√ Humood Alkhudher Popular Di Malaysia Gara-Gara Lagu Kun Anta - Adarain

Humood Alkhudher Popular Di Malaysia Gara-Gara Lagu Kun Anta

Humood Alkhudher popular di Malaysia gara-gara lagunya iaitu Kun Anta menerusi Instagramnya yang menjadi kesukaan gadis-gadis di Malaysia. Bukan sahaja lagu yang sedap malah paras rupanya kacak membuatkan ramai gadis tertawan.

Selain itu, ramai yang menjadikan lagu Kun Anta sebagai cover dan Dubsmash di laman sosial. Video Youtube Kun Anta telah menerima 13 Juta lebih Views.

Tentang Humood Alkhudher?


Dilahirkan di Kuwait dan Humood banyak menghabiskan zaman kecilnya di England sebelum kembali di Kuwait. Sangat fasih berbahasa Inggeris. Sejak remaja, Humood berminat dalam dunia seni dan muzik. Humood banyak telah mengeluarkan lagu single dan video muzik pada 10 tahun yang lalu. Humood juga mempunyai rangkaian social media iaitu facebook yang kini mencecah 1 juta lebih likes.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Humood juga telah menerima kontrak untuk berkerjasama di bawah Awakening Record bermula Januari 2015. Awakening Records telah banyak membantu artis-artis dibawahnya menjadi popular seperti Maher Zain, Hamza Namira, Harris J dan banyak lagi

Nama : Humood Alkhudher
Tempat Lahir : Kuwait Tahun Lahir : 1989
Umur 2015 : 26 Tahun Status : Berkhawin
Lagu : Kun Anta, Keep Me True, Lughat Al’Aalam
Facebook : Humood AlkhudherTwitter : Humood Alkhudher
Instagram : Humood Alkhudher

Aktiviti Humood Di Malaysia


Beberapa hari yang lepas sehingga hari ini, Humood menerima banyak jemputan untuk menemu bual serta menyanyikan lagu Kun Anta secara live.


Antara jemputan yang diterima adalah SInar, Fm, Nasional FM, Rancangan Meletop (Astro), Malam Inspirasi Kun Anta, Pelamin Fantasia dan banyak lagi.

Peribadi Humood ketika ditemu bual oleh wartawan dapat dilihat Humood seorang yang sangat mesra, sporting, murah dengan senyuman dan Fasih dalam bahasa inggeris.
Intipati Kun Anta

Lirik lagu Kun anta tidak membawa makna yang kosong kerana disebalik lagu tersebut mempunyai nilai murni yang patut diserapkan oleh orang ramai.

Untuk menjadi sempurna dalam kehidupan adalah menjadi diri kita yang sebenar. Kekayaan tidak mampu memberi kecantikan yang sempurna melainkan kita menjaga 'hati' kita dengan baik.

Boleh lihat lirik lagu [DISINI]

Get notifications from this blog

18 comments

  1. Bukan saja gadis-gadis,mak gadis pun suka hehe... memang sedap lagunya, dengar je terus ceria, mood sedih bertukar gembira :)

    ReplyDelete
  2. POPULAR BUDAK ARAB SEORANG NI.. JANGAN SEKEJAB AJE NANTI PASTU TERUS SENYAP..

    ReplyDelete
  3. Suka tengok dia nyanyi, perwatakannya juga seorang yang lemah lembut :)

    ReplyDelete
  4. walaupun tak faham maksudnya janji layan. hehe

    ReplyDelete
  5. haha, biasalah bro, fenomena macam maher zain. :D

    ReplyDelete
  6. Suami saya pun sangat suka lagu Humood ni...

    ReplyDelete
  7. walaupun tak faham maksudnya, alunan muziknya memang sedap didengar

    ReplyDelete
  8. jadi penasaran ingin dengar lagunya...

    ReplyDelete
  9. ramai yang tulis review tentang lagu ni..lagunya memang sedap dan budak2 suka

    ReplyDelete
  10. yalah..muka handsome..suara sedap..memang full pakej tu..

    ReplyDelete
  11. Patutla ramai gadis suka. Neelofa pun.

    ReplyDelete
  12. bagus juga lagu ni.. boleh membiasakan lidah dengan menyebut perkataan arab..

    ReplyDelete
  13. dok banyak kali dengar lagu dia ni kat radio. time kat meletop aritu baru tau sapa dia ni

    ReplyDelete
  14. kebetulan, aku pun baru je buat short video 15saat untuk contest #BestofBurgeri guna lagu die hahahaha

    ReplyDelete
  15. Semoga berjaya untuk contest tu :D

    ReplyDelete
  16. Yang minat dengan lagu ni faham ke bahasa arab ?

    ReplyDelete
  17. sekarang ni boleh google kalu nak tau liriknya. :D

    ReplyDelete