√ Layak Dianugerahkan Ijazah Kerana EPT - Adarain

Layak Dianugerahkan Ijazah Kerana EPT

ALHAMDULILLAH, bersyukur ke hadrat ILLAHI kerana berjaya melayakkan diri untuk dianugerahkan Ijazah. Setelah berhempas pulas belajar selama 4 tahun akhirnya tercapai sudah untuk mengenggam segulung ijazah tidak lama lagi.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

English Proficiency Test (EPT)


Syarat di USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) tidaklah begitu sukar bagi melayakkan pelajarnya untuk mendapatkan ijazah. Tetapi kebanyakan pelajar di sini begitu tertekan ekoran kelayakan untuk mendapatkan ijazah baru-baru ini, kerana pelajar harus melepasi Band 3 dalam peperiksaan Malaysia University English Test (MUET).

Untuk pelajar akhir tahun pada tahun ini 2013, dianggarkan 400 lebih pelajar tidak melepasi Band 3 seterusnya tidak layak dianugerahkan Ijazah.

Memandangkan Ramai pelajar yang tidak melepasi Band 3 dalam peperiksaan MUET, USIM telah membuat satu alternatif lain untuk membuatkan pelajar layak dianugerahkan Ijazah hasil cadangan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada masa itu iaitu dengan mengadakan peperiksaan English Profiency Test (EPT).


Peperiksaan EPT ini lebih kurang sama skema bentuk soalannya dengan Peperiksaan MUET tetapi dikelolai USIM sendiri.

Ini adalah peluang yang tidak patut dilepaskan bagi pelajar yang tidak melepasi band 3 untuk menduduki peperiksaan EPT bagi melayakkan diri mereka untuk mendapatkan Ijazah serta berkonvo.

EPT telah berlangsung pada minggu pertama pada bulan 10.

Layak Dianugerahkan Ijazah

 Penantian satu perkara yang menyeksakan

Sekian lama menunggu, akhirnya keputusan sudah pun sampai ke rumah dan mendapat keputusan Band 3 dalam peperiksaan EPT pada hari itu.

Dengan keputusan ini, maka layak dianugerahkan ijazah kerana berjaya mencapai tahap 3. Ibu bapa pun gembira bukan main kepalang apabila mendapat berita ini.

Sejuk hati melihat kedua ibu bapa gembira dengan keputusan ini. Tapi ibulah yang paling gembira sekali sehingga mendapat pelukan sebagai tanda tahniah.

USIM Tidak Begitu Dikenali

Ingat lagi bila orang bertanyakan aku dimana aku sambung belajar, maka aku jawab USIM. Mesti orang akan terpinga-pinga dengan nama itu dan ada yang menyangka USIM adalah USM ataupun UIA.

USIM tidak begitu popular kerana USIM dahulu merupakan sebuah kolej sebelum bertukar status menjadi sebuah Universiti dan USIM baru sahaja bertapak kira-kira selama 12 tahun.

Lagipun, kemasukan ke USIM hanyalah untuk mereka yang telah mengambil bahasa Arab ataupun dari sekolah menengah agama.
Terima Kasih Semuanya.
Banyak pengalaman yang berharga sepanjang belajar di sini. Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang sentiasa bertungkus-lumus mengerah keringat untuk mengajar kami sehingga sanggup berkorban masa demi mengajar kami.

Dapat Ijazah tak menjamin kita senang mendapat kerja nanti sebab Kita akan berhadapan dan struggle dengan dunia sebenar. Peringatan buat diri sendiri.

Get notifications from this blog

55 comments

  1. semoga terus sukses bro dan selamat maju jaya...apa perancangan bro lepas ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah...semoga dimasa depan lebih sukses dan berhasil lagi...

    ReplyDelete
  3. yap. USIM memang tak berapa terkenal. Ramai yang tak tahu kat mana USIM nih..

    ReplyDelete
  4. Tahniah... bila konvo nya?
    saya pernah dtg USIM sekali... fuh, bukan main susah nak masuk. Pak Guard nya straight sangat.. huhu~

    ReplyDelete
  5. Terima kasih. Perancangan selepas ni cari kerja tetap tapi buat masa sekarang urus kedai parent dulu.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih... In Sya ALLAH, konvonya pada 30/11/2013, hujung bulan nie. memang straight juga nak masuk, kena tgk pak guard juga, ada yang baik dan ada yang straight.

    ReplyDelete
  7. memang ramai yang tak tahu USIM kat mana. USIM kat Nilai, negeri sembilan.

    ReplyDelete
  8. Tahniah! Kesusahan semalam memberi hasil yang cukup lumayan pada hari ini...

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah, tahniah bro :)

    bagus kalau bro dah fikir mengenai ada ijazah bukan bermakna kita senang dapat kerja. tips dari den, jangan fikir pasal job security, yang penting pengalaman dan apa yang bro cita citakan.
    jangan sampai tak ada kerja, dan terpaksa kerja sehinggakan terpaksa lupakan cita cita kita :D

    ReplyDelete
  10. Terima kasih ya.. kesulitan yang berbaloi-baloi

    ReplyDelete
  11. Terima kasih sebab bagi tips yang berguna untuk aku pada masa akan datang nanti.

