Saturday, 31 October 2015

4G LTE Digi Semakin Meluas

Tak tahu sebenarnya nak tulis apa dan kebetulan ada idea nak menulis tu ada jadi saya share sedikitlah pengalaman saya bersama Digi.




Post ni bukan Post berbayar tapi sekadar perkongsian dengan pembaca tentang pengalaman saya sebagai pengguna Digi.



Sebenarnya tak pernah terfikir untuk tukar Digi dan masa ketika tu saya nak beli Note 1 kemudian kebetulan masa tu Digi ada buat jualan murah Note 1 dengan syarat pakai No Digi.


Masa tu mak yang belikan maka dari penguna C terus jadi pengguna Digi sehinggalah sekarang.


Dan sampai sekarang saya masih menggunakan Postpaid berbanding Prepaid walaupun dah habis kontrak.


Saya ambil Package postpaid RM45/3GB. Okla tu kira berbaloi gak, office dan rumah pun dah ada Wifi.


Service DiGi pun ok. Line kat kg saya dan tempat kerja saya di Bangi pun bagus dan kuat siap dapat line 4G. Itu yang best sebab laju. So far ok. Tak terfikir lagi nak tukar kepada perkhidmatan lain.


Digi 4G LTE



Kelebihan 4G LTE


4G LTE adalah teknologi jaringan internet yang pantas dengan generasi ke-empat Internet Protocol (IP) yang melakukan proses transfer data jadi lebih cepat dan stabil.




  • Kelajuan internet secara konsisten 5Mbps dan 80% meningkat setiap masa. Kelajuan mengikut keadaan dan boleh meningkat 3 kali ganda kelajuan internet.

  • Mendapat liputan di seluruh negara di semua bandar dan bandar utama

  • Penduduk yang menerima liputan 4G LTE di seluruh negara meningkat sebanyak 50%

  • Mendapat liputan Internet secara meluas lebih daripada 100,000 orang setiap minggu.

  • 4G LTE pesat berkembang berbanding pada tahun 2014.


Betul ke Data 4G LTE cepat makan data?

Sebenarnya bergantung pada penggunaan pengguna ketika melayari internet. Kalau selalu guna makin banyak makan data lagi2x kat Youtube.


Terbaru, Digi 4G LTE kini berada di Papar, Sabah, Miri, Sarawak, P.Dickson, Negeri Sembilan, Tampoi, Johor. Dapat tahu maklumat ni pun berdasarkan mesej yang dihantar oleh pihak DiGi.




[caption id="attachment_4840" align="aligncenter" width="700"]Kawasan yang mendapat liputan 4G DiGi suber gambar dari DiGi. Biru pekat ialah kawasan yang mendapat liputan 4G, Biru cair adalah 3G dan kuning adalah 2G[/caption]

Lain orang lain pengalamannya dengan perkhidmatan DiGi ni. Tak semua mengalami perkhidmatan komunikasi yang terbaik. Semua bergantung kepada korang mana satu yang baik lagi2x line internet di tempat korang. :D


2 Comments

MV pun pengguna Digi since 2011 lagi, so far memang bagus la compared to others Telco yang pernah MV guna dulu..bil bulan2 pun tak banyak

meskipun jaringannya 4G lite jika kondisi jaringan lg eror tetep aja lemot hehe