Showing posts with label coffee. Show all posts
Showing posts with label coffee. Show all posts

Thursday, 14 November 2019

Starbucks Kini Dalam bentuk Kapsul Dolce Gusto

Starbucks sekarang dah ada dalam bentuk kapsul Dolce Gusto dah sekarang.. Senang la lepas ni minum pakai kapsul dolce gusto je sekarang tak payah pergi starbucks..

Senarai kapsul Starbucks Dolce Gusto

Ini adalah beberapa senarai minuman kopi Starbucks.
  1. Colombia Espresso
  2. Espresso Roast
  3. House Blend Americano
  4. Cappucino
  5. Caramel Macchiato 
  6. Latte Macchiato

contoh kotak starbuck by Nescafe Dolce gusto

Caramel Macchiato Inspired by Starbucks

Macam mana Rasanya sama dengan Starbucks?

Tak boleh nak compare dengan starbucks sbb dorang memang pakai mesin lain buat kopi lagi pure padu kalau nak dibandingkan pakai kapsul ni.. 

Rasa memang takde lah sama sangat.. tapi kopi starbuck versi kapsul ni memang sangat sedap lagi-lagi caramel macchiato dengan latte macchiato.. 

Harga sekotak RM30 ada 12 kapsul.

Macam mana nak Beli?

Kat Home pro ada jual tak pun kat Lazada dengan shopee pun ada jual. 



Friday, 17 February 2017

Sedapnya Kopi Wonda Yang Premium

Kopi Wonda - Korang penggemar kopi tak? Kalau penggemar kopi kita memang geng ar sebab aku memang suka minum kopi.. Kalau tak minum kopi rasa macam tak sah satu hari..

Dalam banyak brand2x kopi yang ada kat Malaysia ni ada satu kopi yang ak paling suka minum iaitu wonda coffee. Rasanya lain dari yang lain dan sangat premium. Sekali rasa tu macam nak minum je lagi satu tin.

Beza sangat antara wonda dengan nescafe punya. Tapi ak lgi prefer wonda lagi dari nescafe. Nescafe punya rasa lain skit tak sekuat kopinya wonda.

Wonda keluaran Pemanis Sdn Bhd. Rasa seperti baru dibru slogan wonda.

Kopi wonda ada 4 perasa iaitu Premium Coffee Original, Mocha, Latte, Kopi tarik dan yang terbaru ni ak belum rasa lagi iaitu Extra Presso

WONDA Original dan Mocha, kedua-duanya mengandungi lebih daripada 50 peratus biji kopi Arabica berkualiti premium; dan Latte yang diperbuat daripada susu berkrim berperisa French Vanilla.

feveret flavous dari wonda. 


Biasanya ak beli wonda coffee kat speedmart sebab harga murah skit berbanding kat kedai lain. Kat speedmart ada perasa Mocha dan Premium coffee original sahaja harga RM1.80. Kalau kat kedai lain ada yang RM2.20, ada yang jual RM2.50.  Tak taulah kenapa speedmart jual 2 perasa je..

Cuba korang minum Wonda setiap pagi, Jadikan sebagai breakfast... Memang best n rasa semangat nak kerja... Ni bukan nak bodek kopi wonda..hahaha... kalau diikutkan tak elok minum hari2x. ;D

Thursday, 1 October 2015

Sejarah Hari Kopi Sedunia

Hari Kopi Sedunia - aku sebagai penggemar kopi memang tak tahu menahu langsung pun pasal kewujudan Hari Kopi Sedunia. Apa yang aku tahu kopi ada macam-macam jenis kopi kemudian khasiatnya pun banyak juga ada keburukkannya.

Hari kopi sedunia telah diwujudkan bagi mempromosi dan menyambut kopi sebagai minuman di mana setiap negara akan mengadakan satu festival khas untuk kopi sahaja.

Tarikh rasmi pertama Hari Kopi Sedunia ialah 1 Oktober 2015, di mana ianya telah dipersetujui oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa.


selamat hari kopi sedunia

Sejarah hari Kopi Sedunia.


Bagaimana Hari Kopi sedunia boleh wujud? Sebenarnya kewujudan hari kopi ni tidak dapat dikenal pasti secara tepat bila ianya dilancarkan.


Satu event telah diperkenalkan di negara Jepun pada tahun 1983 oleh Persatuan Coffee Di Jepun. Ini merupakan acara yang terawal pernah dilakukan untuk minuman kopi. Kemudian ianya diikuti oleh negara-negara yang lain.

