√ Jenis-Jenis Rakan Whatsapp Yang Perlu Diketahui - Adarain

Jenis-Jenis Rakan Whatsapp Yang Perlu Diketahui

Ada orang beli smartphone semata-mata nak berwhatsapp. Itu memang ada dan itu perkara yang normal kerana mengikuti perkembangan terkini.

Boleh kata hampir semua rakyat Malaysia guna mesengger seperti Whatsapp dan Telegram dalam pada masa yang sama kita akan jumpa rakan-rakan whatsapp yang berkelakuan pelik dan kadangkala menyakitkan hati pun ada. :)

Jenis-Jenis Rakan Whatsapp Yang Perlu Diketahui
sekadar gambar hiasan
Nak tahu Jom terjah!

Tabiat Rakan Whatsapp Yang Perlu Diketahui


1) Silent Group Member

Mesti ada dalam group dalam senarai kenalan kita yang tak pernah nak cuba untuk mengatakan 'salam' apatah lagi 'hello' dalam group walaupun sentiasa kekal dalam group. Ramai yang tidak suka dengan orang yang tidak aktif dalam group sebab sukar mendapat sebarang cadangan atau pendapat termasuk dalam memberi maklum balas.

2) Message Forwarder

Yap, mesti ada jenis salah seorang ahli dalam group yang gemar forward mesej yang berbentuk lawak, isu semasa dan pelbagai mesej yang merepek sama ada di dalam group atau pun secara personal.

Tapi sila pastikan mesej yang hendak diforwadkan or dikongsikan yang berkaitan dengan berita adalah berpandukan fakta yang benar. Jangan sekadar berkongsi tapi tak tahu sama ada berita yang disampaikan betul atau tak.

Kalau mesej berita yang disampaikan adalah tidak betul takut-takut terlibat dengan fitnah. Lebih baik kurangkan forward mesej seperti berikut.

Lagi satu, paling annoyinng bila mana mendapat satu mesej yang mengatakan apabila sudah membaca kongsilah dengan 10 rakan yang lain sebagai tanda anda sayang kepada mereka. euwww~

3) DP (Display Picture) Stalker.

Mungkin ada beberapa dikalangan pengguna Whatsapp/Telegram selalu check DP dan status orang orang lain untuk melihat perkembangan terkini rakannya. Dan mungkin berlumpa-lumba untuk mendapatkan DP yang cantik berbanding DP rakan-rakannya begitu juga dengan status pada whatsapp.

Sebahagian pengguna Whatsapp juga gemar mengkritik atau bertanya DP yang digunakan pada Whatsapp/Telegram secara direct. Contoh DP ialah selfie kat pantai, stalkler akan tanya bercuti kat mana? Pantai mana yang ko pergi? Pergi pantai tak ajak dan sebagainya.

Kalau di Telegram, pengguna boleh melihat DP terkini dan terdahulu rakan punya berbanding DP pada whatsapp yang terhad pada 1 gambar DP sahaja.

4) Pencuri Status

Dah tengok DP, tengok pula Status kalau agak-agak menarik je status tu mesti ada yang akan cilok status tersebut pastu jadikan status sendiri dalam whatsapp atau pun ambil status tersebut dan berkongsi at media social seperti facebook dan twitter tanpa pengetahuan owner status whatsapp sendiri.

Ada orang tak kisah status kena cilok tapi ada beberapa orang ambil kisah tentang hal ni.  Paling tak bestnya bila mana status yang dicilok mengaku status yang dicilok tu original dari dia.  Itu memang dasar tak tahu malu!

5) Raja/Pemaisuri Emoticon

Jenis yang macam ni mesti akan respond dalam bentuk smileys. Smiley bentuk piramid, smiley untuk hari tertentu seperti hari raya dan korban, smiley yang panjang pastu diakhiri dengan perkataan tak penat ke scroll bawah je?. :D

Terpulang pada individu masing-masing, ada yang suka dan ada yang tidak suka kalau smiley terlalu kerap digunakan lagi-lagi kalau smiley 'kitaran semula'

6) Voice Note User

Ada jenis yang malas nak taip then guna voice note dan kadangkala kalau digunakan selalu agak rimas sebab kena pakai earphone kalau nak dengar voice note dengan lebih jelas.

7) No Reply

Whatsapp sekarang dah update yang terbaru dengan tick berwarna biru menandakan penerima sudah membaca.

