajarnya..

Lockdown ni terkurung sikit je.. Bukan macam Palestin yang kena kurung, makanan dan perlindungan semua tak ada, ada musuh nak bom, tembak, rogol famili kita.

Kita just kena duduk rumah.. Still ada sumber air, makanan, elektrik, internet.. Hospital semua still running, just kena stay kat rumah je.

Masih boleh beli makanan, cuma leceh sikit lah.. Tokleh gi shopping dengan geng ke apa. Beli barang kene sorang, siap mask dan sanitizer contohnya. Untuk kurangkan risiko.

Rasanya poslaju semua still beroperasi. Still boleh shopping online. Silap-silap foodpanda, grabfood, online grocery delivery segala macam still run macam biasa.

Jadi, jangan mengelabah shopping macam lepas ni tak boleh beli barang.. Sampai keropok, sabun, tisu diborongnya bertroli-troli.

Kalau beli barang tu, just beli barang macam biasa.. Just utamakan barang penting dan tahan lama.
Supaya jika berlakunya lockdown, tak perlu selalu keluar rumah.. Itu je..

Ikutkan logik, beras sekampit tu pun kalau buat bubur hari-hari still boleh je hidup tahan berbulan.
So jangan panik beli barang banyak-banyak.. Orang lain nak beli barang jugak.. Orang lain nak layan keropok jugak, ni keropok pun habis kena borong

Tenang dan Jangan Mudah Panik


Kalau kena lockdown pun, still syurga dunia bagi orang Palestin, Syria, Rohingya.. So tenang.. Alert boleh, tapi jangan panic. Kalau diri kita dijangkiti virus pun still kena tenang. Jangan panic.

Kemudahan disediakan.. KKM dah sediakan saluran jika kita dijangkiti.. 2-3% sahaja yang fatal bila dijangkiti coronavirus, selebihnya selamat dan badan jadi lebih kuat untuk menangani virus ini jika keluar semula.

Ajal maut ditangan tuhan. Cabaran hidup yang buatkan hidup kita bermakna. Bergantung pada bagaimana kita laluinya.

Ini kalau lockdown lah.. Sebaiknya tak lockdown, dengan syarat, masyarakat alert.. Kena saling ingat-mengingati.. Kita kena kuarantin diri sendiri.. Kalau gi kerja, ambil langkah sewajarnya..

Kalau kenalan/keluarga kita buat tak tau, tegur dan ingatkan mereka. Baru la mantap masyarakat.. Virus ni bukan kita hadapi sorang-sorang. Semua lapisan masyarakat sampai pemerintah perlu bekerjasama.

Kerajaan Perintah Kawalan Pergerakan


Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan  Pergerakan ini meliputi;

1. Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam,  penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani
pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari.

3. Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti

5. Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara

6. Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.


Apa itu Lockdown dan Kerajaan Perintah Kawalan Pergerakan
Rakyat masih boleh membeli barang keperluan di kedai. Tiada halangan namun hadkan dengan pembelian barang keperluan sahaja. 

Thursday, 5 March 2020

Pengalaman dan Cara Order Foodpanda Sangat Mudah

Foodpanda kalau korang masih tak tau lagi apa benda ni ialah merupakan salah satu service penghantaran makanan secara terus rumah ke rumah. Servis ni pun dah lebih dari 3 tahun bertapak kat Malaysia. Bukan itu sahaja, servis ini bukan sahaja ada kat Malaysia malah ada di seluruh asia seperti Singapore, Taiwan, Hong Kong, Laos, Cambodia, Pakistan, Bangladesh dan banyak lagi.

Dulu foodpanda pernah viral seketika ekoran beberapa rider foodpanda ini tak puas hati dengan company atas sebab skim pembayaran baru bersikap tidak adil. Sejak dari tu ramai pengguna dah start boikot termasuk rider foodpanda pun mula berhenti kerja dengan company tersebut.

