Showing posts with label keburukan memfitnah. Show all posts
Showing posts with label keburukan memfitnah. Show all posts

Tuesday, 17 September 2013

Berdiam Diri adalah Lebih Baik Dari Berkata-Kata

Berdiam Diri Lebih Baik Dari Berkata-Kata


Berdiam Diri Lebih Baik: Ramai orang termasuklah rakan kita sendiri bila bercakap atau tak puas hati mesti akan keluarkan kata-kata yang kesat dan penggunaan kata-kata yang kesat itu pasti mengguris perasaan seseorang.


Berdiam Diri Lebih Baik Dari Berkata-Kata
sumber gambar AI



Dan ramai orang juga suka mengeluarkan pendapat tanpa menggunakan akal fikiran dan fakta. Ikut sedap mulut bila bercakap. Berdiam diri tidak semestinya kita takut kerana salah tapi kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat serta mengelakkan diri  dari mengaibkan orang.



Kita kena ingat semakin kita banyak bercakap semakin jelas menampakkan diri kita di dalam orang yang kurang ilmu dan mudah terjerumus ke dalam api neraka. Apa yang aku maksudkan banyak bercakap ialah bercakap tentang perkara yang tidak membawa faedah seperti mengumpat dan mengutuk.

Ramai di kalangan kita bila bab mengumpat dan mengutuk mereka sangat suka sehingga mereka lupa mereka telah memakan darah daging saudara sendiri di akhirat nanti. Pada masa yang sama juga kita telah memberi pahala kepada orang yang kita umpat itu.


Bukan sahaja mengumpat dan mengutuk, fitnah juga tidak terkecuali. Fitnah inilah yang membuatkan seseorang itu teraniya kerana salah anggap dari orang yang membawa cerita tidak benar dan tersebar meluas kepada rakan-rakan.


Sebab itulah bila kita banyak bercakap kita kena berhati-hati. Kebarangkalian untuk untuk kita menipu dalam percakapan sangat besar dengan memberi maklumat yang salah.


Berikut adalah kata-kata hikmah dari Bilal bin Saad: "Sekiranya anda melihat seseorang yang pintar berbicara, suka membantah dan suka membanggakan pendapatnya, maka ketahuilah bahawa kerugiannya telah sempurna."


Kata- kata hukama: "Diam mengandungi 7000 kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimah dalam setiap kalimah mengandungi 1000 kebaikan."


Diam itu:


1) Ibadah tanpa susah payah (tanpa Modal).
2) Perhiasan tanpa perlu berhias.
3) Kehebatan tanpa kerajaan.
4) Benteng tanpa pagar.
5) Kekayaan tanpa minta maaf pada orang.
6) Istirehat bagi malaikat pencatat amal.
7) Menutupi segala keaiban atau diam itu keindahan bagi orang. alim dan penutup bagi orang yang bodoh.


Untuk Akhirnya,  makan boleh sebarang makan , cakap jangan sebarang cakap buruk padahnya.