Di Amerika Syarikat "Hari Kopi Sedunia" telah di war-warkan kepada umum seawal tahun 2005

Nama "Hari Kopi Sedunia" pertama kali digunakan oleh Southern Food and Beverage Museum yang mengadakan sidang akhbar pada 3 Oktober 2009 untuk menyambut hari kopi dan mengumumkan buat pertama kali di Festivel Kopi di New Orleans.

Kemudian di Negara China, Pertubuhan Kopi Antarabangsa mula menyambut pada tahun 1997 dan menjadikan sambutan tersebut sebagai sambutan tahunan pada awal bulan April 2001.

Di Nepal pula, mereka menyambut Hari Kopi Sedunia buat pertama kali pada tahun 2005. Manakalah Indonesia pada 17 Ogos 2006, diikuti dengan negara Taiwan yang menyambut pada tahun 2009.


Malaysia pula pada 29 September 2015 sama seperti negara Australia, Canada, Scotland, Iceland, Japan dan banyak lagi. Sri Lanka menyambut hari kopi pada 1 Oktober 2015.

Tarikh Hari kopi sedunia berbeza dengan negara-negara yang lain.

Ada Apa Dengan Hari Kopi Sedunia?


Kebiasaanya akan ada festivel sempena minuman kopi sahaja di mana jualan murah serta pemberian kupon akan dilakukan untuk peminat kopi.

Usahawan kopi pula akan mengadakan jualan murah untuk minuman kopi seperti Wonda Coffee di mana memberikan harga se-tin kopi dengan harga Seringgit (RM1) sahaja berbanding dengan harga asal iaitu RM2 lebih.

Friday, 27 February 2015

Perkara yang Mesti Diketahui Sebelum Minum Kopi

Sebelum ini, kita banyak dikhabarkan bahawa kopi banyak mendatangkan keburukan pada tubuh badan berbanding manfaat pada tubuh badan. Betul ke?

Menurut artikel yang disiarkan oleh majalah RealSimple dan Time, secawan kopi setiap hari mampu menyegarkan badan tetapi juga sebenarnya sangat baik untuk kesihatan.


Kebaikan Kopi Yang tidak diketahui Oleh Ramai


Berikut adalah beberapa kebaikan kopi:

1 - Kopi mengurangkan Risiko Kemurungan
Menurut kajian Sekolah Kesihatan Umum Havard, amalan minum 4 cawan atau lebih kopi setiap hari mampu mengurangkan risiko bunuh diri sehingga 50%.


2 - Kopi dapat mencegah barah kulit dan risiko Nyanyuk
kajian yang diterbitkan oleh jurnal Institut Kanser Amerika Syarikat mendakwa amalan 4 minum cawan kopi atau lebih juga mampu mengurangkan risiko barah dan nyanyuk

3 - Bau Kopi mampu menghilangkan tekanan
Bau kopi mampu menjadikan sebagai anti-tekanan pada manusia sendiri sehingga mampu memberi ketenangan serta membuka selera.
4- Kopi membantu melawan Kegemukan
Pengkaji Universiti Georgia mendapati acid (CGA) dalam kopi dapat mengekang kegemukan, juga mampu mengurangkan keradangan, mengekalkan kandungan gula dalam darah dan mengekalkan kesihatan hati.

5 - Kopi mampu cegah Parkinson
Jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat mendapati individu yang tidak meminum kopi berisiko 2 atau 3 kali tinggi menghadapi Parkinson

6 - Kopi jadikan hati lebih sihat
Kajian Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat ke atas 28 ribu orang mendapati mereka yang meminum kedua dua jenis kopi dengan kaffein atau tanpa kaffein enzim dari hati berkurangan.

7 - Kopi Memanjangkan umur
Jurnal perubatan New England melaporkan mereka yang meminum 2 hingga 6 cawan kopi atau lebih setiap hari boleh mengurangkan risiko kematian.

Kajian ke atas 200 ribu orang lelaki mendapati risiko kematian berkurangan sebanyak 10 % manakala kajian ke atas 170 ribu wanita mendapati risikonya turun sebanyak 15 %.


Kesimpulan Tentang Kelebihan Minum Kopi


Dr Van Dam dari Sekolah Kesihatan Umum Havard berkata kopi hitam asli adalah menyihatkan dan non-caloric minuman kopi pilihan terbaik.

Tak semua kopi memberi kesihatan kerana kebanyakkan kopi sekarang mempunyai campuran yang boleh menjejaskan kandungan asli kopi dan memberi impak negatif pada tubuh badan manusia.

Terpulang kepada orang ramai tentang kebaikan meminum kopi tetapi sekali kalau dah rasa pasti nak minum lagi. Lain kopi lain rasanya. Nikmatnya tidak terkata.