Drama Bersiri Korea Paling Best 2013

Saya pasti ramai di kalangan kita khususnya remaja minat dengan drama bersiri korea selain drama melayu sendiri. Drama Korea mempunyai tarikannya tersendiri sejak dahulu lagi sejak zaman saya masih kecil lagi.


Filem Korea Paling Best 2013


Terlalu banyak faktor yang menjadikan drama bersiri korea popular di seluruh asia tenggara termasuklah Malaysia sendiri.  Atas sebab beberapa faktor itulah sehingga kini drama bersiri korea masih popular dan bertahan sehingga kini di negara kita.



5 Drama Bersiri Korea Paling Best 2013


Drama korea yang saya pilih ini mempunyai jalan cerita yang berbeza dan menarik berbanding drama-drama sebelumnya. Berikut adalah 5 drama bersiri korea paling best 2013 yang pernah saya tonton.


1. The Master's Sun
Drama ini cukup berbeza kalau hendak dibandingkan dengan drama lain kerana drama ini memaparkan kisah seorang perempuan yang boleh melihat hantu dan telah dibantu oleh seorang hero dalam menyelesaikan kes masalah hantu setiap episod.




[caption id="attachment_1963" align="aligncenter" width="665"]Drama Bersiri Korea Paling Best 2013 hero Drama The Master's Sun
sumber dari google.com[/caption]

Drama ini mendapat ranking ketiga dalam undian koreandrama.org. Namun bagi saya, drama ini wajar mendapat tempat pertama dengan jalan cerita yang menarik dan berbeza. Happy ending.


2.You Who Come From Star
Drama ini juga mempunyai jalan yang cukup berbeza kerana drama ini memaparkan seorang hero yang berasal dari planet lain atau erti kata lain hero adalah seorang alien. Hero tersebut telah hidup bumi selama 400 tahun dan mempunyai beberapa kuasa yang tidak diketahui orang ramai serta telah terjumpa seorang perempuan yang telah membuatkannya jatuh cinta. Adakah cinta mereka berkekalan?


Tidak mendapat ranking dalam koreandrama.org kerana drama ini tamat pada tahun 2014 dan akan disenaraikan dalam drama paling popular pada tahun 2014.


3. Two Weeks
Drama ini mengisahkan di mana hero telah dituduh bunuh seorang perempuan walhal hero tersebut tidak membunuh namun hero tetap ditangkap gara-gara pembunuhan yang dilakukan orang lain. Dalam masa 2 minggu, dia perlu melakukan pembedahan bersama anaknya yang menghidap leukimia. Adakah hero tersebut berjaya mencari dalang pembunuhan seorang perempuan serta menyelamatkan anaknya dalam masa 2 minggu.


Drama ini mendapat rangking ke 5 dari koreandrama.org. Drama ini boleh dikatakan terbaik kerana penuh dengan babak aksi dan kekeluargaan. Happy ending


4.  The Heirs
Mengisahkan tentang kisah cinta dan persahabatan sekelompok pewaris kaya. kehidupan menjadi lebih menarik dengan kewujudan seorang gadis miskin (heroin). Wujud cinta tiga segi dengan seorang gadis miskin.


Drama Heirs telah mendapat rangking pertama dari koreandrama.org dan banyak membolot anugerah pelbagai kategori. Drama ini biasa-biasa sahaja cuma yang menarik pada drama ini ialah banyak membabitkan pelakon popular. Happy ending.


5. That Winter The Wind Blows
Mengisahkan seorang penjudi yang terkenal telah menyamar menjadi sebagai abang kepada seorang perempuan buta yang cantik dan kaya. Penjudi tersebut terpaksa menyamar demi mendapatkan duit agar dapat membayar hutang tertunggak. Tidak disangka penjudi tersebut telah mula jatuh cinta terhadap perempuan tersebut. Adakah Perempuan buta tersebut menerima cinta si penjudi?


Drama ini sangat menyentuh perasaan buat penonton di mana si hero cuba mendapat kepercayaan daripada heroin dan cuba menyelamatkan heroin tersebut dari dibuli orang sekeliling. Walaupun penjudi namun dalam hati ada taman.


Cantik dan Sihat Bersama Radiglow



Penangan Drama Korea


Cukuplah sekadar 5 drama bersiri korea paling best 2013 yang saya rasakan terbaik dan popular di kalangan peminat drama korea. Lain orang lain citarasanya. Sekali kalau dah tengok satu episode pasti akan meleret mahu tengok episod seterusnya sehingga larut malam. Tak sah kalau drama tersebut tidak ada babak menyentuh perasaan sehingga berjujuran air mata buat si penonton terutamanya buat remaja perempuan.  Itulah penangan drama korea.

Drama Bersiri Korea Paling Best 2013 Drama Bersiri Korea Paling Best 2013 Reviewed by Adarain Channel on April 12, 2014 Rating: 5

42 comments:

  1. aku ni cuma follow tv show mereka ja, drama ni dah x tgk dah, x larat nak layan, hehhe

    ReplyDelete
  2. Alahai... Lama dah tak layan cerita Korea.. Sampai dah tak tahu dah Drama bersiri apa yang paling best sekarang ni... Terima kasih di atas perkongsian info...