Tapi masa tu aku belum try lagi servis company ni..dulu rajin keluar makan.. hehe

Tapi isu tu sekejap je lah.. sekarang bila tengok kat luar masih ramai lagi rider fp buat penghantaran makanan means dorang ok la kot dengan skim pembayaran sekarang. Memandangkan tempat aku ni boleh tahan ramai jugalah customer malas keluar beli makanan termasukla aku sendiri.. jadi permintaan fp ni pun tinggi..

sumber gambar dari thestar.com.my

Pengalaman Order Makanan kat Foodpanda


Bila banyak sangat rider fp tetiba rasa macam nak install la app fp ni.. best ke? Ada banyak pilihan makanan ke? Masa daftar pun tak leceh sangat simple dan selesai daftar dah boleh start order makan kat fp.

Kedai makan yang ada hanya di kawasan terdekat sahaja takdelah jauh sangat sampai lebih 20km. jenuh pula rider fp nak hantar... masa aku tengok tu boleh tahan banyak juga kedai makan fp yang buka kat area kawasan aku. terliur pula tengok gambar dorang kemudian apa lagi memang terus order makanan kat fp..

cara pembayaran pula ada pilihan sama ada korang cash on delivery ke nak bayar online pun boleh... terpulang korang nak buat cara pembayaran yang macam mana..cuma better buat cash on delivery sebab kalau kedai cancel order makanan kita pun takde la rasa apa sangat sbb duit belum bayar lagi kalau nak dibandingkan dengan bayar online.. Bayar online bila refund macam pengalaman aku sendiri dalam 1-2 hari dah dapat..

Ada dengar juga ramai customer kata fp tak bayar refund la apa la.. katanya lambat 2 minggu bayar refund.. tak sure lah bila kena kat aku sendiri macam sekjap je dapat refund.. 1-2 hari dah dapat refund. mungkin ikut nasib kot.

Masa first order tu memang excited walaupun makanan je pun.. lepas ni dah tak yah keluarla order je kat fp.. macam ada duit banyak plak. haha

Cara Order Foodpanda

Ada dua (2) cara iaitu melalui laman web dorang ataupun install je app dorang lagi senang.. Macam aku sendiri install je fp. 
  1. Install fp kemudian register nama, alamat apa semua.. benda senang isikan tempat kosong. 
  2. Make sure enable-kan location kat smartphone korang supaya senang fp nak detect location korang.. 
  3. Nanti akan nampak lah beberapa pilihan kedai makan di kawasan korang. Masa tu lah rambang mata tak tau nak makan apa.. jenuh.. ambik ko lepas setengah jam baru selesai pilih agaknya. haha. 
  4. Dah berkenan kedai makan yang korang nak pilih klik je kedai dorang tu dan pilih menu yang korang sendiri nak makan.. nak pilih menu pun satu hal juga lama memikir.. sedap ke tak. haha
  5. Dah pilih menu semua terus view you cart dan tengok pesanan korang betul ke kira duble comfirm-kan menu..termasuk la details penghantaran.
  6. Make sure payment method tu korang nak bayar online ke cod?
  7. Dah double comfirm semua details terus place order. 
  8. Kalau bayar online kena log in bank mana kita bayar tu dan settle. Tinggal tunggu je rider sampai ke rumah kita. Manakala yang bayar cash on delivery ni tuggu je rider sampai baru bayar kat rider tu ya.. kalau nak bagi tips pun boleh lagi happy rider tu. hehe.. 
Ini antara contoh paparan foodpanda.. ada kfc mcd semua.. 
kalau korang perasan gambar kat atas tu ada delivery, pickup dan pandamart.. Pickup means korang order kat fp then korang pergi ambil sendiri makanan kat kedai makan yang korang order. Manakala Pandarmart tu pula macam lazada n shopee tu jual selain makanan pun ada macam peralatan komputer, powerbank ke order situ nanti rider akan hantarkan ke rumah kita.. 

