√ Adnan Sempit 3 Filem Komedi Ringan - Adarain

Adnan Sempit 3 Filem Komedi Ringan

Selepas menonton Filem The Percy Jackson Sea Of Monster, tak sampai 2 hari kami sekeluarga kembali lagi ke pewagam dan kali ini kami menonton filem Adnan Sempit 3 dan juga bersama sanak saudara. Filem melayu sebenarnya aku kurang minat ini kerana kualiti filem yang  ditayangkan tidak seperti yang diharapkan. Tapi atas desakan adik dan juga mak abah yang minat dengan adnan sempit 3, maka aku pun terpaksa setuju untuk menonton filem ini.

Filem ini berdurasi selama 1 jam 30 minit sahaja. Filem ini mengisahkan di mana adnan dengan nadia bersama rakan mereka iaitu bobby dengan wawa melangsungkan perkahwinan secara serentak. Adnan mula menguruskan perniagaan sendiri selepas bapa mertua menyerahkan perniagaan maggi kepada adnan. Apa yang menarik di sini ialah situasi di mana nadia dan wawa didapati mengandung dan dari situlah berlaku konflik rumah tangga yang tidak diingini berlaku. Antara konflik yang berlaku ialah Adnan mula rapat dengan pembantu pengurus yang merupakan seorang perempuan yang menyebabkan nadia merasa cemburu. Bobby pula terdesak untuk mendapatkan duit akibat tekanan daripada isteri serta melangsaikan perbelanjaan wawa di hospital.

Antara babak yang mungkin menarik dalam filem ini ialah karenah malam pertama mereka berdua dan aksi di mana nadia dan wawa terdesak untuk bersalin yang terpaksa menggunakan motor. Ramai orang ketawa melihat filem ini di pawagam tapi tidak bagi aku. Sebenarnya tak banyak babak dalam filem ini yang menarik serta mampu mencuit hati aku. Ini adalah sekadar pandangan aku sahaja jadi jangan terasa buat mereka si pencinta filem melayu. Dalam filem ini mereka mempromosikan makanan maggi sehingga dari awal filem ini sehingga ke akhirnya makanan rutin harian adalah maggi.

Untuk akhirnya, filem ini sekadar filem komedi ringan yang mungkin sesuai untuk rancangan tv sahaja, lagi lawak sketsa 'Lawak Ke Der' dan 'Lawak Ke Der 2'. Rating untuk filem ini 3/5. 

P/s: Tidak sabar menunggu filem Kl Gangster 2.

Get notifications from this blog

14 comments

  1. Nampak macam best je citer ni, tapi suami saya tak suka tengok wayang citer melayu, suka citer omputih je, tu pun kalau ada citer2 yang dia suka tengok ermmm.

    ReplyDelete
  2. samalah, saya pun suka tgk filem omputih..

    ReplyDelete
  3. Tu makan maggi tu pasal kena sponsor...

    ReplyDelete
  4. tak tengok lagi cerita nih..

    ReplyDelete
  5. saya suka cerita lawak walaupun jarang nak ketawa besar-besar

    ReplyDelete
  6. Dah berbeloas tahun tak tengok wayang...teringin rasa nak bawa anak-anak pergi sekali

    ReplyDelete
  7. ada kata jalan cerita yg ke 3 ni makin hambar betul ke? x tengok lagi...

    ReplyDelete
  8. Tak miss lagi tengok Adnan Sempit ni lagi.. Jarang ke panggung sebenarnya.. Last tengok Percy Jackson itu pun membe payung.. Hahahahaha selalu download or sedut membe punya cerita..

    ReplyDelete
  9. Wah... antara cerita melayu yang dah masuk siri ke -3 dalam wayang..

    @Adarain,

    Rating berapa nak bagi cerita kali ini?

    Ikhlas,

    AMIN JOHAR
    (Pendaftar Domain)
    PAKAR NIAGA

    ReplyDelete
  10. nak juga lah tengok cerita ini suport filem tempatan cewah

    ReplyDelete
  11. Sering nonton film komedi dan segalasesuatunya yang berbau menghibur bisa membuat kita makin awet muda nie
    nice info:)

    ReplyDelete
  12. adnan sempit 1 dan 2 pon aku tak beraya layan. inikan yang ketiga. tak habis2 rempit..citer ni promote suh mkn megi ke tiap2 hari? mentanglah sam tu duta meggi..tak patut...

    ReplyDelete
  13. Rasa nak tengk gak cerita ni..mesti seronok sakan ni..hehe

    ReplyDelete