    ReplyDelete
  3. drama aku tgk, tv show pula aku tak tengok. haha

    ReplyDelete
  4. Lama dah tak layan Drama Korea. Kalau dulu rajin je follow drama korea ni

    ReplyDelete
  5. dah lama x layan drama korea ni..bz memanjang....dulu selalu gak layan..paling best stairway to heaven

    ReplyDelete
  6. last drama korea yang aku layan adalah Good Doctor. Lepas tu stop...Running Man je tiap2 minggu

    ReplyDelete
  7. Hoho...aku pun terlayan jugak..ikut wife...haha

    No 3 dan 5 belum tgk

    ReplyDelete
  8. cerita You Who Come From Star the best

    ReplyDelete
  9. ceh gua apa pun tak layan , rasanya dah tak sempat kot

    ReplyDelete
  10. Isteri saya suka sangat drama Korea hingga kadang2 jadi 'perang kecil' kerana ketaksubannya itu. Saya pula tak suka drama Korea, malah tak kenal satu pun drama mereka dan tak kenal bintang2 mereka, hahahaha....

    ReplyDelete
  11. winter that wind blows tu rasa mcm kureng sikit sebab rasa jalan ceritanya mcm mendatar je. tapi tetap best jugak. yg lain mmg best. ada satu lagi yg best, I Hear Your Voice.. hehe

    ReplyDelete
  12. Kalau ada masa, nak tengok good doctor, macam menarik.

    ReplyDelete
  13. memang tak sempat nak nonton drama korea ni, sekali-sekala tertengok macam best...heee

    ReplyDelete
  14. master sun sampai la ni wpun dah ulangan , masih x dpt tgk kesemua sirinya ... adeh deh deh .

    ReplyDelete
  15. master's sun & two weeks saya tak pernah dengar. that winter the wind blows je yang saya pernah dgr. the heirs tertengok ep 2 je. hehe.

    ReplyDelete
  16. nanti nk try tgok Man who came from the star. sebab macam lawak je.. suka tgok citer yg lawak2

    ReplyDelete
  17. yg terbaru ni. "God's Gift - 14 Days" mmg best jugak drama ni..

    ReplyDelete
  18. korea punye yang aku layan running man..haha..tu je la.pastu layan k-pop sikit2.

    ReplyDelete
  19. Kita jarang sangat tengok cerita korea..especially yang bersiri coz malas nak tunggu series habis..

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum... adarain,

    nasib mselim3 bukan pengemar filem korea.. kalau tak berjurai gak air mata.. nampak ganas tp dalam hati ada taman...

    mselim3

    ReplyDelete
  21. aku dah layan citer two weeks tu, memang antara drama yang best jalan citer dan lain dr drama2 biasa yg aku penah tengok

    ReplyDelete
  22. Emm nak kena tengok gak drama ni sekali..hehe..dah lama tak tengok citer korea..last tengok masa zaman full house naik hari tu..emmm

    ReplyDelete
  23. hm.. tak minat sangat cerita korea. :(

    ReplyDelete
  24. Dah lama tak layan cerita korea..sekarang nih tengok running man kalau sempatla.. Hehe

    ReplyDelete
  25. Lama sangat dah tu zaman drama popular full house. haha

    ReplyDelete
  26. tak tahu dulu masa belajar rajin gak amik port heeee

    ReplyDelete
  27. Master Sun tu junior Sya pun kata best. Tapi semua drama ni Sya tak tengok lagi.
    Memang tak leh start tengok, marathon jadinya nanti kalau drama betul2 best.
    Kalau lembap je jalan citer, tengok stop2 juga lah.

    ReplyDelete
  28. Ehhh... ade jugak drama feveret kita..
    The heirs dan my love from the star..
    Tapi ade satu lagi yang tak tersenarai..
    i hear your voice.. best jugak cerita tu..
    dan yang best sekarang ni adalah POTATO STAR..
    kelakar dan pelakon Lee Jong Suk pun ade.. hehe
    tengok lahh

    ReplyDelete
  29. aku tak berapa ikut sangat dengan korean punya entertainment industry nie tapi aku rasa kalau aku tanya anak buah aku, mesti dia tau citer2 nie..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  30. Banyak juga drama-drama yang best sampai tak tertengok semuanya. Perlu diutamakan benda lain dulu. Ada masa boleh tengok drama yang dicadangkan tu.

    ReplyDelete
  31. drama korea xberapa layan dah

    runnning man aku suka

    hehehe

    ReplyDelete
  32. At this time it appears like Expression Engine is the best blogging platform available
    right now. (from what I've read) Is that what you
    are using on your blog?

    ReplyDelete
  33. bukan hanya wajah artis saja yang jadi dominan,cerita juga pengaruh

    ReplyDelete
  34. Drama no1, 2 dan 4 mmg favourite Asyik..semua episod dah settle tgk.. :)

    ReplyDelete
  35. Drama mastersun tu ade dlm laptop tapi bile kwn bagitau tu cite hantu, terus tak bukak langsung drama tu. Xsuke cite hantu. hehe..

    ReplyDelete
  36. memang cerita hantu, hantu pula memang menakutkan.

    ReplyDelete
  37. Sesekali layan cerita korea memang seronok :)

    ReplyDelete
  38. Memang seronok sebab cerita korea ni banyak babak komedi.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.