Location berbeza.. 
Gambar kat atas ni aku nak terangkan contoh biasanya korang order contoh kat bangi.. tetiba korang balik kampung. kebetulan kampung korang fp pun ada kat situ.. jadi time tulah korang nak show off kat parent korang guna fp kan.. tp location masih kat bangi? Make sure korang klik kat bahagian 'Current Location' tu dan jangan lupa add new address (alamat baru kedua) baru muncul ikut lokasi sebenar area kg. Macam aku sendiri dah ada 2 alamat berbeza satu kat rumah kl manakala satu lagi alamat kt kg.



1) Double comfirm order korang.. 
2) kalau ada voucher klik voucher tu dan letak code voucher. Biasanya code adalah PANDAPAL.. dapat potongan 30% kalau pembelian melebihi RM20.

Voucher diberikan oleh fp potongan 30%. Limited voucher. 
Boleh lah dapat order murah kalau jenis order banyak makanan untuk keluarga kan.. Jimat pun jimat. 

check betul2x bahagian delivery details dan payment details. 
1) Then tengok details alamat penghantaran betul ke tak.. dan 2) payment details pun boleh tukar sama ada bankin online or COD.. dah comfirm semua terus je place order. Settled.

Tunggu order sampai kat umah korang dalam beberapa minit. Biasa fp akan bagi jangkaan masa berapa korang akan dapat order. Paling menarik sekali korang boleh nampak secara live rider pergi membuat penghantaran ke rumah korang.. Jadi korang boleh tengok rider kat mana sekrang, sama ada rider ni sesat ke tak nak pergi umah korang..nanti boleh la tegur rider sesat ke..hehe

Selain itu, fp akan sentiasa update perkembangan semasa selepas kita order makan di mana fp akan memberi notification bila kedai makan tengah prepare makanan, rider dah pick up, rider dah sampi kawasan umah kita. Jadi kita dah boleh bersiap-siap tunggu kedatangan rider. Bila rider sampai tu ucapkanlah terima kasih.. sambil selit tips kalau nak bagi la.. tiada paksaan secara sukarela.. Bolehlah makan tanpa perlu keluar rumah. 

Hopefully ini dapat membantu korang yang mungkin baru berjinak-jinak nak order makan kat fp ini. 

Friday, 28 February 2020

10 Petua Guna Listerine Memang Sangat Mujarab

Listerine adalah antara benda wajib yang kena beli dan letakkan di dalam tandas di rumah. Aku memang selalu berkumur dengan Listerine untuk pastikan mulut aku sentiasa wangi.

Google petua guna listerine ni. Bila try mujarab trus nak try pada yg lain. Try jugak rendam kaki dgn campuran air suam dan listerine, betul la.. lega kaki. Sengal-sengal pun hilang. Lepas tu apa lagi try juga pada yg lain.

Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang korang tak pernah tahu. Mari aku kongsikan 10 cara kegunaan lain Listerine
yang boleh korang amalkan.

10 Petua Guna Listerine Memang Sangat Mujarab
sekadar gambar hiasan


10 Petua Guna Listerine Memang Sangat Mujarab

1. Hilangkan bau busuk pada ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bini korang suka kena peluk selalu.
.
2. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan.
.
3. Membasmi kuman di mangkuk tandas
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya.
.
4. Membantu hilangkan kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.

5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.

6. Membersihkan muka yang berjerawat
Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap.

7. Membasmi kuman di berus gigi
Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.

8. Bersihkan skrin tv atau monitor computer
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.

9. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah.
Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.

10. Melegakan masalah kaki anda
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. Barulah layak kaki korang tu pakai kasut Adidas NMD.

Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Korang bolehlah cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur.

Bukan Brand Listerine sahaja, bahkan brand watson, guardian or apa jua brand pun boleh pakai fungsi serta kandungan lebih kurang sama je. Semoga bermanfaat dan dapat diamalkan selalu.

Kredit khas buat Shairy Hanapiah

Petua Orang Tua Dulu Yang Semakin Dilupakan

Pernah dengar dan amalkan amalan petua orang tua.. Mungkin ramai yang tak tahu berkenaan dengan petua orang dulu-dulu yang sekarang makin dilupakan..

