√ Pengalaman Tengok Deadpool Dengan D-Box Motion Seat - Adarain

Pengalaman Tengok Deadpool Dengan D-Box Motion Seat

Ada yang dah tengok Deadpool? Ak bersama dengan member tengok Deadpool sekali dengan D-Box Motion Seat di IOI Mall Putrajaya. Harga boleh tahan mahal sebab ambil sekali pakej D-Box Motion Seat.



Pengalaman Tonton Wayang Dengan D-Box Motion Seat


Teruja sekejap sebab ini pertama kali try kerusi bergoyang atau D-Box Motion Seat dan nak tahu bergoyang D-box ni macam mana. D-Box ni kalo di Ioi Mall Putrajaya hanya ada 2 row sahaja kiranya terhad untuk mereka yang nak amik D-BOx.


D-Box Motion Seat


Kerusi ni akan bergoyang bila ada babak yang menarik seperti babak fighting.


Kerusi bergerak D-Box ini juga boleh di-adjust kalau gegarannya sama ada nak slow, kuat dan juga stop.


D-Box adjust volume


Memang best duduk kerus bergoyang dengan D-box cuma tak best plak sebab tengok Deadpool tu macam tak sesuai amik D-Box. Kalau tengok The Monkey King 2 atau movie adventure dengan D-Box baru syokk memang bergoyang2xla ko. Silap2x ko tengah makan pop corn boleh jatuh. hahaha. Tak digalakkan amik air panas krang nanti melecur plak tangan korang. haha



Jalan Cerita DeadPool


Movie aksi barat ini menceritakan tentang seorang lelaki yang merupakan pembunuh upahan bernama Wade Wilson. Wade yang sedang mengalami penyakit kanser telah mendapat tawaran bagi menyembuhkan penyakitnya.


Bukan sahaja dapat menyembuhkan penyakitnya malah wade berubah menjadi superhero akan tetapi wajah tidak sekacak seperti dahulu yang kini menjadi hodoh akibat experiment yang extreme dari seorang Dr yang tidak bertanggungjawab.


Deadpool yang berwajah hodoh mahu berjumpa dengan Dr tersebut untuk mengembalikan wajahnya yang kacak. So, adakah Wade dapat kembali wajah yang kacak seperti dahulu?



Review Deadpool


Movie ni 18+ which mean ada babak yang mengerikan dan juga lucah. Hero pun cakap main lepas memang takde comtrol punya.


Hero ni cakap sesorang dan banyak cakap padahal deadpool ni sebenarnya takde cerita sendiri tapi sebab hero ni nak juga buat makan terhasillah movie ni yang syok sendiri.


Ada beberapa lawak yang bagi aku tak berapa nak lawak sebab ada nama artis yang disebut deadpool aku tak kenal langsung.




[caption id="attachment_5283" align="aligncenter" width="640"]Pengalaman Tengok Deadpool Dengan D-Box Motion Seat sumber dari FB[/caption]

Bagi aku cerita ni aksi biasa2x sama dengan movie aksi yang lain. Cuma movie ni tak sesuai kalau budak tengok and terlalu ekstrem kalau nak dibandingkan dengan movie keluaran Marvel yang lain


Best ke tak Deadpool? Boleh la, aku bagi 3/5 Bintang.

Get notifications from this blog

11 comments

  1. yang penting, ada anak-anak, memang jangan bawa tengok deadpool ni. bahasa yang digunakan tak appropriate. dan jangan salah anggap movie ni sama dengan avengers tu..kalau avenger, memang untuk budak je..hehe

    ReplyDelete
  2. kalo ada anak mmg tak boleh masuk sbb 18+. Pihak wayang tak bg masok.

    ReplyDelete
  3. haha macam nak tengok juga lah ceri ta dead pool ni...

    ReplyDelete
  4. ok aku jeles. aku tak pernah try d-box motion sit ni.

    aritu nak tgk star wars amek sit ni, malangnya full.. sampai sekarang masih tak dapat merasa huhu

    ReplyDelete
  5. Ok nampaknya macam lebih kepada tak berapa best je ye ha ha cerita Dead Pool ni

    ReplyDelete
  6. yup, sebab bila dah terbeli tiket, time nak masuk tu ada yang siap gaduh dengan penjaga cakap tiket beli online apa semua..last-last, nak tinggalkan anak memang tak boleh, duit tiket burn macam tu je.

    ReplyDelete
  7. macam best je d box motion seat..
    nak kena try ni..

    ReplyDelete
  8. Sesekali nnti nk try jugalah dbox motion ni.. tengok movie stund lumba2 atau spaceship ni mesti best ni... menarik!

    ReplyDelete
  9. spaceship lagi syok ngan kerusi bergoyang pastu tengok 3d plak . :D

    ReplyDelete
  10. kena try. sekali idup bukan selalu kan. hehe :D

    ReplyDelete
  11. Aku belum tonton filem ni, bagus kah ?

    ReplyDelete