√ Movie Korea Paling Best 2014 - Adarain

Movie Korea Paling Best 2014

Tahun ini menyaksikan banyak movie korea yang menarik namun tidak ada movie yang mampu memberikan impak hebat seperti movie korea 2013 iaitu The Flu.



Movie Korea Paling Best 2014


Berikut adalah lima (5) senarai movie korea paling best 2014 mengikut pilihan aku sendiri dan kebanyakkan yang dipilih adalah sebuah movie aksi.


1) Miss Granny
Movie ini merupakan sebuah komedi yang sangat menghiburkan. Secara ringkasnya, movie ini mengisahkan tentang Oh Mal Soon yang berusia 70 tahun tinggal bersama keluarga anak lelakinya. Suatu hari, anak lelaki merancang mahu membawa Oh Mal Soon ke Rumah orang tua kerana tidak tahan dengan perangainya.


Merasa sedih dengan anak lelakinya, Oh Mal Soon keluar dari rumah dan saat ketika berjalan Oh Mal tertarik dengan studio foto 'Forever Young Potrait studio'. Berniat untuk mengambil gambar sebagai kenangan namun tidak di sangka dirinya bertukar menjadi muda berusia 20 tahun dan menukar nama kepada Og Doo Ri.


Movie Korea Paling Best 2014


Adakah Oh Mal Soon akan kekal muda selamanya?. Nak tahu kena tengok.  Movie ni sangat best yang berbentuk kekeluargaan dan sesuai untuk tontonan bersama keluarga.

2) Monster
Secara ringkasnya movie ini mengisahkan seorang pembunuh kejam dengan seorang perempuan yang berpewatakkan gila. Wanita gila ingin membalas dendam terhadap pembunuh tersebut kerana membunuh kakaknya tanpa belas kasihan. Dapatkah wanita gila membalas dendam terhadap pembunuh tersebut?


Movie Korea Paling Best 2014


Movie thriller ini sangat best dan siapa sangka heroin yang gila mampu menewaskan seorang pembunuh kejam yang telah membunuh ramai orang dengan licik. Penuh dengan babak aksi dan mendebarkan. Tak rugi kalau tengok


3) Tabloid Truth
Movie ini mengisahkan khabar angin yang telah menyebabkan kematian seorang pelakon terkenal. Won Gon yang merupakan seorang manager artis sangat tertekan gara-gara kematian pelakonnya dan telah menyebabkan perniagaan advertisement musnah kerana khabar angin yang dikaitkan seorang politik terkenal tidur bersama pelakonnya.Won Gon cuba mencari dalang sebenar yang menyebarkan khabar angin serta mencari kebenaran.


Movie Korea Paling Best 2014


4) The Devine Move
Movie ini mengisahkan permainan Go atau badok  yang merupakan permainan tradisional Cina kalau tidak silap. Akibat kalah dalam taruhan badok, abang kepada Tae-seok telah mati dibunuh dan Tae-seok cuba untuk membalas kematian abangnya selepas tujuh (7) tahun dalam penjara. Di dalam penjara, Tae-seok telah banyak belajar cara mempertahankan diri serta memperbaiki skill permainan badok dengan rakan penjaranya. Setelah bebas dari penjara tae-seok mula mengumpul rakan-rakannya untuk memulakan misi balas dendam di atas kematian abangnya terhadap musuhnya.


Movie Korea Paling Best 2014


Movie yang sangat menarik dan tidak membosankan, mula sahaja movie sudah disajikan dengan aksi yang gempak. Perkara yang sangat mendebarkan bila mana bermain badok dengan taruhan yang tinggi. Kalah dalam taruhan buruk padahnya kalau tidak mampu bayar iaitu mati.


5) The target
Juga sebuah movie aksi yang best di mana mengisahkan adik beradik yang telah dikambing hitamkan oleh pihak tertentu di atas kematian seorang kenamaan. Siapa sangka pembunuh sebenar adalah dikalangan polis. Ini menyukarkan Yeo Hoon bekas tentera yang menjadi buruan polis untuk mencari pembunuh sebenar.


Movie Korea Paling Best 2014


Movie ini adalah remake dari movie Perancis pada tahun 2010. Bukan sahaja Polis malah doktor pun ada kaitan dalam misi pembunuhan ini. Macam mana boleh doktor boleh terlibat tu kena tengok sendiri. Secara keseluruhan movie ini memang awesome dengan gandingan bersama hero veteran dan muda.



Kesimpulan


Itulah beberapa movie korea paling best 2014 yang telah disenarai pendek serta boleh dianggap terbaik dan mendapat kutipan tertinggi di pawagam Korea. Boleh tengok juga movie terbaik korea yang lain iaitu The Fatal Encounter, Thread of Lies, A Hard Day, No Tears For Dead, Haemoo (sea Fog), dan Tazza - The Hidden card.


Pilihan korang bagaimana pula?

Get notifications from this blog

26 comments

  1. Rajinnya bro layan Movie Korea... Satu pun saya tak pernah tengok movie-movie Korea yang disenaraikan di atas...

    ReplyDelete
  2. Kalo movie korea saya ok, tapi kalo drama, xseberapa.. hehe..

    ReplyDelete
  3. pasti seru tuh filmnya jaddi pengen nonton

    ReplyDelete
  4. Citer the granny tu mcm best je. Akak suka filem korea yg komedi je. Yg serius tak berapa boleh digest wp sebenarnya filem tu bagus.

    ReplyDelete
  5. Sepertinya Monster film bagus. Saya akan cari DVD nya kalau gitu.

    ReplyDelete
  6. bila nak turun pawagan asyik pi rumah kenduri sahaja heee..

    ReplyDelete
  7. walaupun aku bukan peminat drama korea..tapi kalau filem korea aku minat juga..sebab lain dia punya jalan cerita berbanding drama korea

    ReplyDelete
  8. Suka tengok Running Man je.. :)

    ReplyDelete
  9. aku tak berape layan citer korea.... tp bace sinopsis ni mcm best je....

    ReplyDelete
  10. kesemuanya saya blm tgk . saya mmg addict filem / drama korea ...

    ReplyDelete
  11. saya dua2x minat tapi kena tengok jalan cerita dulu. :)

    ReplyDelete
  12. Movie granny mesti akak suka sebab movie ni happening.

    ReplyDelete
  13. Monster memang movie antara terbest. Jalan cerita memang takkan membosankan :)

    ReplyDelete
  14. Movie korea lain macam drama yang cintan cintun memanjang. Movie korea overall lebih pada aksi.

    ReplyDelete
  15. Aku pun suka tapi banyak juga yang terlepas tengok.

    ReplyDelete
  16. Jangan baca je, pilih salah satu dan tengok. haha

    ReplyDelete
  17. Sinopsis movie Miss Granny tu macam menarik dan menghiburkan!

    ReplyDelete
  18. Saya ni bukan peminat drama Korea. Yang saya tahu cuma Running Man je .. haha.. sadis tak?

    ReplyDelete
  19. ceritanya bakalan menarik tuh,sangat tegang

    ReplyDelete
  20. korea punya film cerita bagus-bagus

    ReplyDelete
  21. the target je dah tengok and memang best.. :)

    ReplyDelete
  22. kalo movie korea baru 2 movie aku tengok..huhu
    the tower dengan the berlin file..best2.

    ReplyDelete
  23. anak perempuan aku suka dengan cerita korea
    rancangan tv korea pun sama

    ReplyDelete