Petua orang tua dulu ada juga yang berdasarkan ajaran Islam dan tidak terpesong jauh. Dan kaedah yang digunakan lebih selamat kerana bersifat natural berbanding zaman sekarang yang mempunya bahan kimia yang mungkin berbahaya.

Petua Orang Tua Dulu Yang Semakin Dilupakan                 


Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Sumber gambar dari Thevoket.com


Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut
1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah

1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.

2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka
Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukus. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan
1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan

2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda
1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Semoga petua ini buat perempuan dan lelaki sedikit sebanyak dapat membantu kita meningkatkan kesihatan dan kecantikkan pada diri kita sekaligus meningkatkan hayat kita lebih lama.

.

Tuesday, 17 December 2019

Kisah Pembunuhan Paling Sadis Keluarga Watt

Christopher Lee Watts (lahir tahun 1985) dan Shanann Cathryn Watts (lahir tahun 1984) berkahwin pada tahun 2012. Sepanjang enam tahun tempoh perkahwinan, mereka berdua telah dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Bella Marie Watts (lahir tahun 2013) dan
Celeste Cathryn (lahir tahun 2015).

Chris bekerja sebagai pengendali syarikat minyak Anadarko, manakala Shanann pula adalah pekerja syarikat pemasaran bertingkat. Pada tahun 2015, pasangan ini telah diisytiharkan bangkrap.

Keluarga Watt
Tanggal 13 Ogos 2018, Shanann terus pulang ke rumah sebaik sahaja urusan kerjanya selesai.

Hari berikutnya, rakan Shanann iaitu
Nickole Utoft Atkinson bertindak melaporkan kehilangan Shanann serta dua orang anak perempuannya. Laporan itu terpaksa dibuat kerana Shanann bukan sahaja terlepas temu janji dengan doktor, bahkan juga dia langsung tidak membalas sebarang teks mesej yang dihantar oleh Nickole.

Sejurus pihak polis membuat pemeriksaan di kediaman Chris, mereka mendapati barang peribadi kepunyaan Shanann seperti beg duit, cincin, telefon pintar, kunci kereta dan barang-barang lain dalam posisi teratur dan kemas. Jadi, tidak timbul unsur jenayah buat sementara waktu.

Operasi pencarian segera dilancarkan. Dalam satu wawancara Chris di televisyen, dia merayu agar isteri dan juga anak-anaknya kembali ke pangkuannya.

"Kalau awak masih dekat luar sana, pulanglah. Kalau ada sesiapa yang menculik isteri saya, tolong kembalikan dia. Saya perlu berjumpa dengan mereka semua.Saya perlu berjumpa dengan mereka semua lagi. Rumah ini tidak lengkap tanpa kehadiran mereka."

Kisah Pembunuhan Paling Sadis Keluarga Watt
Lokasi Mayat Shanann

Dua hari selepas kejadian, Chris telah ditahan serta-merta ekoran gagal dalam ujian poligraf.

Dalam satu sidang media, pihak polis mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka telah menemui mayat Shanann di dalam sebuah kubur cetek yang terletak di tanah kawasan tempat kerja Chris. Mayat Bella dan Celeste pula ditemui pada hari berikutnya di dalam tangki minyak mentah iaitu tidak jauh dari kubur Shanann.

Pada mulanya, Chris memberitahu pihak polis di mana sebelum kejadian berlaku, dia telah meluahkan hasratnya untuk bercerai dengan Shanann. Tidak lama selepas itu, Chris melihat sendiri menerusi kamera pengawasan bayi bagaimana isterinya itu mencekik Celeste dan kemudian memasuki ke dalam bilik Bella. Dek kerana berasa marah, Chris bertindak untuk mencekik Shanann sampai mati. Mayat ketiga-tiga mangsa seterusnya dimasukkan ke dalam kereta untuk dibawa ke tempat kerja Chris.

