√ The Conjuring Filem Paling Seram Di Hollywood - Adarain

The Conjuring Filem Paling Seram Di Hollywood

[caption id="attachment_503" align="aligncenter" width="465"]The Conjuring Sumber gambar dari http://www.daddymojo.net/[/caption]

The Conjuring Sebuah Filem Berkisarkan Kisah Benar


Setelah sekian lama tidak dapat menonton filem The Conjuring, akhirnya 2 hari lepas baru dapat menonton filem The conjuring yang merupakan filem kisah benar berlatarbelakangkan tahun 1970.


Sememangnya kalau filem hollywood bila buat filem berbentuk seram memang tidak akan menjadi atau mungkin tidak menakutkan sangat berbanding filem-filem asia yang  lain seperti Ju-on, The Twin Sister, Khurafat dan banyak lagi. Tetapi filem ini berlainan dengan filem seram hollywood yang lain.


Filem ini masih ditayangkan di pawagam sehingga kini, ini bermakna sudah 3 minggu The conjuring berada di dalam pawagam Malaysia sejak mula ditayangkan pada 1 ogos lepas. Apa yang membuatkan aku tertarik sangat untuk melihat filem ini adalah seperti mana yang aku tulis tadi adalah  diadaptasi dari kisah benar dan pengarah filem ini merupakan pengarah filem The Saw. Aku pernah tonton filem The SAW 4 sehingga ke-7 memang menyeramkan dan pembunuhan yang sangat kejam, kalau dah potong sana sini mesti filem the conjuring lagi best. Kalau tengok rating di IMBd pula filem The conjuring dapat 7.8/100.


Filem ni telah diarahkan oleh James Wan anak kelahiran Kuching Sarawak, Malaysia dan menjadi warganegara tetap Australia. James Wan bakal mengarahkan Filem Fast and Furious 7. The Conjuring berdusari 1 jam 50 minit merupakan sebuah filem yang berkisarkan di mana Penyiasat paranormal Ed dan Lorraine cuba untuk membantu keluarga yang telah diganggu secara kasar oleh makhlus halus di rumah ladang keluarga itu.


Adakah makhluk halus itu berjaya atau tidak dihalau dari rumah itu? pergilah tengok sendiri. Antara babak yang paling menarik antaranya dimana keluarga tersebut bermain hide and clap, anak-anak keluarga tersebut 'mengigau', apabila ibu keluarga tersebut cuba untuk membunuh anak-anaknya dan banyak lagi babak yang mencemaskan.


Lagi satu aku tertarik dengan permulaan filem ini berkenaan dengan patung yang diberi nama Anabella yang juga merupakan kisah benar dan sampai sekarang patung itu ada di dalam kaca dan makhluk halus kekal dalam patung itu.


Tujuan di kurung dalam kaca adalah supaya patung yang dimasuki Makhlus halus tidak dapat menganggu orang lain.  Boleh rujuk di sini untuk kisah patung Anabella --> Kisah Benar Anabella.


Jalan cerita untuk filem ini tidak membosankan tidak seperti filem yang lain kerana setiap saat pasti ada babak yang menyeramkan. Rating untuk filem ini 4/5. 


Get notifications from this blog

11 comments

  1. 3 minggu di panggung bermakna dkna lebih dari 3 minggu tak tengok wayang :)

    ReplyDelete
  2. tak tgk lagi filem nie...nanti bolehlah tgk...

    ReplyDelete
  3. Memang menjadi sebutanr ramai betul filem ni. Aku macam biasa tak sempat nak tengok. haha

    ReplyDelete
  4. mesti cari dan mesti tonton ni...

    ReplyDelete
  5. Takut tengok citer seram2 ni, nanti nak ke toilet jenuh nak berteman w/pun toilet dalam bilik hhhehehe.

    ReplyDelete
  6. suka tp tk leh tengok tengah mengandung nanti terkejut2 susah pulak hahaha ..

    ReplyDelete
  7. dengar kata filem ni best, tp saya masih x berkesempatan nak tonton lagi

    ReplyDelete
  8. I kind of like this kind of genre and saw it last week. Have you seen The Purge?

    ReplyDelete
  9. tak berani tengok cerita hantu..

    ReplyDelete
  10. […] nak tengok movie ni pun movie ni arahan James Wan yang pernah buat Movie The Conjuring yang masa tu adalah movie paling seram barat pernah […]

    ReplyDelete