√ Nasihat Menerusi Lagu Senario - Adarain

Nasihat Menerusi Lagu Senario

Siapa tidak kenal dengan kumpulan Senario yang terkenal dengan bakatnya pada tahun 90'an. Pada masa itu, Senario sangat dikenali di Malaysia termasuk Brunei dan Singapura.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu


Info Tentang kumpulan Senario


Kumpulan ini begitu popular apabila menyertai pertandingan Passport Kegemilangan tahun 1996. Shamsul Ghau Ghau ketika itu menjuarai pertandingan tersebut diikuti oleh Mazlan Pet Pet dengan Naib juara.

Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 1996 yang terdiri Wahid, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Farouk Huseein, Shamsul Ghau Ghau, Ilya, Hamda, Saiful Apek dan Yassin Yahya. Namun, beberapa ahli keluar dari kumpulan tersebut atas alasan tertentu maka tinggallah Wahid, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Apek dan Yassin.

Bakat kumpulan Senario tidak terbatas hanya kepada pelawak sahaja malah berbakat dalam bidang lakonan dan juga bidang nyanyian.

Antara filem Kumpulan Senario yang popular pada masa dulu ialah Senario The Movie, Senario Lagi, Lagi-Lagi Senario dan banyak lagi.

Nasihat Menerusi Lagu Senario


Apa yang ingin saya fokuskan dalam entri ini ialah berkenaan dengan nasihat dalam lagu Senario. Kalau anda perasan, lagu senario bukan sahaja sedap didengar malah kebanyakkan lirik lagu dari kumpulan Senario penuh dengan nasihat di mana mengajak orang ramai agar tidak melakukan perkara yang tidak elok seperti jangan berjudi, skim cepat kaya, jangan minum arak dan sebagainya.

Contoh lirik lagu Senario - Hukum :


Manusia ada baik buruknya
Pada yang salah ini hukumannya
Mencuri di Malaysia
Hukumannya dipenjara
Mencuri di Arabia
Susah cerita
Terbukti salah
Tentulah kudung tangannya

Jangan anda meminum arak
Arak itu setan yang punya
Kalau anda minum
Nanti setan
Setan nak minum
Setan nak minum air apa

Sedarlah semua yang salah
Ada hukumannya
Sedarlah semua yang baik
Ada ganjarannya

Banyak nasihat menerusi lagu dari kumpulan Senario seperti Sebelum dan Sesudah, Cepat Kaya, Boria Miskin Kaya, Dikir Barat Siang Malam dan banyak lagi. Kebanyakkan lagu kumpulan senario menjadi hits pada masa dulu iaitu tahun 90'an.

Saya lebih suka nasihat menerus lagu yang disampaikan oleh Kumpulan Senario dengan santainya dan bersahaja. Masih terngiang-ngiang lagu Senario sehingga kini.

Tiada Lagi Nasihat Menerusi lagu Zaman Sekarang


Pada zaman sekarang, agak susah kita jumpa artis menyanyikan lagu penuh nasihat seperti yang dilakukan oleh Kumpulan Senario. Hampir ke semua artis zaman sekarang lebih selesa untuk membawakan lagu berkenaan dengan cinta remaja yang tidak berkesudahan sehingga sekarang. Tidak ada pula kita dengar lirik lagu tersebut mengajak menjauhi zina dan sebagainya.

Takkan kita masih mengharap lagu nasyid untuk mengajak kepada orang ramai untuk melakukan kebaikan. Tak semua orang dengar lagu nasyid apatah lagi nasyid sekarang sudah ke arah cinta sama manusia namun ada juga di kalangan penyanyi nasyid berjaya menawan si pendengar dengan alunan zikir yang merdu seperti Hafiz Hamidun, UNIC dan IN-Team.


Lirik Mempengaruhi Remaja


Lirik lagu sebenarnya boleh mempengaruhi remaja dengan bahasa kesat dan menggairahkan dari Barat yang tidak ditapis. Ini secara tidak langsung membawa remaja kepada perkara yang tidak elok. Sudahlah mendengar lirik tidak elok dapat dosa, inikan pula melakukan perkara yang tidak elok. Hati menjadi kotor gara-gara mendengar lirik lagu yang 'kotor'.

Artis masa kini sepatutnya mencontohi apa yang dilakukan oleh Kumpulan Senario atau mana-mana artis yang mungkin saya terlepas pandang dalam mengajak kebaikan menerusi lagu.

Get notifications from this blog

30 comments

  1. senario memang legend...derang ni popular n top masa ak tgh sekolah rendah dulu...dan lagunya semua berunsurkan nasihat dan yg paling ak minat ialah...cinta berkarat :)

    ReplyDelete
  2. Kita suka Senario masa ada apek..lagu dia oarng pun ok jugak..

