√ Ujian Besar Buat Ikhwan Muslimin - Adarain

Ujian Besar Buat Ikhwan Muslimin

Ditembak Mati Dan Dihukum Gantung



Mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi. Mereka didapati bersalah atas tuduhan termasuk menyerang dan membunuh anggota polis, lapor BBC.


Kumpulan itu, anggota Ikhwanul Muslimin yang diharamkan, sebahagian daripada perbicaraan lebih besar melibatkan lebih 1,200 penyokong Morsi.


Pihak berkuasa Mesir mengambil tindakan keras kepada kumpulan Islamis sejak Morsi digulingkan pada Julai tahun lalu. Ribuan ditahan dan ratusan terbunuh.


Memetik Associated Press, BBC melaporkan, mahkamah di Minya, di Selatan ibu kota Kaherah, mengeluarkan keputusan itu selepas dua sesi – yang mana peguam defendan mengadu tiada peluang untuk membentangkan kes mereka.



63 tahun yang lepas, pengasas Ikhwan Muslimin, Imam Hassan Al-Banna ditembak sehingga mati oleh pemerintah Mesir. Kini, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin yang ke-8 pula, Dr. Muhammad Bad'i dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Mesir.


Beliau dilantik sebagai Mursyidul Am pada zaman yang kritikal dan ketika Ikhwan Muslimin bergerak secara rasmi dalam politik Mesir.


Isteri beliau kini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana bergiat aktif dengan Ikhwan. Beliau juga sering keluar masuk penjara kerana ditakuti oleh pemerintah Mesir. Beliau pernah dipenjarakan bersama tokoh Ikhwan iaitu Syed Qutb yang akhirnya dihukum gantung sampai mati.


Para musuh Allah akan melakukan segala-galanya untuk menghapuskan para pejuang Islam dan memandulkan pertubuhan Islam. Namun, perancangan Allah akan sentiasa mengalahkan perancangan jahat mereka.


Ujian Buat Ikhwan Muslimin


Sekalipun Ikhwan Muslimin diharamkan, gerakan Islam yang lain akan terus berjuang. Kematian Hassan Al-Banna, Syed Qutb, dan Muhammad Bad'i akan menghidupkan lebih banyak pejuang Islam.


Berikut adalah salah satu mutiara hassan al-banna




"Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak mahu jumlah yang banyak. Tetapi, aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah."



Ikhwan Muslimin Terus Bertahan


Sudah jelas lagi nyata, bahawa negara barat takut dengan kebangkitan Ikhwan Muslim. Negara barat mengambil insiatif dengan membunuh para pejuang Ikhwan Muslim sebagai langkah sekatan terhadap kebangkitan kumpulan tersebut.


Bayangkan hanya 2 hari perbiacaraan sahaja, mahkamah sudah menetapkan hukuman mati dan yang lebih teruk lagi apabila peguam bela Ikhwan Muslim turut dikenakan hukuman yang sama dengan alasan bersubahat.  Kes paling cepat dikenakan untuk abad ini. Tidak mustahil suatu hari nanti Presiden Morsi juga akan dikenakan hukuman mati. Sungguh 'licik' permainan mereka.


Walau apa pun yang terjadi, Ikhwan Muslim akan terus bertahan demi memperjuangkan perkara yang sebelum selesai demi Islam. Kebenaran dan kemenangan pasti akan muncul jua suatu hari nanti.


Kenapa Kastam Diraja Malaysia menubuhkan 'strike team' khas tahun ini?