    ReplyDelete
  12. tahniah bro.. usaha yang kuat pasti baik hasilnya

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah semua telah berjaya di capai moga akan dapat kerja baik lepas ini.amin

    ReplyDelete
  14. sekarang pendidikan amat penting kalau tak susah nak dapat mana-mana tempat kerja.kalau pula kerja alagi orang cari pengalaman tapi kita tolak metah kita mesti cuba

    ReplyDelete
  15. Tahniah bro.. bolehla mulakan langkah cari kerja atau sambung ke MA pulak.
    Peraturan yang kena lulus MUET Band 3 tu utk USIM je ke bro? Tak pernah dengar la pulak tentang peraturan tu.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih.. In SYa ALLAH, semoga dipermudahkan urusan selepas ni. amin~
    Yap, KPM dah tetapkan bagi semua universiti tapi tidak pasti ngan UKM & UM dengan kelayakan untuk mendapatkan ijazah mesti dapatkan band 3 dan ke atas. Benda ni dah lama keluar masa tahun lepas diumumkan sendiri oleh YB Muhyiddin.

    ReplyDelete
  17. Terima kasih yah sebab bg advice.. :)

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah tan tahniah ye berjaya dapatkan segulung Ijazah :)

    MJ pun baru Grad USM bulan 9 tempoh hari :D

    ReplyDelete
  19. Tahniah bro. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi di masa hadapan!

    ReplyDelete
  20. tahniah, bro bakal menempoh episod baru yg lebih berliku bro,.. mint anasihat senior2 supaya bro ikut jln yg betul dlm pilih kerja

    ReplyDelete
  21. Tahniah... Segala usaha kini tercapai jua akhirnya. Semoga anda terus berjaya mencapai cita-cita dan menemui kebahagian...

    ReplyDelete
  22. tahniah.. Bukan senang nak dpt ijazah tu. Hanya yg layak je. Jadi kena la ada rasa bangga skit. Bnyk2 bersyukur pada Allah.

    ReplyDelete
  23. Tahniah bahain....mmg terasa mcm beban digalas tu terlerai kan bia kita dpt selesaikan tugasan akhir. Bila konvonya??

    My turn utk pki jubah tu bulan depan. :)

    ReplyDelete
  24. Assalam.
    Subhanaallah. Tahniah ya. Dan selamat maju jaya, dan terus lagi berjaya di masa-masa akan datang. Tahniah :)

    ReplyDelete
  25. Hehehe..tahniah bro..tak sangka bro masih belajar lagi..hehe

    ReplyDelete
  26. Terima kasih :),
    Tahniah juga buat MJ kerna dapat grad..

    ReplyDelete
  27. Terima Kasih, akan cuba minta nasihat daripada senior yang dah berpengalaman..

    ReplyDelete
  28. Terima kasih, bersyukur dapat grad juga.

    ReplyDelete
  29. Terima kasih, akhir bulan ni 30. IN SYA ALLAH.
    Tahniah juga buat puan mahsuri..

    ReplyDelete
  30. Waalaikumussalam, Terima kasih, AMIN~

    ReplyDelete
  31. terima kasih, ya, masih belajar lagi.

    ReplyDelete
  32. tahniah le . semoga ijazah tersebut memberi manfaat

    ReplyDelete
  33. Wahh bestnya.. tahniah bro, dapat genggam ijazah pula lepas ni..

    ReplyDelete
  34. Tahniah... welcome to alam pekerjaan selepas ini:)

    ReplyDelete
  35. Tahniah bro! Biasalah, bukan senang nak senang. Usaha menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap Muslim. Semoga bro terus sukses dalam kemaraan ke langkah yang seterusnya.

    ReplyDelete
  36. @Bahrain,

    Alhamdulillah. seorang lagi rakan bakal dapat degree. Bukan senang tu....


    Ikhlas,

    Amin Johar

    ReplyDelete
  37. Alhamdulillah.. Tahniah.. Semoga terus berjaya & diberkati kehidupan di dunia & akhirat.. aamin.

    ReplyDelete
  38. Tahniah . Semoga terus maju jaya di masa-masa akan datang.

    ReplyDelete
  39. Tahniah, bukan semua org boleh buat benda ni...

    ReplyDelete
  40. tahniah bro..sudah berjaya mengenggam ijazah..ada cerah masa depan tu!

    ReplyDelete
  41. tahniah
    moga2 terus maju, jaya dan selamat selamanya
    dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  42. tahniah bro semoga semakin sukses selepas ini :)

    ReplyDelete
  43. Tanniah, segala penat lelah telah berbayar.

    ReplyDelete
  44. berapa lama ye untuk tahu result uept?

    ReplyDelete