√ Tonton ketuk-Ketuk Ramadhan 2015 - Adarain

Tonton ketuk-Ketuk Ramadhan 2015

Ramadhan dah menjelma dan semestinya rancangan yang aku nantikan adalah Ketuk-ketuk Ramadhan yang dihoskan oleh pengacara popular iaitu Sheily Rusly.

Rancangan masakan Ketuk-ketuk Ramadhan yang mendapat jolokan no.1 paling popular di Malaysia di hadiri dengan artis jemputan sepanjang bulan Ramadhan.

Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015 telah memulakan rancangan sejak semalam pada pukul 12.30PM di TV1 bersama dengan artis jemputan iaitu Syafiq Kyle.

Tonton ketuk-Ketuk Ramadhan 2015
Sheila Rusly sebagai Host
Antara artis-artis jemputan adalah Johan ashari, Fattah, Mia Ahmad, Wak Doyok, Izzue Islam dan banyak lagi.

Ketuk-Ketuk Ramadhan 2015


Apa yang menyebabkan ketuk-ketuk Ramadhan masih kekal popular sepanjang Ramadhan sejak tahun 2005 lagi?

Jawapannya adalah seperti di bawah:

  • Program Santai Bersahaja - Program yang dikendalikan Js Production berkonsepkan santai dan tidak terlalu formal. Di tambah pula, pengacara KKR yang sporting dan bijak mengendalikan rancangan tanpa perlu mengikut skrip 100%.

  • Kerana Terpaksa aku Relakan - Dalam kebanyakan setiap awal episod KKR, pasti berlaku babak di mana Sheila Rusly mengajak dan memaksa selebriti jemputan untuk memasak. Dari situ, kita dapat lihat pelbagai telatah dan alasan yang dilakukan oleh selebriti untuk menolak tawaran memasak dalam Ketuk-ketuk Ramadhan.

  • Mengetahui Perkembangan Terkini Selebtriti - Selebriti jemputan sebenarnya memeriahkan lagi suasana KKR dengan berkongsi resepi di samping mengetahui perkembangan terkini. Sebab itu, rancangan masakan ini digemari oleh orang ramai kerana selebriti jemputan.

  • Gaya tak Kena Tempat - Dapat lihat artis bergaya yang tidak kena pada tempat. Bayangkan selebriti pergi pasar dengan kasut tumit tinggi itu belum campur lagi dengan pakaian. Memang teruklah kena sindir dengan Sheila Rusly. :)

  • Pandai Masak ke Tak? - Yang ini best, pernah tengok orang tumis tak pakai minyak? Tapi artis ni memang power tumis tak payah pakai minyak. Itu baru satu, belum lagi artis yang tak kenal lagi jenis sayur-sayuran.

  • Terlupa Puasa - Paling best bila mana Sheila Rusly kenakan selebriti jemputan untuk merasa makanan yang telah siap di masak. Bila artis rasa masakan dan sheila tegur tak puasa ke? memang terkejut la dibuatnya apabila artis lupa yang sebenarnya berada dalam rancangan masakan untuk bulan Ramadhan nanti. Itu yang kelakar.Re

Tonton Ketuk-ketuk Ramadhan 2015 online?


Jangan tak tau plak TV1 pun boleh tengok secara online iaitu di sini [DISINI], kalau tersekat boleh tengok [DISINI] pula. So, korang yang mungkin tengah kerja boleh tengok secara online di komputer ataupun di Mobile.

Nak tengok pilihan sesi ketuk-ketuk ramadhan 2015 yang lepas2x pun boleh just klik [DISINI]

Get notifications from this blog

19 comments

  1. Rancangan masak paling best...dlu masa 1st season lg best sebab buat outdoor berdekatan dgn rumah artis2....

    ReplyDelete
  2. Best juga layan Ketuk-ketuk Ramadhan... Boleh cari idea nak makan apa masa berbuka nanti... ;)

    ReplyDelete
  3. dgr citer ada program baru.. ketuk2 ahmad maslan.. heheh

    ReplyDelete
  4. Ketuk-ketuk Ramadhan membuatkan kita dapat tengok resepi dan karakter sebenar artis .

    Spontan dan menceriakan :)

    ReplyDelete
  5. Semalam tertengok cerita ni.. Masa tu, Johan yang jadi tamu undangan..

    ReplyDelete
  6. dapat pula soalan panas dari sheila rusly. haha

    ReplyDelete
  7. yang penting rancangan ni menghiburkan. haha

    ReplyDelete
  8. hahaha. tak boleh nak kata apa.. haha hias makanan mengalahkan sheila rusly la nnti :D

    ReplyDelete
  9. yg tu best sebab buat depan rumah artis. rasanya nama pun lain sebelum ketuk ketuk ramadhan, citarasa selebriti.

    ReplyDelete
  10. mak gua suka tengok ni beb.

    haha

    sebab kekadang dapat tengok resepi pelik-pelik dari artis nih.

    ReplyDelete
  11. ferevet sahaja untuk menonton rancangan ini jika ada masa terluang..sekarang ada sibuk sedikit..

    ReplyDelete
  12. Semalam tengok yg ummi naziera..masak sotong sumbat Melbourne.. Nak tergelak pun ada tengok dia memasak..

    ReplyDelete
  13. Baru-baru ni ummi nazeera tak kenal garam dengan gula. Dia pergi bau dulu nak tau mana garam ke gula. "Owh, mcm tu ye nak kenal garam gula, kena bau dulu", selambe je kena perli dengan Sheila Rosly. Kelako betul. Part artis gabra tak reti masak paling best. Haha. Memang enjoy dan sangat santai rancangan Ketuk Ketuk Ramadan, Alhamdulillah. *gaya Sheila Rosly

    ReplyDelete
  14. Time artis jemputan Ummi Nazeera tu memang best. haha memang lawak. setakat ni takde lagi artis yang nak cuba rasa makanan. :D

    ReplyDelete
  15. sama setakat ni ummi nazzera best skit. haha ada lawak. :D

    ReplyDelete
  16. Boleh tengok sambil kerja la ni. hehehe

    ReplyDelete
  17. suka tgk telatah artis2 ni memasak, lepas tu bolehla try jugak resepi diorg tu kan ;)

    ReplyDelete
  18. Mia Ahmad punya turn dah ke belum? Nak tengok Yuhanis memasak..haha

    ReplyDelete
  19. Sepertinya acara yang menarik dan patutu di tonton,hehe

    ReplyDelete