Semoga pejuang Ikhwan Muslimin tabah dan redha dengan hukuman yang tidak 'munasabah' dari pihak kehakiman. ALLAH S.W.T tahu yang terbaik buat mereka. #PrayForEgypt529


Get notifications from this blog

22 comments

  1. Innalillah dan Al Fatihah buat 529 anggota Ikhwanul Muslimin yang syahid. Walaupun 529 gugur, berganda lagi yang muncul. Semoga semangat menegakkan kebenaran Islam di Mesir semakin kuat! InsyaAllah...yang benar tetap akan menang. #PrayForEgypt529

    ReplyDelete
  2. Hanya Allah yang tau mengapa mereka diduga sehebat ini dan pihak yang zalim dan kejam dibiarkan terus lalai dan leka dibumi Allah. Pastinya ini adalah antara dugaan terbesar umat islam diseluruh dunia. Namun sejauh manakah umat islam mampu bangun untuk menetang kezaliman ni. Doa kita mengiringi kesejahteraan umat islam diseluruh dunia. Yang pasti 529 mungkin boleh mereka hapuskan tapi ramai lagi yang akan bangkit..

    ReplyDelete
  3. Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji'uun, Allaahumma Aajirnii Fii Musiibatii Wahluflii Khairan Minha buat mereka.

    ReplyDelete
  4. Semoga mereka syahid di jalan agama

    ReplyDelete
  5. Balasan syurga untuk mereka..InsyaAllah..

    SEPANG & NILAI

    ReplyDelete
  6. sedih dgn apa yang berlaku. semoga syurga tempat mereka.

    ReplyDelete
  7. tabah dan mendoakan terbaik mereka.ada sebab Dia ketahui dari kita

    ReplyDelete
  8. kata ulamak, orang yg hebat dapat ujian yg hebat...

    ReplyDelete
  9. Rezeki mereka mati syahid... mereka insan / org yang hebat

    ReplyDelete
  10. Allah senantiasa bersama2 org yg sabar & memperjuangkan kebenaran... kehidupan kita bukan sekadar di dunia. Dugaan mereka pasti akan dibalas dgn kejayaan yg berkekalan... Allahuakbar..

    ReplyDelete
  11. prnah dengar kisah hassan al-banna. menyedihkan. bnyk tentangan.

    islam digambarkan satu agama terorist oleh media barat.

    ReplyDelete
  12. Semoga mereka aman dan tenang di sana

    ReplyDelete
  13. perjuangan mereka disa berakhir dengan kematian.. AllahhuAkbar!!

    ReplyDelete
  14. diharap dgn syahid mereka dpt melahikan lebih ramai org islam yg mcm mereka di dunia ini...

    ReplyDelete
  15. TAPI YANG MENGHAIRANKAN, RAMAI RAKYAT MESIR SENDIRI YANG MENGIYAKAN HUKUMAN INI..

    ReplyDelete
  16. TAPI YANG MENGHAIRANKAN, RAMAI RAKYAT MESIR SENDIRI YANG MENGIYAKAN HUKUMAN INI..

    ReplyDelete
  17. seorang pejuang Islam syahid, insyaAllah 2 org pejuang Islam akan dilahirkan..

    ReplyDelete
  18. Semoga tumpaslah musuh2 Islam ni

    ReplyDelete
  19. Memang susah nak settle isu Mesir ni. Walaupun mendapat sokongan dari rakyat, Ikhwan masih lagi sukar mengubah corak pemerintahan akibat puluhan tahun dibawah pemerintah rejim Hosni Mubarak dahulu.

    ReplyDelete
  20. Bro ada info tak bila tarikh mereka ni dihukum?

    ReplyDelete
  21. tidak pasti bila tapi ada yang mengatakan mereka akan dikenakan hukuman pada bulan April.

    ReplyDelete
  22. Saya rasa politik Mesir ini dikawal oleh kuasa luar yang kita pun tahu siapa. Sesiapa saja yang boleh menggugat agenda politik mereka perlu disingkirkan dan Ikhwanul Muslimin antara yang berupaya untuk menggoyahkan mereka. Sama-sama kita berdoa dan berharap syahidnya pejuang Ikhwanul Muslimin ini dapat menyemarakkan lagi semangat pejuang-pejuang lain di seluruh dunia.

    ReplyDelete