Showing posts with label speaker. Show all posts
Showing posts with label speaker. Show all posts

Wednesday, 2 October 2019

Menyesal Beli Speaker Vinnfier Champ 202 btrm

Speaker Vinnfier Champ 202 - Tengok tajuk pun dah tau ada masalah dengan speaker ni.

korang pernah beli speaker jenama Vinnfier tak? atau apa2x brand Vinnfier?

Ini first time aku dengar nama brand ni.. aku jumpa masa aku pergi Aeon Big dan masa tu terpikat dengan area speaker dan kebetulan member ak tengah cari speaker.

dia punya usha tu memang lama aku cakap ngan korang sampai kitaorang pergi solat dulu pastu datang balik belek2x speaker..

bila dah puas dengar stok habis pula... tinggal display je ada. display pula dah lama pakai..jadinya kalau nak ambil display terus cam rugi plak walaupun warranty setahun..

So, keesokkannya kitorang gigih pergi aeon big kat puchong plak n nasib ada stok untuk brand ni..

Menyesal Beli Speaker Vinnfier Champ 202 btrm
contoh speaker Vinnfier Champ 202 btrm

tertarik sebab tengok design not bad cun dan dengar pun best juga kalau nak compare dengan speaker lain.. speaker sonic gear evo membe aku dah pernah pakai yang versi 3, versi 9 cam slow plak speakernya.


Kenapa Menyesal Beli Speaker Vinnfier Champ 202?


sebab apa menyesal?

mana tak menyesalnya dah gigih kitorang beli balik-balik buka semua kotak baru dan pasang speaker kat komputer sekali radio fm tak berfungsi n terus hilang..pastu bluetooth tak berapa nak betul.. voice robot dari speaker tak bunyi..

membe aku resahnya tu sampai lambat tido sebab cari punca kenapa radio tak boleh berfungsi dan hilang..

so nampaknya memang kena pergi aeon puchong balik untuk settlekan balik macam mana dengan speaker ini.. rasanya nak tukar brand lain je la jawabnya..

tengok forum lowyat pun brand ni dipandang rendah sebab kualitinya agak kurang.. itu kata forum la..

memang tak boleh nak lawan speaker altec lansing aku.. speaker cun sampai sekarang dari 2014 masih bertahan kat kg aku. tapi malangnya altec lansing speaker pc dah tak jual kat Malaysia. kalau tak, dah lama suruh membe aku beli altec lansing ni. siapa yg dapat beli tu memang untunglah sbb boleh kata limited je yg ada kt Malaysia ni..

aku ada tengok kat lazada altec lansing sama brand speaker yang aku pakai tapi harga sangat melampau gila2x.. RM800 lebih lazada letak untuk speaker altec lansing VS2621.. padahal harga speaker altec lansing VS2621 aku beli bawah RM200.. RM189 kalau tak silap. mungkin sebab limited dah tak ada lagi kat sini kot tu mark up tinggi.


updated 26 Ogos 2017


pergi balik aeon Puchong untuk refund balik duit..so, kena pulangkan balik speaker tu nanti dia refund duit.. tapi dia akan check dulu masalah apa yang timbull. kalau btol2x ada masalah baru boleh refund kat kaunter perkhidmatan.

mula2x orang yang handle bhgian speaker ni kata sama ada ganti dengan yang baru atau refund tapi kena beli brand lain kat aeon ni.. padahal aku dah tepon aeon careline dorang kata boleh refund dan terpulang duit tu nak buat apa pun.. terus org yang handle tu mengiyakan..

kalau tak tahu mgkin kita mengiyakan la kata orang yg handle bhgian speaker ni..

dah dapat refund balik duit kitorang decide pergi lowyat la terus cari speaker kat sana...

dah sampai sana. terus cari kedai yg memang dah selalu pergi dan cari speaker..mula2x ingat nak ambik edifier tapi promoter kata better ambil brand Salpido Ultimate G6..semua ada.. radio, sd card, bluetooth pun ada.. nak karaoke pun boleh..

dengar promo speaker pun dah terbaik terus sambar.. harga dpt RM240 berbanding harga asal RM 290 . pasang kat uamah elok je semua.. sound pun sedap.

so next aku akan post pasal brand speaker Salpido ni nanti..

