√ Pengalaman Temuduga Buat Kali Pertama - Adarain

Pengalaman Temuduga Buat Kali Pertama

Pengalaman Temuduga Buat Kali Pertama


Sudah beberapa hari tidak update blog, kali terakhir update blog pada 2 februari 2013. Kesibukan melanda gara-gara membuat persiapan menghadapi temuduga buat kali pertama di Johor.

Sudah tentu satu perkara yang sangat mendebarkan dan menakutkan kerana macam-macam perkara boleh terjadi @ yang difikirkan seperti tidak sihat di hari temuduga, tidak dapat mengawal perasaan nervous, tertanya-tanya soalan yang akan dilontarkan oleh juri sama ada senang ke susah dan sebagainya.

Apabila tarikh temuduga semakin hampir iaitu pada 4 Februari 2014. Persiapan rapi perlu dibuat bagi memastikan soalan yang diberikan oleh juri nanti dapat dijawab dengan lancar tanpa tersekat-sekat.

Antara persiapan yang dilakukan ialah mengemaskini sijil-sijil, saterika pakaian, tanya rakan lain yang ada pengalaman temuduga dan bercakap sendirian seolah-olah cuba menjawab persoalan dari juri.

Tidak Terjawab


Hari yang ditunggu sudah tiba, Kali pertama masuk bangunan tersebut terlihat banyak orang yang hadir untuk sesi temuduga tetapi begitu ketara dengan kelihatan perempuan yang ramai berbanding lelaki yang boleh dikira dengan jari.

[caption id="" align="aligncenter" width="384"]Pengalaman Temuduga Buat Kali Pertama sumber dari rakan facebook[/caption]

Macam biasa, daftar diri kemudian menghadapi peperiksaan bertulis sehingga 10 minit. Selepas itu, barulah menunggu giliran untuk ditemuduga. Dalam menunggu giliran temuduga, terserempak dengan rakan lama masa sekolah dahulu siap sempat berborak lama-lama.

Apabila masa giliran sudah sampai, terus masuk pejabat dengan keadaan tersenyum dan teramat nervous. Aku anggarkan sesi temuduga aku dalam 15 - 20 minit.

Pada mulanya agak selesa dengan soalan yang diberikan juri namun lama-kelamaan dalam kerancakkan juri memberi soalan ada beberapa soalan yang membuatkan aku agak tersekat-sekat untuk memberikan jawapan yang terbaik. Agak terkilan juga dengan 'persembahan' aku dengan beberapa soalan.

Teknik Menjawab Soalan Temuduga



Tawakal dan Redha


Apa yang penting sudah buat yang terbaik. Keputusan sama ada layak atau tidak hanya juri dan ALLAH S.W.T sahaja tahu, aku hanya mampu tawakal dan redha dengan keputusannya nanti. Di harap korang dapat yang baca ini dapat mendoakan terbaik. Yang penting pengalaman temuduga ini dapat dijadikan sebagai permulaan untuk menghadapi sesi temuduga yang akan datang.

Get notifications from this blog

46 comments

  1. interview jawatan apa? kerajaan ye?

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Insyaallah...anda telah berusaha, kini hanya berdoa dan tawakal. Saya juga doakan anda berjaya!

    Kini anda dah dapat pengalaman...bukan semua orang memperolehnya. Bersyukurlah...boleh dijadikan panduan buat masa mendatang. Berjaya atau tidak...bersyukurlah kerana anda telah beroleh sesuatu yg berharga!

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam,
    terima kasih sebab bagi pesanan yang terbaik! ;)

    ReplyDelete
  4. Jawatan biasa je, yap kerajaan.

    ReplyDelete
  5. In Shaa Allah berjaya tu bahrain..kalau tak jugak, makna tak ada rezeki. Ada yang lebih baik menanti..kena yakinkan!!!

    ReplyDelete
  6. insyaAllah ada rezeki, dapat la.
    berserah pada Allah semuanya.

    ReplyDelete
  7. gua baru je interview bulan lepas dengan yayasan pelajaran johor di PPD Muar.
    peh. memang gugup jugak la. 1st time la katakan.
    tapi gua bernasib baik, sebab gua dapat interviewer yang sporting. mula mula memang kaku.

    tak sabar nak try temuduga yang seterusnya

    ReplyDelete
  8. Perkara yang paling penting sebelum menghadiri sesuatu temuduga adalah persediaan yang rapi, dengan adanya persediaan yang rapi kita akan berasa lebih yakin dan tenang ketika ditemuduga.

    ReplyDelete
  9. tak pernah kena interview sbb kerja sendiri.. nak kerj susah sbb kena buat CAPD... huhu

    ReplyDelete
  10. Relax la bro. Saya selalu temuduga orang. Kira nasib jugak apa soalan yg akan dikeluarkan. Penemuduga pun manusia jugak. Tak de apa nak gabra pun. Doa dan tawakkal je la.