    ReplyDelete
  3. Sekiranya geng-geng senario tak berpecah ketika mereka mempunyai team yang strong ketika itu, rasanya mereka masih boleh menggegarkan industri lawak kita.

    Betul kata bro, mereka banyak bagi impak positif bukan sahaja dalam lawak atau lakonan, tapi juga dalam lagu mereka.

    ReplyDelete
  4. setuju, memang kuranglah lagu-lagu macam tu sekarang....

    ReplyDelete
  5. ya saya setuju sangat dengan pandangan ni..lagu2 sekarang banyak tentang cinta je...

    ReplyDelete
  6. Betul tu Bahrain... lagu2 senario bukan shj lawak & menyeronokkan, malah banyak unsur nasihat & peringatan didlmnya. Melalui lawak bersantai, mesej2 nya mmg mudah utk menusuk di minda..
    Ingat shj lagu.. 'al kisah, nak jadi kaya raya....' mendalam peringatan lagu tu kan.. :D :D

    ReplyDelete
  7. lawakpun senario..mereka ada mesej yang ingin disampaikan!

    ReplyDelete
  8. cuba dengar lagu band wali,penuh makna

    ReplyDelete
  9. Betul tu.. Lagu sekarang banyak tentang cinta lelaki perempuan.. Banyak mempengaruh minda orang muda sekarang.. Ayat-ayat nasihat langsung takde kot dalam lagu2 sekarang ni..

    ReplyDelete
  10. lagu cukup hafal masa tu zaman remajalah katakan.

    ReplyDelete
  11. dengan kemunculan banyak pelawak baru , nama senario agak tenggelam sekarang nih...

    ReplyDelete
  12. Dulu glamer Senario ni... sekarang kureng sikit. Dulu lain, sekarang lain...

    ReplyDelete
  13. memang seronok layan senario..tp sekarang macam dah semakin menyepi

    ReplyDelete
  14. Menarik topik ini...Lama dah tak kedengaran kumpulan Senario. Tidak dinafikan senario pernah mengecapi populariti dan digemari tidak kira usia. Mengenai lagu2nya...Ya, cukup menangkap halwa telinga dan bermesej. Sesuai untuk semua golongan... Jauh berbeza dgn lagu2 sekarang.

    ReplyDelete
  15. Memang legend dengan lagu penuh nasihat.

    ReplyDelete
  16. Time apek tu memang lawak dan melonjakkan nama senario menjadi popular.

    ReplyDelete
  17. Semuanya dah membawa haluan masing-masing.

    ReplyDelete
  18. lagu tu memang sedap, Saya suka lagu tu. hehe

    ReplyDelete
  19. Ya, saya sudah dengar kesemuanya lagu wali band. Sedap banget. Lagu wali band pernah menjadi hits di Malaysia ketika dahulu. Sekarang ni kelihatan senyap wali band.

    ReplyDelete
  20. Memang tak boleh nak elak lagu cinta-cintun ni.

    ReplyDelete
  21. Kepopularannya ditutup selepas sorang-sorang pelawak muncul. Tapi memang tak dapat nak challange dengan senario. Nak buat lagu yang ada nasihat zaman ni ada, tapi tak ramai yang mampu berfikir dan minat. Tu agaknya sebab kenapa artis sekarang tak suka buat lagu nasihat.

    ReplyDelete
  22. Setuju...
    Dulu suka gak nyanyi lagu senario, dalam lagu ada makna/nasihat tersembunyi

    ReplyDelete
  23. lagu yang ini macam tak terperasan pulak, padahal dulu setiap malam rabu program inilah yang menjadi kegemaran

    ReplyDelete
  24. rasa macam dah lama sangat tak dengar lagu senario ni...

    ReplyDelete
  25. Emm rasanya tak pernah dengar lah pulak lagu ni..nak kena google ja ni..tu la..lagu sekarang ni bagi sya banyak yang jiwangnya..tapi still boleh terima lagi setakat ni..haha

    ReplyDelete
  26. Kurang dah lagu2 unsur nasihat seperti senario, mungkin sebab kurang permintaan di pasaran agak nya.

    ReplyDelete
  27. Yang ada cuma filem Mamat Khalid... hahahaha

    ReplyDelete
  28. Pelawak senario dan pelawak2 yang ada sekarang sangat jauh beza.

    ReplyDelete
  29. Senario memang popular ketika dahulu. Setiap lagu nya memang ada nasihat untuk semua orang

    ReplyDelete