Sunday, 23 December 2018

Pengalaman Pakai Tv Bluetooth Sound Bar Fiodio Dari DIY

Teragak-agak nak beli speaker dari kedai DIY?.. Meh saya bagi feedback tentang Tv Bluetooth sound bar speaker fiodo dari diy yang dijual murah berbanding dengan speaker yang lain.

Speaker yang saya beli ini adalah merupakan sound bar yang biasa pasang sekali dengan Tv, harga memang sangat murah lebih kurang RM100 lebih macam tu. 

Kalau brand lain dah jual harga RM400 ke atas macam tu untuk speaker bar tv. 

Kenapa murah sangat? Nanti explain kena buka try dulu baru tahu. 

Spefikasi tak jelas sebab DIY tidak menyertakan spefikasi speaker ini.. tapi ini adalah keterangan dari speaker Fiofio

High sound quality. Strong bass. Designed with play/pause, volumes, mode and power button at the side of the products. Comes with two input auxiliary ports too. Can connect your devices to this speaker via bluetooth also. Comes with a small controller also.
Dalam keterengan tersebut Fiodio menjanjikan kualiti yang terbaik. bass yang kuat. ada button play/pause, volume, power button kt hujung sekali. Ada bluetooth dan juga ada juga controller,.

Feedback Speaker Fiodio Bar dari DIY

Ini adalah sound bar yang saya telah beli kat DIY Bangi Gateway.. Dari dulu memang teragak-agak nak beli.. tengok review pun belum ada orang review lagi jadi mehlah kita beli dulu test macam mana ok ke tak sound bar Fiodio.

Ada dua sound bar tak silap kat DIY. Beli yang mahal sikit kot kualiti lagi bagus.

member kena pegang jadi model. hehe (kotak sound bar Fiodio)
Tv kena ada port khas untuk pasang sound bar ini.. tv tahun ni kebanyakkan ada port khas untuk sound bar. kalau lcd yang lama-lama mungkin tak ada portnya untuk sound bar.

Kualiti Sound bar Fiodio

Dah siap pasang kat Tv.. kita tak try la soundnya macam mana..

overall saya boleh kata tidak memuaskan hati.. pedih hati la juga.. kenalah dengan harga yang murah mampu milik. sbb expectation saya suara bergema ala wayang macam tu.. sekali sound biasa-biasa je.. sesuai untuk rumah yang kecil. bass pun tak paduuu.. just more to stereo je. lagi best speaker computer saya yang dulu. haha

last-last saya pasang sound bar ni kat computer saya je.

Not recommended.




Friday, 4 April 2014

Speaker : Altec Lansing VS2621 Jadi Pilihan

Setelah sekian lama mencari speaker jenama Altec Lansing untuk laptop, akhirnya saya jumpa salah satu kedai yang menjual Speaker jenama Altec Lansing di Tingkat 3 Aeon Big Shopping, Bandaraya Melaka.

Saya berminat dengan Speaker Altec Lansing Vs2621 kerana tidak terlalu mahal untuk dibeli serta reka bentuk yang menarik. Di kedai tersebut mempunyai 3 jenis jenama Altec Lansing iaitu VS2621, VS2721 dan BXR1221

Altec Lansing Vs2621 merupakan produk terakhir di kedai yang saya beli dan saya cukup bernasib baik dapat membeli speaker tersebut sebelum kehabisan stok. Untuk pengetahuan semua, jenama Altec Lansing sekarang susah hendak dicari tidak seperti sebelumnya. Kalau ada pun mungkin sekitar Kuala Lumpur seperti  Low Yat.


Kenapa Pilih Speaker Altec Lansing


Antara sebab saya pilih jenama tersebut kerana mengikut kebanyakkan dan pendapat rakan-rakan termasuk alam maya yang mengatakan bahawa jenama tersebut adalah yang terbaik berbanding speaker lain yang ada di pasaran.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Selain itu, Jenama tersebut sudah lama bertapak dalam dunia speaker sejak tahun 1927 dan sudah tentunya banyak pengalaman dalam mengikut kehendak citarasa pendengar.

