√ Kelebihan Garam Bukit Himalaya pada tubuh badan - Adarain

Kelebihan Garam Bukit Himalaya pada tubuh badan

Garam Bukit adalah berasal dari sumber asli iaitu dari pergunungan Himalaya di sebuah kawasan bernama Karakoram di timur negara Pakistan. Garam Bukit telah wujud dengan semulajadinya sejak jutaan tahun yang lalu dan merupakan anugerah dari sumber yang bersih dan garam yang bebas dari sebarang jenis pencemaran.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu

Garam bukit ini mengandungi bahan untuk meneutralkan segalan masalah dalam darah tinggi, resdung, lemah minda dan lain-lain. Boleh digunakan untuk minuman dan juga masakan.

Dalam masakan tidak sah kalau tidak ada garamkan? Jadi bukit garam adalah yang terbaik kerana rasanya lain dan sedap serta ditambah pula dengan kabaikan garam bukit berbanding dengan penggunaan garam biasa di luar yang mungkin telah dicampurkan dengan bahan-bahan kimia.

Kelebihan Garam Bukit Himalaya


  • Menstabilkan tekanan dan mengimbangi faktor PHI darah.
  • Meleraikan gumpalan sel-sel darah
  • Melancarkan pengaliran darah.
  • Meningkat kadar oksigen dalam darah.
  • Membantu pembinaan sel-sel baru.
  • Menghapuskan radikal bebas dalam tubuh.
  • Mempermudah pergerakan otot-otot usus.
  • Melancarkan sistem metabolik badan.
  • Membantu penyerapan vitamin dengan lebih berkesan.
  • Membantu struktur tulang.
  • Memusnahkan asid urik
  • Mengurangkan ketagihan makanan manis.
  • Menstabilkan denyutan jantung yang tidak sekata.
  • Membantu menyeimbangkan paras gula dalam badan.
  • Sesuai untuk ibu mengandung bagi tumbesaran bayi sihat.

Hilangkan kelemumur dan jerawat dengan Garam bukit himalaya


Selain itu kalau korang ada masalah kelemumur ke atau jerawat ke kat kepala tu boleh try pakai garam, Garam ni juga akan menguatkan lagi korang punya rambut.

Caranya adalah korang basahkan rambut kepala kemudian korang ambil garam ikut hati korang lah nak ambil banyak mana pastu letak kat rambut kepala..tunggu lah dalam 5 minit ke.. kalau korang nak lama pun boleh tapi jangan lah sampai terlalu lama macam setengah jam pula kan.. buat macam scrub kat kepala.

Kalau yang ada banyak kelemumur or jerawat tu memang akan rasa pedih sedikit bila diletakkan garam kat kepala.. ye lah kelemumur tu pun salah satu tanda kuman juga memang la pedih bila hapuskan begitu juga dengan jerawat..

atau pun korang letak garam kat air agak2x masin boleh terus basahkan kat kepala.

pastu, kalau kelemumur datang balik buat lagi benda sama macam kat atas.. cukuplah buat 2 minggu sekali ke..

Selain itu juga boleh menghilangkan jerawat pada muka dan jerawat.. buat macam kat atas, letak garam kat air, agak masin terus basahkan kat muka dan badan serta tunggu beberapa minit baru basahkan dengan air biasa.

comfirm kalau korang buat selalu jerawat dah tak ada dan kulit pun terasa lembut.

Get notifications from this blog

14 comments

  1. Stok lama masih ada lagi stu tupperware kecil. Bila habis boleh order nanti

    ReplyDelete
  2. biasa guna garam laut je selama ni
    tak sangka, kat atas bukit juga ada garam

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas perkongsian info... Barulah saya tahu betapa banyaknya Hasiat Garam bukit makan ni....

    ReplyDelete
  4. Bunda pun pernah guna juga garam bukit ni...tapi jenama lain..

    ReplyDelete
  5. pernah dengar khasiat garam bukit ni..rasa macam nak cuba jugak..tapi tak terbeli lagi

    ReplyDelete
  6. mungkin isteri ku pernah beli garam bukit ni
    mungkin...

    ReplyDelete
  7. memang banyak khasiatnya ye.

    ReplyDelete
  8. sekarang guna garam bukit dari Halalgel, boleh tukar cuba yg ni la pulak...

    ReplyDelete
  9. saya pikir penghasil garam hanya ada di laut ternyata di bukit pun bisa menghasilkan garam tersendiri.
    terimakasih ulasannya

    ReplyDelete
  10. Memang biasa guna Garam Bukit jenama Halalgel.

    ReplyDelete
  11. Banyak gak khasiat dia ekk...hehe..tak pernah try lagi garam bukit ni..

    ReplyDelete
  12. wah..tak pernah cuba lagi nih..

    ReplyDelete
  13. Cubalah try, tak rugi mencuba. Belum cuba belum tahu

    ReplyDelete