Polis yang berasa curiga dengan cerita Chris telah menjalankan siasatan terperinci. Hasilnya, Chris didapati ada menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya yang bernama Nichol Kessinger. Perkara ini adalah sesuatu yang memang dinafikan oleh Chris pada sebelumnya.

Sejak mayat mangsa itu ditemui, orang ramai berpusu-pusu untuk meninggalkan anak patung, bunga dan lilin di halaman rumah Shanann


KEJADIAN SEBENAR

Manusia yang langsung tidak berhati perut. Lagi teruk daripada binatang. Rasanya itulah ungkapan sesuai untuk Chris Watt. Binatang pun sayangkan anak.

13 Ogos 2018. Berlaku pertengkaran antara Shanann dan Chris. Punca pertengkaran itu adalah disebabkan Shanann telah mengetahui hubungan sulit yang dijalinkan antara Chris dengan rakan sekerjanya. Chris yang gagal mengawal perasaan seterusnya telah bertindak mencekik Shanann sampai mati. Apa yang menyedihkan Shanann mati bersama bayi kandungannya yang baru saja mencecah usia 15 minggu. Kalau diikutkan, bayi lelaki itu bakal diberi nama sebagai Niko Lee Watts.

Tiba-tiba muncul pula si Bella. Dia melihat Shanann terbaring dalam keadaan tidak lagi brenyawa.

"Kenapa dengan ibu?" Tanya Bella.

Mayat Shanann digulung dengan cadar sebelum disumbat masuk ke dalam kereta. Chris kemudian memandu menuju ke tempat kerjanya dengan membawa Bella dan Celeste sekali.

Sampai di lokasi kejadian, Chris tanpa berlengah terus mengeluarkan mayat Shanann dari kereta. Salah seorang daripada anaknya kemudian bertanya,

"Apa yang ayah sedang cuba lakukan dengan ibu ni?"

Tanpa sebarang rasa keperimanusiaan, Chris menekup hidung Celesete dan kemudiannya Bella.

Sebelum ditekup, Bella sempat bertanya,

"Adakah saya akan jadi macam Cece (Celeste)?" (Adakah saya akan dibunuh seperti Cece?)

Chris bertindak untuk membuang mayat kedua-dua anaknya ke dalam tangki minyak mentah terlebih dahulu sebelum menanam mayat Shanann.

Kisah Pembunuhan Paling Sadis Keluarga Watt
Ayah Shanann iaitu Frank Rzucek gagal menahan sebak.

Selepas perbicaraan demi perbicaraan, Chris akhirnya mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dikenakan terhadap dirinya. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa sebarang parol. Perkara ini adalah atas permintaan keluarga Shanann sendiri.

Sementara itu, ayah Shanann dalam satu kenyataannya terhadap Chris,

"Saya amanahkan awak untuk menjaga anak serta cucu saya, bukannya untuk membunuh mereka."

PEREMPUAN SIMPANAN

Pada November 2018, perempuan simpanan Chris iaitu Nicole Kessinger akhirnya tampil secara umum bagi menjelaskan perkara yang sebenar.

Menurut Nicole, dia dan Chris mula menjalinkan hubungan sekitar bulan Julai 2018. Kata Nicole lagi, Chris memberitahu bahawa dia di ambang proses penceraian dengan Shanann.

Walau bagaimanapun, sebaik saja berita kehilangan Shanann serta anak-anaknya tersebar, Nicole terus mempersoalkan perkara itu kepada Chris. Ekoran berasa was-was dengan penjelasan Chris, Nicole segera menghubungi pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Chris Watt : Definisi sebenar manusia yang bertopengkan syaitan.

Saturday, 23 November 2019

Kenapa Setiap Kapal Terbang Ada Limit Berat Masa Check in Bag?

