√ Senarai Movie Korea Yang Berunsurkan Wabak Penyakit, Kemusnahan dan Thriller - Adarain

Senarai Movie Korea Yang Berunsurkan Wabak Penyakit, Kemusnahan dan Thriller

Movie korea banyak antara movie yang sangat best bila tengok sebab dia punya level tu dah tahap level movie Hollywood. Jauh sekali nak dibandingkan dengan movie buatan Malaysia.

Senarai Movie Korea Yang Berunsurkan Wabak Penyakit, Kemusnahan dan Thriller yang Kena Tengok

Ini antara beberapa cerita korea yang mendapat kutipan tertinggi di seluruh dunia dan berbaloi kalau tengok beberapa cerita ini ketika ada masa lapang. 

The Flu (2013)

Sekumpulan pendatang asing diseludup masuk ke Korea Selatan. Salah seorang pendatang asing adalah pembawa virus yang membawa maut dan sangat berjangkit. Hanya seorang pendatang asing yang hidup, manakala yang lain semuanya mati.

The Flu.. Wajib tengok movie ini.. memang best!

Tidak lama kemudian, beribu-ribu orang dijangkiti dalam setiap jam oleh virus yang membawa maut ini, yang membunuh dalam tempoh 36 jam selepas dijangkiti. Keseluruhan penduduk di pinggir bandar Bundang dikuarantin oleh kerajaan dengan usaha keras untuk menghentikan virus itu daripada terus mereba


The Host (2006)
9/10

Pada tahun 2000, ahli patologi ketenteraan Amerika mengarahkan pembantunya berbangsa Korea, melanggar protokol dengan membuang lebih daripada 200 botol toksik kimia formaldehyde ke dalam sinki alasannya hanya kerana botol-botol tersebut sudah berhabuk, saluran sinki itu menuju ke Sungai Han.

The Host. CGI agak kurang memberangsangkan tapi still best tengok. 

Dalam beberapa tahun kemudian, terdapat penemuan makhluk amfibia yang aneh di dalam air dan berkembang menjadi rasaksa yang memusnahkan penempatan dan membahayakan penduduk setempa

Deranged (2012)
9/10

Ada satu wabak telah merebak mengakibatkan mangsa melompat ke dalam sungai dan lemas kerana berasa dahaga yang melampau, menyebabkan situasi panik di seluruh negara. Kerajaan mengisytiharkan keadaan sebadai kecemasan dan darurat.

Menyerap je tengok cerita ni.. orang atasan punya pasal

Jurujual pembekal perubatan, Jae-Hyuk (Kim Myung-Min) mengesyaki keluarganya menunjukkan tanda-tanda yang sama dijangkiti wabak tersebut. Melalui adiknya, Detektif Jae-Pil (Kim Dong-Wan), Jae-Hyuk mengetahui terdapat penawar yang disimpan di sebuah gudang


Pandora (2016)
8/10

Jae-Hyeok (Kim Nam-Gil) tinggal bersama ibunya (Kim Young-Ae), kakak iparnya (Moon Jeong-Hee) dan anak saudara lelakinya, Min-Jae (Bae Gang-Yoo). Dia bekerja di loji janakuasa nuklear tempatan.

pandora pun best kena pergi tengok

Sementara itu, Pyung-Sub (Jung Jin-Young) bekerja di kilang janakuasa nuklear yang sama, bimbang tentang keadaan di sana, tetapi tidak ada seorang pun dalam kerajaan yang mengambil pusing tentang masalah di sana. Gempa bumi menyerang bandar di mana mereka tinggal, dan menyebabkan ledakan di loji janakuasa nuklear. Situasi ini dengan cepat mengakibatkan seluruh negara menjadi panik.

Tidal Wave (2009)
8/10

Gempa bumi bawah air mencetuskan tsunami yang menghancurkan bandar peranginan Korea Selatan.

Tunnel (2016)
8/10

Lee Jung-Soo (Ha Jung-woo) memandu pulang dari tempat kerja ke rumah untuk menyambut hari jadi anak perempuannya. Semasa memandu melalui terowong yang melintasi gunung, perkara yang tidak diingini berlaku. Terowong runtuh.