    ReplyDelete
  11. Wah kat mana interview ni bro, semoga berjaya

    ReplyDelete
  12. gomen banyak saingan.dulu mudah nak dapat.sekarang doa dan tawakal jer. suri masa 2 tahun lepas ada gak tu spa punya.tak berharap sangat kalau dapat ok kalau tak abaikan jgn terlalu harpakan sesuatu tu sangat.asal kita berusaha.

    ReplyDelete
  13. takpe bahrain..yg penting dah usaha :)

    ReplyDelete
  14. Assalam
    Insyaallah, mudah - mudahan keputusan yang baik untuk En Bahrain. Selamat berjaya ya.

    ReplyDelete
  15. semoga berjaya bro..ada rezeki dpt lah job tu..inshaallah....

    ReplyDelete
  16. selalunya kita x dapat lari dari perasan nervous, tp still bergantung kepada yang bertanya, jika santai, maka santailah kita

    ReplyDelete
  17. Waalaikumussalam, Terima kasih :)

    ReplyDelete
  18. aku pernah interview spp tahun lepas.
    cuak jugak duk tunggu giliran.
    ingatkan kena speaking.
    bila org interview tu cakap melayu, aku cakap melayu jugak r..haha

    ReplyDelete
  19. Dalam temuduga kata kunci nya ialah 'persediaan'. Biasanya soalan yg ditanya oleh interviewer boleh kita agak iaitu pengetahuan tentang tugas dan skop jawatan yang kita apply dan latar belakang industri sykt yg kita mahu join. Ada lah soalan2 lain ikut suka interviewer utk test kita. Tapi kalau persediaan cukup, shld be no problem.

    ReplyDelete
  20. hang mintak kerja jadi ustaz ke? bersongkok semua tu..

    ReplyDelete
  21. Wah. Semoga dapat kerja, ada rezeki dia panggil la.. Jangan mengharap sangat nanti frust mcm main Flappy bird :D...
    Aku tak dak lagi pengalaman interview dengan kerajaan, dengan swasta ada.. Tapi dengar kata orang, kerajaaan punya interview cerewet sikit. Bab2 1 Malaysia, awam, isu terkini kena ambil taw.. Beza dengan swasta, faktor mcm tu tak berapa kisah sangat. :)

    Tengah tunggu interbie jawatan Juruteknologi Makanan, tapi dlm masa 6 bulan ni tak panggil, memang aku terjun full time bisnes lepas ni. All the best, dan good luck bro!

    ReplyDelete
  22. tak ada mengharap sangat, kalu ada rezeki adalah, kalau tak ada cari lain pula.

    ReplyDelete
  23. Terima kasih atas pesanan. ;)

    ReplyDelete
  24. mesti best pengalaman masa tu kan?.

    ReplyDelete
  25. Okay, dah buat yang terbaik kan?

    Okay, tawakal la. :)

    ReplyDelete
  26. kalau dah rezeki bro akan dapat..kalau bukan cuba lagi..bersyukur kerana dapat pengalaman yang bergitu berharga..

    ReplyDelete
  27. Semoga ada rezeki buat bro yea.... pengalaman sebegini memang penting nie kan....

    ReplyDelete
  28. Tahniah...merasa dah dipanggil temuduga dgn gunakan degree tu. Insyallah klu ada rezeki rain, ada la nnt tu.

    ReplyDelete
  29. semoga dipermudahkan hendknya, dah lepas barulah lega kan

    ReplyDelete
  30. InsyaAllah. Moga ada rezeki utk bro..ameen

    p/s-bagus juga kalau bro kongsikan contoh bentuk soalan masa temuduga...hujung tu, kasi letak affiliate..kira macam snippet pengalaman diri sendiri =)

    ReplyDelete
  31. dah cuba yang terbaik, jangan lupa berdoa. kadang kita dah usaha tapi takde follow up pun tak boleh jugak kan bro.

    ReplyDelete
  32. Terima kasih sebab bagi tips, akan cuba diguna pakai.

    ReplyDelete
  33. Insyallah, moga anda berjaya dalam interview tersebut.. salam ukhwah, salam, perkenalan..

    ReplyDelete
  34. huwaaa moga rezeki murahh..saya newbie nanti jalan - jalan taw kat sini.. banyak lagi nak belajar http://www.nadiasecreto.com/

    ReplyDelete
  35. Dengan sepantas kilat saya ke sana.

    ReplyDelete
  36. insyaallah ada rezeki sti dpt....

    ReplyDelete
  37. Dah lama tak dapat pengalaman macam ni..hehe..

    ReplyDelete
  38. Mama baca pun berdebar debar
    .
    Apa kesudahannya tuan adarain. Dapat ke kerja tu

    ReplyDelete
  39. Books it was quite helpful. There were many tips related to overcome stress for example, try listening to music’s it can always cheer up your mood, watching movies or motivational short clips can also help it gives you the boast like if he can do it why can’t I. but even if all the option doesn’t help I would suggest you go to therapist. Or you can always connect with a friend you are close to or family member. Talking to someone can do alot of help.

    ReplyDelete