√ 20 Nasihat Kewangan Untuk Para Remaja 20-an - Adarain

20 Nasihat Kewangan Untuk Para Remaja 20-an

Nasihat kewangan untuk umur 20an :


1. Kalau belum buka akaun tabung haji, pergi buka. Takkan kau tak nak pergi haji kan. Buka RM1,300.

2. Buka akaun ASB, simpan duit dalam tu. Nak advance sikit pergi buka ASBF. Sijil 50K baru RM275 sebulan.

3. Cari pendapatan sampingan, tak tahu nak jual apa? Kau tulis je dekat komen ni “ada kerja kosong?” Insha allah ada orang offer tu.

4. Ambil satu medical plan, tak payah yang juta juta pun takpe, kalau tak mampu. Perempuan coverage RM150K tiap tahun, baru RM75.

Nasihat Kewangan Untuk Para Remaja 20-an
sekadar gambar hiasan
5. Baca buku kewangan. Tapi takde feel baca buku. Pergi seminar kewangan. Banyak je, tak sampai ratus pun.

6. Buku taknak, seminar taknak, kau baca je dekat facebook ni. Banyak ilmu free.

7. Kalau kau ada kawan yang bijak kewangan. Pergi menuntut dengan dia. Belanje kopi secawan.

8. Sedekah sekurang kurang nya hari jumaat tu. syiling pun boleh. Takyah malu. Janji ikhlas.

9. Bagitau awek/pakwe belanja makan, wayang asing asing. Jangan gelabah nak gentle bagai. Kalau gentle, kahwin terus.

10. Pergi mohon PRS. Ada ramai ejen dekat luar sana yang boleh bantu.

11. Buat unit amanah, buat mana yang mampu. Cash pun boleh. Market best untuk sauk sekarang.

12. Kurang kan bakar duit sendiri, yakni merokok. Terjaga kesihatan sama. Duit pun save.

13. Jangan gelabah nak hype sana sini. Hidup di bawah kemampuan.

14. Kalau rasa motor elok lagi dan rasa diri lelaki. Pakai je motor dulu, minyak pun jimat.

15. Dapatkan perlindungan gaji atau takaful nyawa sebagai perlindungan. Ada je RM38 sebulan, boleh cover RM50K.

16. Buat jadual menyimpan. Sekarang macam macam apps ada untuk monitor simpanan.

17. Rajin rajin memasak dekat rumah. Masak nasi berlauk. Jangan kedarah megi dan pamah je, kesian perut.

18. Usahakan bayar PTPTN tu. Namanya hutang, orang lain nak guna jugak, takkan kau je sedap.

19. Bab niaga, jangan malu. Tak buka mulut, kita tak tau. Takyah lah kutuk member niaga. Kau pun duit nan hado jek.

20. Bezakan kehendak dan keperluan serta kemahuan yakni nafsu.

Get notifications from this blog

2 comments

  1. Assalam Tuan, No 10. tu apa ya PRS?
    No 19. yang ni ramai tak nak cuba dengan alasan malu. Cuba pun belom kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, Private retirement Scheme iaitu salah satu pelaburan persaraan.

      Delete