√ Bahaya fake braces pada gigi dan fake dentist - Adarain

Bahaya fake braces pada gigi dan fake dentist

Isu bahaya fake braces nampaknya masih belum ada kesudahannya memandangkan ramai pengguna yang terlalu 'cerdik' mengambil jalan mudah dengan menggunakan fake braces pada gigi. Begitu juga dengan fake dentist yang semakin berani melakukan pemasangan fake braces pada pengguna tanpa berasa bersalah malah bangga pula tu..

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Ini semua bukan kerana keutamaan pada gigi pengguna tapi pada keuntungan semata-mata.

Tak tahu ke betapa bahayanya face braces kemudian dilakukan pula oleh dentist yang tak bertauliah lagilah memudaratkan.

Antara bahaya Fake Brace


  • Gigi boleh tercabut

  • Radang pada gusi dan tulang boleh terjadi

  • Risiko Karies dan absess meningkat

  • susunan dan fungsi gigi semakin terganggu

  • Risiko terkena jangkitan seperti AIDS dan hepatitis

  • Berkait dengan kanser mulut dan usus
Kuman pada gusi yang membengkak ini boleh melarat masuk ke saluran  darah menyebabkan penyakit injap jantung dan lebih membahayakan sekiranya ia pergi ke otak yang boleh menyebabkan stroke.

Di negara jiran penyumbang kes kematian salah satunya adalah pemakaian fake braces.

Kenapa ramai yang suka pakai fake braces? Mungkin sebab murah dan trend bergaya nampak cantik bila pakai ala2x yo so betty la fea agaknya. Orang pun mungkin akan pandang tinggi la kot sebab buat braces kat gigi uollss mahal kan... padahal fake braces dan murah!.
Sudahlah ada fake braces malah ditambah pula dengan fake dentist yang berani memasangkan fake braces pada pengguna.. Kmain lagi berani pasangkan fake braces..  Walaupun beberapa minggu yang lepas sudah disabitkan kesalahan dengan denda hanya RM70,000 tapi si fakers ni berani dan beberapa NGO sanggup membayar denda fake dentist ini.. fuh! debak!!

Kesian para dentist yang bertauliah yang palsu juga yang diberi pertolongan..

Mungkin yang memberi pertolongan tak tahu dengan keadaan terkini memandangkan ayah fake dentist meminta bantuan dari NGO atas dasar anaknya dianiyai dan sebagainya. Atas sebab itulah aku rasa NGO ini terpedaya dan sanggup memberikan bantuan kepada fake dentist ni.. kita sangka baik je lah..

Yang penting kita beri kesedaran kat orang ramai yang masih belum educated pasal benda fake braces dan dentist tak bertauliah melalui media sosial secara besar-besaran.

Doktor yang aktif kat twitter pun boleh kata hampir setiap hari berulang kali memberikan penerangan tentang bahaya fake braces.. boleh lihat di twitter dengan hashtag #MedTweetMY

Get notifications from this blog

6 comments

  1. x berbaloi nk yg murah kalau tak bertauliah, jadi lagi teruk nnti..

    ReplyDelete
  2. Asal barang boleh jadi duit, sanggup ambil risiko bahayakan kesihatan orang lain.

    ReplyDelete
  3. menangis kalau gigi patah terus tak tumbuh..

    ReplyDelete
  4. dah berkali kali bagitahu bahaya, masih ada yang berani tanggung risiko. ish ish ish

    ReplyDelete
  5. bab2 kesihatan ni, carilah yang bertauliah.. termasuklah suplement semua tu..

    ReplyDelete