√ Review The Jungle Book 2016 - Adarain

Review The Jungle Book 2016

The Jungle Book 2016 yang diadaptasi dari buku kanak-kanak karangan Rudyard Kipling telah mula berada di pawagam seluruh Malaysia sekarang. Sebelum dijadikan movie, The Jungle Book terlebih dahulu sudah diterbitkan dalam bentuk kartun di Channel Disney sehingga popular.

Sinopsis The Jungle Book 2016


Mengisahkan budak kecil yang bernama Mowgli yang dijaga seperti anak sendiri dari kecil oleh Raksha - Mak Mowgli (Serigala) dan Bagheera - Penjaga (Harimau Kumbang).

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Kehidupan Mowgli begitu bahagia sekali bersama dengan sekumpulan serigala yang menjaganya sehinggalah ketika musim panas terik yang berpanjangan sehingga kekurangan air.

Konflik berlaku bila mana Shere Khan (Harimau) yang tidak selesa dengan kehadiran manusia kecil iaitu Mowgli di hutan rimba bersama dengan haiwan-haiwan yang lain.

Shere Khan mahu membunuh Mowgli kerana menurut Shere Khan Mowgli apabila besar nanti akan membawa kerosakan pada hutan rimba. Tambahan lagi dengan pengalaman Shere Khan di mana mukanya terkena bunga merah (api) oleh manusia sehingga mukanya berparut menyebabkan Shere Khan mahu membunuh manusia kecil.

Akela selaku ketua Serigala berbincang dengan serigala yang lain pasal Mowgli yang berada di bawah jagaan sekumpulan serigala. Perbincangan tersebut dilakukan kerana ancaman Shere Khan yang turut mengancam kehidupan sekumpulan serigala sekiranya tidak menyerahkan Mowgli kepada Shere Khan. Kata putus telah dicapai dan Mowgli dengan rela hati mahu meninggalkan sekumpulan serigala dan Mak Mowgli, Raksha terpaksa melepaskan Mowgli dibawah jagaan Bagheera untuk ke hutan lain agar tidak dibunuh oleh Shere Khan.

Sepanjang perjalanan ke hutan yang lain, Mowgli terserempak dengan Shere Khan tapi berjaya melepaskan diri dengan bantuan Bagheera kemudian berdepan dengan ancaman kaa (ular) dan Mowgli bernasib baik kerana diselamatkan oleh Baloo (beruang) sehingga menjadi Kawan.

Konflik semakin menarik apabila Mowgli terkejut dan marah apabila Akela telah dibunuh oleh Shere Khan dan Mowgli mahu membalas dendam.

 Review The Jungle Book 2016


Walaupun tak pernah tengok cerita cartoon kat Channel Disney tapi versi movie ini memang best dan recommended bagi sesiapa yang merancang nak tengok terutamanya bagi mereka yang minat dengan movie animal dan nature.

Permulaan cerita yang menarik sehinggalah ke babak akhir dan tidak ada babak yang membosankan. Movie ini ada juga beberapa babak suspended.

Antara babak yang menarik ialah Mowgli bersama Baloo, Mowgli berjumpa dengan King Louii dan Mowgli menentang Shere khan.

Dikatakan hampir kesemua babak menggunakan CGI seperti haiwan dan environment dalam movie ini. Terus terang memang nampak real dan tersangat cantik.

Bagi 5/5 Bintang untuk The Jungle Book 2016. Korang pula bagaimana?

Get notifications from this blog

13 comments

  1. Wah, kalau full mark mesti best filem ni

    ReplyDelete
  2. Wah.. best ni... 5/5 bintang tu.. ada plan juga nak bawa anak2 tengok citer ni... tapi belum sempat lagi..

    ReplyDelete
  3. sebab saya minat movie yang macam ni :D

    ReplyDelete
  4. membe kata cerita ni biasa je tapi kalo ikut saya cerita ni best. :D ada kesempatan masa boleh pergi tengok.

    ReplyDelete
  5. peh..laju gila hang tengok cite nih.

    kagum aku weh.

    ReplyDelete
  6. The Jungle Book 2016 ini antara filem pilihan untuk tontonan seisi keluarga. Markah diberi penuh, kemungkinan untuk menonton filem ini adalah tinggi.

    ReplyDelete
  7. cocok buat nonton liburan keluarga

    ReplyDelete
  8. ada berbagai versi cerita jungle book ni..apa yg sy tahu ada versi yg agak brutal dimana kisah benar budak ni ingin pulang ke kampungnya dan akhirnya dibuang semula penduduk kmpung...akhirnya budak ini dan haiwan-haiwan yang lain datang ke kampung dan membunuh kesemua penduduk kampung tersebut..dsytkan T T

    ReplyDelete
  9. film nya bagus dilihat dari sinopsisinya, ntar kalau sudah tayang mau nonton ah

    ReplyDelete
  10. cepatnya dah pi tengok, ni cerita kartun zaman kanak2 dulu kan, dah diadaptasi ke filem

    ReplyDelete
  11. FILM INI SANGAT d tunggu banyak orang

    ReplyDelete