Altec Lansing VS2621


Speaker Altec Lansing VS2621 mempunyai reka bentuk menarik lagi bergaya mengikut pandangan saya sendiri. Setelah mendengar sendiri lagu menggunakan speaker tersebut ternyata audio sangat clean serta sedap di dengar. Speaker ini sesuai untuk muzik namun untuk movie dan gaming sekadar average sahaja.

Cuma kekurangan pada Altec Lansing VS2621 ialah tiada butang control treble dan Bass. Terhad pada butang volume dan Tone sahaja untuk Vs2621. Tidak pasti apa fungsi sebenar butang tone, mungkin menjelaskan lagi volume speaker atau mungkin sama fungsi seperti treble

Bagi mereka yang ingin sound mantap untuk movie dan gaming boleh beli Altec Lansing Vs2721 ataupun Bxr1321 dan harga kesemuanya adalah bawah Rm300.

Berikut adalah ulasan serta video dari luar negara berkenaan dengan speaker Altec Lansing Vs2621:

Saya amat menitik berat barang-barang yang berkualiti serta tahan lama sebab itu saya perlu pastikan serta periksa dahulu mana-mana jenama yang terbaik untuk speaker. Kalau beli speaker biar yang tahan lama dan sedap di dengar.

Paling penting, mampu dibeli dengan harga yang berpatutan. Setiap speaker ada kelebihan masing-masing terpulang kepada anda untuk memilih. Saya syorkan jenama Altec Lansing untuk Speaker di laptop/komputer anda.

Updated 22 Mac 2017

Selepas 3 tahun beli sejak tahun 2014 dan sekarang Alhamdulillah speaker masih lagi berfungsi dengan baik dan wayar tak ada terkopek dan rosak sebab jarang gerakkan speaker.

Wednesday, 26 March 2014

Beg dan Pandangan Tentang Speaker Terbaik

Nile - Pada jumaat yang lepas iaitu 21 Mac 2014, nile.com.my ada buat satu promosi selama satu hari iaitu jumaat dengan penghantaran secara percuma di semenanjung Malaysia Mengikut terma dan syarat yang diberikan.


Untuk mendapatkan penghantaran secara percuma ialah dengan pembelian sebanyak RM48 ke atas melalui courier atau pengeposan Gdex sahaja. Selain dari itu akan dikenakan caj.


Sebelum ini, saya pernah beli beg di nile.com.my dan barang yang ditempah pun pantas sampai ke rumah. Beg yang diterima sama seperti apa yang ada pada nile.com.my. Saya memilih beg warna cream. Beg tersebut tahan lasak serta selesa untuk dipakai. Memudahkan saya untuk menyimpan smartphone, passport, powerbank, note dan sebagainya.


20140325_190352


Terbaru, saya beli 2 beg ini untuk kegunaan adik saya. Harga lebih kurang sama dengan beg yang dulu iaitu RM26. Keseluruhan harganya ialah RM52. Penghantaran pula percuma sahaja. 


Itulah gambar beg tersebut yang baru sampai rumah. Kecil dan tidak terlalu besar. Senang untuk dibawa ke mana-mana. Lelaki mahu yang simple sahaja.



Perancangan Mahu Beli Speaker


Beg sudah dibeli sekarang saya ada perancangan mahu membeli speaker jenama Altec Lansing Vs2621 untuk laptop dan kebetulan terjumpa satu laman web yang menawarkan jualan Speaker secara online. Apa lagi, memang terus tempah dan beli. Tapi sayang, speaker tersebut dah kehabisan stok dan bernasib baik company tersebut refund balik duit yang telah dibeli.


Susah sekarang nak cari jenama Altec Lansing. Kebanyakan jenama Altec Lansing sudah kehabisan stok. Nak beli speaker jenama lain takut tak tahan lama.


Mungkin anda ada pandangan tentang jenama speaker lain yang terbaik dan tahan lama. Bajet dalam RM200 ke bawah. Pandangan anda amat dialu-alukan.