Korang kena faham kenapa setiap airlines kena limit kan KG untuk check in bag & juga hand-carry..bukan saje-ii x nk bg korg check in lebh dri allowance yg korang dapat..nak taw sebb ape stiap airlines bole check in 30kg or 1 pieces :

Kenapa Setiap Kapal Terbang Ada Limit Berat Masa Check in Bag?
sekadar gambar hiasan
Ini sebab sebelom kapal berlepas dri airport, akan ade orang yg bertanggungjawab untuk buat pengiraan stabilisation for the airplane di mana dorang akan calculate how many passenger and how many total of bag passenger check in, ini kerana untuk buat balancing and trimming untk setiap kapal terbang

So cuba bayangkan kalau kapal load passenger tak penuh tapi bag passenger yg check in tu lebih dri load passenger, mungkin akan menyebabkan balancing tu tak stabil..so sebab tu as a groundcrew dekat setiap airline, staff akan bagitau sorang passenger boleh bawa 1 handcarray tak lebh dari 7kg (based on airline) & check in bag tak lebih dari allowance yg passenger dpt cth 30kg or 1pcs = 23kg..

So kalau passenger bawa lebh dri allowance yg ditetapkan akan dikenakan charga mungkin disebab kan untuk tambahan cargo load dan sebagainya..if you excess 1 or 2 kg yes groundcrew still have courtesy bout that but if more than your allowance,they cannot accept..

Dan tolong jangan nk buat muka sedih..merayu-rayu dekat groundcrew or jangan nk mrah marah staff..you travel and you supposed to know how many allowance you have and how many handcarry can you bring along..

Please make sure also, inside your check in bag no any lithium batteries..handphone..tab/ipad & vapers..


Friday, 22 November 2019

Cerita Sebenar di Sebalik Kisah Nobita

Nobita dan mental illness. Bagi peminat cerita Doraemon pastinya sedih jika memahami apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kisah hidup Nobita. Kisah ini betul atau tidak. Percaya atau tidak. Tetapi harapnya ada sesuatu yang kita boleh belajar.

Doraemon peneman Nobita

Mental Illness di Sebalik Kisah Nobita 


Kita tahu mental illness disebabkan oleh banyak faktor. Antara faktor yang utama ialah life events. Seperti dalam cerita Doraemon itu sendiri kita dapat tahu Nobita dibuli dan sering dipukul di sekolah. Giant dan Suneo semestinya. Di rumah pula, ibunya pula sering menjerit-jerit memarahi dan memukul Nobita.

Di dalam kelas, dialah yang selalu dimalukan kerana bodoh dalam pelajaran. Begitu juga dalam permainan baseball yang mana Nobita ialah seorang yang sering ditertawakan kerana tidak pandai bermain. Belum lagi kita ikuti kisah cintanya dengan Shizuka yang bertepuk sebelah tangan.

Ayahnya pula jarang-jarang berada di rumah, menjadikan dia seorang anak tunggal yang sentiasa hidup kesunyian. Kurang mendapat perhatian dari ibu bapa, membuatkan dia membesar dalam keadaan yang sangat tertekan.

Mengikut satu sumber bacaan aku, katanya cerita Doraemon ialah satu kisah adaptasi dari kisah benar. Iaitu seorang pesakit Schizophrenia di Jepun yang bernama Nobita. Pesakit ini membayangkan kewujudan Doraemon dalam hidupnya bagi mengisi ruang yang sentiasa kosong dalam dirinya. Menjadikan Doraemon sebagai teman dan kawan imaginasi yang sentiasa boleh membantu pada bila-bila masa.

Nobita ini, akhirnya bunuh diri pada usia 16 tahun. Apabila psikiatri memberitahunya bahawa Doraemon itu tidak wujud, hanyalah ilusi yang dicipta mindanya. Begitulah.

p/s : Negara Jepun ialah sebuah negara yang mempunyai kadar bunuh diri yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain

Baca boleh tapi percaya jangan.. Tak dapat dipastikan kisah ini adalah betul-betul terjadi ataupun rekaan semata-mata. Sebab tiada sumber yang terlalu sahih.