Tapi cuba bayangkan kalau si penerima tak reply mesej yang telah dihantar. Padahal mesej yang dihantar tu sangat urgent tapi penerima buat dek je. Panas tak panas kalau yang macam ni.  Bersabarlah dengan jenis rakan whatsapp yang macam ni. :D

8) Admin Suka Invite ahli

Ada orang tak suka admin group yang invite masuk dalam group secara tiba-tiba tanpa kebenaran. Dari group sekolah, group kelas, group sukan, group bergosip Opss, group affiliate dan sebagainya.

Kemudian, group pula yang diinvite tak berapa nak meriah just sekadar ada mesej good morning pastu good night. Better leave dari menyemakkan dengan lambakan group yang kurang aktif.

Get notifications from this blog

25 comments

  1. entah lah akak tak tau tergolong dalam kategori mana satu

    ReplyDelete
  2. setuju dengan pandangan tuan di atas, aku sendiri pun biasa jd silent reader jer, waktu-waktu tertentu jer kuar dr gua :)

    ReplyDelete
  3. aku bukan pengguna whassap yang tegar.

    guna pun sebab nak mesej bini aje.

    ReplyDelete
  4. Macam-macam hal ya dalam dunia Whastappp ni.. Selagi tak menggangu ketenteraman awam dan individu yang lain ia tidak menjadi masalah..

    ReplyDelete
  5. kurang whatup kalau hal rameh buat bosan dan selalu diamkan diri sahaja.kalau ada ilmu pula lebih suka panjangkan pada kumpulan yang lain.

    ReplyDelete
  6. saya tak join mana2 group....;p

    ReplyDelete
  7. saya belum guna lagi...whatsapp..masih old timer

    ReplyDelete
  8. Saya antara yang masih belum menggunakan aplikasi Whatsapp ni. Install tu pernah la. Tapi kejap je, lepas tu uninstall balik sebab memory dah full. Haha

    ReplyDelete
  9. aku geram bila whatsapp yang tak reply..padahal tengok online je..5 jam pastu baru nak reply..satu lagi yg reply K je..kite tulis kemain panjang..haha

    ReplyDelete
  10. Aku pernah kena macam tu sangka baik je lah sibuk gaknya time tu.

    ReplyDelete
  11. tu dah kena beli phone baru la gamaknya. :D

    ReplyDelete
  12. Kena tambah satu lagi tu....Kawan yang suka copy mesej orang lain dan paste dlm group yg sama...aku adalah orangnya...hahaha

    ReplyDelete
  13. Yang paling annoying ialah yang last tu. Jenis admin group yang suka add ahli, kadang-kadang tu tak pasal-pasal dia add padahal tak de kaitan dengan kita. Bila kita leave, tanya pulak kenapa leave. Adoila..

    ReplyDelete
  14. Hahaha.. lawak.. btol la. Tapi nak tanye, DP tu ape? hehe
    And pasal pencuri status tu.. memang dah tahap takde keje sangat la tu.. rajin pulokkk keke

    ReplyDelete
  15. samalah, saya pernah diinvite group yang memang tak ada kena mengena langsung pastu group tu pula jenis MLM punya memang saya leave terus lah. hehe

    ReplyDelete
  16. hahah, pun ada macam tu juga..ni mesti kes lupa group sendiri dah ada ayat tu. :D

    ReplyDelete
  17. Memang banyak mesej whatsapp yang masuk dari group setiap hari sampai tak sempat nak baca semua.
    Mek ila baca yang penting-penting je. Bila ada masa, barulah scroll semua.

    ReplyDelete
  18. bini aku guna whatsapp untuk geng belajar dia
    tapi aku tak guna pun

    ReplyDelete
  19. Selalu klu dah share info..mmg tak harap balasan..asal msg smpai suda..hihi

    ReplyDelete
  20. sy semua di atas tp ikut keadaan la
    kadang mood cantik lain jadinya
    hahaha

    ReplyDelete
  21. haha stuju sangat. smua org ade watak masing masing dlm whtsapp

    ReplyDelete
  22. haha,, baru saya tahu,,, kawan dlm wasap pom ade kategori.. kelakar plak rase..
    ramai kawan saya jd permaisuri emoticon tu.. saya hnya silent reader...
    admin plak kawan wasap yg macam mane ye??
    Juz asking.. hehe

    ReplyDelete