Apabila Lee Jung-Soo sedar dari pengsan, dia mendapati dirinya terperangkap di dalam kereta. Keretanya sendiri 'terkubur' di bawah beribu-ribu tan konkrit dan serpihan. Apa yang dia ada di dalam kereta hanyalah telefon bimbitnya, 2 botol air dan kek hari jadi anak perempuannya.

Train To Busan (2016)
9/10

Seok-woo (Gong Yoo) adalah pengurus kewangan di Seoul. Seok-woo berpisah dari isterinya dan tinggal dengan anaknya Soo-an (Kim Soo-Ahn). Seok-Woo tidak banyak menghabiskan masa dengan anak perempuannya atau menunjukkan kasih sayang kepadanya. Pada malam sebelum hari jadi Soo-An, Soo-An berkeras mahu berjumpa ibunya sempena hari jadinya. Seok-Woo tidak mempunyai pilihan lain, tetapi terpaksa untuk membawa Soo-an ke Busan.

Train to busan  - zombie korea yang menjadi.. 
Pagi keesokan harinya, mereka naik kereta api laju Korea Train eXpress (KTX) ke Busan dari Stesen Seoul. Sebelum kereta api KTX meninggalkan Stesen Seoul, gadis seperti zombie melompat ke atas kereta api. Gadis itu dijangkiti virus yang dahsyat yang menyebar dengan pantas. Seok-Woo, Soo-An dan penumpang lain di kereta api KTX kini mesti berjuang demi kehidupan mereka dari virus yang akan mengakibatkan manusia menjadi zombie.

The Terror Live (2013)
8/10

Mengisahkan pembaca berita (Ha Jung-woo) yang bercita-cita tinggi tetapi kerjayanya sudah malap, untuk menaikkan kembali kerjayanya sebagai pembaca berita, dia memonopoli siaran langsung serangan pengganas menyusul letupan Jambatan Mapo di Sungai Han. Sekali pembaca berita ni kena call dengan orang jahat pula. Satu hal pula nak kena settle masalah, kalau tak layan permintaan dia, nanti tempat lain akan di-bom.

The Tower (2012)
8/10

Satu kebakaran telah mengakibatkan kemusnahan menara berkembar mewah di tengah-tengah bandar Seoul pada malam perayaan Krismas. Cerita ini penuh dengan debaran dan boleh lihat betapa gigihnya bomba mempetaruhkan nyawa untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam bangunan yang baru dibuka untuk orang awam masa itu. Salute dengan bomba!

Innocent Witness
8/10

Kisah seorang remaja Autism yang menjadi saksi kepada satu kes pembunuhan. Walaupun autism still mempunya kemampuan ingatan yang sangat tajam berbanding dengan manusia biasa. Kiranya dia ni ada 6th sense. Power tak power kan. Cuma masalah dia autism je takot mahkamah tak terima orang kurang upaya untuk dijadikan sebagai saksi. Macam mana peguam nak yakinkan saksi dan mahkamah? Kena tengok sendiri..

Senarai Movie Korea Yang Berunsurkan Wabak Penyakit, Kemusnahan dan Thriller
Peguam bersama saksi. 

EXIT
9/10

Mengisahkan seorang lelaki bujang ini yang terperangkap dalam bangunan bersama keluarganya ketika menyambut hari jadi maknya. Mereka terperangkap di dalam bangunan dan tidak boleh keluar dari bangunan atas sebab gas yang merebak dengan cepat akibat perbuatan manusia yang tidak bertangunggjawab. Gas ini akan menyebabkan pedih mata, kulit sekaligus merosakkan paru-paru sehingga menyebabkan kematian. Jalan yang terbaik adalah mereka kena naik atas bumbung dan meminta bantuan dari holikepter. Cerita ini ada unsur lawak, suspend dan sedih pun ada. 

Senarai Movie Korea Yang Berunsurkan Wabak Penyakit, Kemusnahan dan Thriller
ada maksud tu disebalik exit. 


Get notifications from this blog

2 comments

  1. Boleh cari cerita ni , memandangkan cuti duduk di rumah je mamng bosan

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari jangan tak cari.. telegram pun ada.

      Delete