√ Review The Hunger Games: Catching Fire - Adarain

Review The Hunger Games: Catching Fire

Sekian lama menunggu, filem yang dinanti-nantikan sudah pun berada di pawagam iaitu The Hunger Games: Catching Fire. Merupakan filem sambungan dari filem pertama.

Sinopsis The Hunger Games: Catching Fire


Katniss Everdeen (Jennifer Lawrence) telah kembali ke rumah dengan selamat selepas memenangi pertandingan tahunan The Hunger Game yang ke - 74 bersama dengan rakannya iaitu Peeta Mellark (Josh Hutcherson).

[caption id="attachment_1118" align="aligncenter" width="532"]Review The Hunger Games: Catching Fire Sumber dari google.com[/caption]

Kemenangan ini bermakna bahawa mereka mesti meninggalkan keluarga mereka serta rakan-rakan yang sangat rapat dan harus melakukan "Tour Victor" satu daerah ke daerah yang lain.

Sepanjang lawatan tersebut, Katniss dapat 'menghidu' bahawa berlakunya pemberontakan di setiap daerah. Pemberontak cuba untuk mengadakan protes sempena The Hunger games dan jurang orang kaya dengan orang miskin

Bandar Capitol masih lagi dalam kawalan dibawah pemerintahan Presiden Snow yang mengadakan pertandingan The Hunger Games yang  ke-75.

Mereka berdua terpaksa menyertai kerana setiap 25 tahun sekali, Pertandingan tersebut mempunyai peraturan khusus yang dipanggil Quarter Quell. Dan peraturan kali ini adalah perwakilan dari daerah masing- masing yang pernah menang dalam pertandingan The Hunger Games sebelum ini.

Nak tak nak, Katniss bersama petta terpaksa menyertai kembali The Hunger Games yang ke-75

Katniss bersama petta harus berjuang dan menang dalam pertandingan The Hunger Games kerana peserta-peserta lain adalah yang terbaik dan susah untuk dikalahkan kerana sudah berpengalaman menyertai pertandingan The Hunger games sebelum ini.

Menang Hadiah Ketika Melancong



Review The Hunger Games: Catching Fire


Filem ini agak terlalu lama dengan mengambil masa 2 jam setengah dan agak slow. Saya berani jamin kepada mereka yang bukan fans kepada filem ini akan merasa mengantuk  atau akan rasa bosan di jam yang pertama.

Namun, untuk jam yang kedua akan bermula aksi yang ditunggu-ditunggu dengan pelbagai aksi dan cukup membuatkan penonton berdebar-debar dengan aksi tersebut.

Antara babak-babak yang menarik ialah mereka terpaksa melarikan diri daripada asap toksin yang boleh menyebabkan kulit terbakar dan  pentas permainan The hunger Games telah dimusnahkan.

Seperti biasa, filem ini akan ada sambungan dan filem ini jelas nampak tergantung.

Tidak banyak yang hendak diulas kerana babak-babak untuk filem ini seperti sama dengan filem yang pertama. Mungkin pengarah sengaja untuk melakukan sebegitu kerana ingin melakukan perkara yang lebih menarik untuk filem yang seterusnya The Hunger Games Saga.

Mungkin impaknya lebih gempak seperti The Twilight yang terakhir iaitu The Twilight Saga yang dipecahkan kepada dua bahagian. Dan juga mungkin untuk skuel filem terakhir The Hunger Saga nanti.

 

Get notifications from this blog

21 comments

  1. kena tengok yang nih..gua suka cerita macam ni.

    ReplyDelete
  2. kena tengok yang pertama dulu kot baru syok dan lebih faham.

    ReplyDelete
  3. Betul, filem ni kena tengok yang pertama baru faham.

    ReplyDelete
  4. kalau suka, memang kena pergi tengok.

    ReplyDelete
  5. tak minatlah cite macam ni mengarut je..

    ReplyDelete
  6. kalau best kami mau terjah juga tapi boleh bawa budak tengok takut cerita ini ganas bagi mereka huu...

    ReplyDelete
  7. Hunger games memang slow. Tak tau kenapa. Hari tu bwk member pgi 5 org smua. Smua ttdo. Haha

    ReplyDelete
  8. setiap orang ada pandangan masing-masing.

    ReplyDelete
  9. cerita ni rasanya tak payah tengok kat pawagam, download je. hehe, cari filem lain je macam frozen.

    ReplyDelete
  10. kan, memang slow..nasib baik aku tak ngantuk sangat. kalau aku bawa kawan komform mengantuk. haha. memang dah jangka kalau bawa kawan pastu tidur..haha

    ReplyDelete
  11. tak minat dengan filem genre ini...bukan taste saya bro!

    ReplyDelete
  12. Bunda jarang tengok movie...

    ReplyDelete
  13. Baru rilis di Indonesia kemarin-kemarin, jadi belum nonton.
    Nunggu kawan ada yg ngajakin dulu. :D

    ReplyDelete
  14. patut banyak orang cite pasal benda ni baru2 ni.hehe.

    ReplyDelete
  15. lama bebenor tak layan filem...hehe

    ReplyDelete
  16. memang kena tengok. ada lagi ke pawagam nih..

    ReplyDelete
  17. belum tengok lagi. ingat nak tengok yang 1st dulu sebelum layan yang 2nd

    ReplyDelete
  18. Review yang menarik dengan mengulas beberapa kekurangan film ini
    Trims :)

    ReplyDelete
  19. Tak sempat boleh tengok DVd nanti.

    ReplyDelete