√ Segmen – Saya Mahu Ditegur - Adarain

Segmen – Saya Mahu Ditegur

Tertarik untuk menyertai segmen - saya mahu Ditegur dari eyriqazz. Ini adalah kali kedua dalam blog ini untuk menyertai segmen - saya mahu ditegur selepas 3 bulan ini berada dalam dunia wordpress.

Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a. bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda:(Maksudnya)"Agama itu nasihat. Kami bertanya:'untuk siapa?' Baginda menjawab, Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, para pemimpin kaum Muslimin dan bagi manusia umumnya"
(Riwayat Ahmad no. 16982, Muslim no. 55 dan Abu Daud no. 4944)

Manusia mana yang tidak terlepas dari kesilapan. Dalam kehidupan seharian kita pasti ada sekelumit kesilapan yang kita lakukan tanpa kita sedar. Seperti contoh memaki hamun orang ketika memandu sedangkan perkataan tersebut tidak patut dikeluarkan dan seeloknya kita beristighfar berbanding kita memaki-hamun orang.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Setiap manusia ada kekurangan dan ada kelebihan masing-masing. Tidak ada manusia yang sempurna kerana matinya kita juga di tanah dan bakal berhadapan dengan hukuman ALLAH S.W.T sama ada syurga mahupun Neraka.

Kenapa Saya Mahu Ditegur


Teguran dan nasihat bagi aku satu perkara yang sama. Dengan teguran daripada rakan-rakan itulah yang akan menyedarkan kita dari kesilapan yang kita lakukan selama ini.

Dalam teguran ada juga batasnya, jangan pula dok tegur dengan cara kasar. Seperti contoh:

Tegur secara kasar
bro, apa pasal blog buruk dan serabut gila pastu loading pun lambat, siput pun tak lambat macam blog bro.

Cuba bayangkan bila korang dapat komen macam di atas. Mesti korang menyerap gilakan macam nak baling bom atom kat muka orang yang komen tu.

Contoh Tegur secara berhikmah. Berhikmah dalam erti kata lain ialah bijaksana.
Salam bro,  nak tegur sikit harap bro tak terasa, kalau terasa saya minta maaf bebanyak. Aku nak tegur blog bro ni agak kurang kemas sedikit pastu loading pun macam lambat. Tapi kalau bro nak mintak pertolongan macam mana nak kasi kemas dan kasi loading laju, aku boleh tolong. Just e-mail me. Peace!
kalau kita tengok komen seperti di atas, kita akan terima dengan hati yang terbuka dengan komen sebegitu di tambah pula komen di atas menawarkan pertolongan untuk diperkemaskan lagi blog siap bagi peace. Ini sedikit sebanyak dapat memikat hati orang yang baca komen seperti di atas.

Aku berharap agar korang semua dapat memberi teguran pada blog aku, mana yang kurang dan mana yang baik agar aku bersemangat untuk memperbaiki kelemahan pada blog aku.

Dengan teguran korang nanti, diharap aku akan nampak kesilapan yang sendiri aku mungkin tidak perasan selama ini pada blog aku tidak kiralah dari segi kekemasan blog mahupun berkenaan dengan penulisan.

Aku sedia menerima teguran daripada korang semua biarpun pahit untuk ditelan.

Get notifications from this blog

91 comments

  1. jangan kasar2 nnt susah nak cari makan...hehehhee

    ReplyDelete
  2. kalau saya mah, dah biasa mau dikatakan apa, bagi saya apapun yang di katakan orang saya anggap itu adala bentuk perhatian, dan sebuah kritikan yang membangun agar kedepan bisa lebih baik lagi

    ReplyDelete
  3. sikit je nak tegur
    1. blog simple, kemas bersih...
    2. lengkap segalanya utk digelar blog yg sempurna
    3. ranking alexa tu kena up sikit lagi

    ReplyDelete
  4. betul tu, anggapla kritikan itu sebagai tanda positif untuk menjadi lebih blog yang lebih berjaya.

    ReplyDelete
  5. haha, plus orang pun taknak bertegur sapa dengan orang kasar.

    ReplyDelete
  6. Thanks bro. Rangking alexa sedang diperhebatkan lagi. ceh! poyo plak dengar ayat diperhebatkan.

    ReplyDelete
  7. saya nak tegur apa pun tak tahu, blog ok je nampak, susunan kata pun teratur, boleh pergi jauh bro, lagi pun saya ni newbie nak tegur2 huhu.

    ReplyDelete
  8. hi.. mana perginya search entri - mudah untuk orang tuju nak cari entri apa.. kalau boleh benda tu letak kat atas :)

    langgan artikel cuba buat rata-rata blog bagus iklan masyuk ni mesti orang nak banyak tips dari admin

    erk.. padahal ilmu saya punyalah sentang cam tak cukup baju huhu...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih di atas teguran. Akan cuba diusahakan.

    ReplyDelete
  10. Theme blog bro yang ni boleh tahan jugak ni. Nampak pro dah.

    ReplyDelete
  11. Mau mengkritik apa ya, sayanya jadi bingung sendiri. Alhamdulillah di mata saya sudah perfect, baik theme, penempatan iklan, artikel dan cara penulisannya. Rasanya yang butuh banyak kritikan malah saya agar saya lebih termotivasi dalam ber-blogging
    Selalu sukses :)

    ReplyDelete
  12. Ya betul tu, saya setuju. Kalau nak tegur seseorang itu biarlah dengan cara yang berhekmah...

    ReplyDelete
  13. wah, ramai juga join segmen ini rupanya..

    ReplyDelete
  14. baru 3 bulan berblog..?? Yea ker?? Mak cam tak caye je nih..sbb nmpk mcm dah pro tau! Mak yg baru 5 thn berblog ni x layak ni nak menegur. Mak sndiri bnyk yg kurang.

    Apapun, blog ni nmpk kemas dan menarik. Tak serabut2

    ReplyDelete
  15. Semoga berjaya mendapat teguran dari blogger otai...

    ReplyDelete
  16. Salam bro...

    Penulisan bro agak baik , teruskan menulis...

    Theme nih pun kemas jer , sedap mata memandang...

    Header pemandangan bandar pada waktu malam tuh ada kena mengena dengan bro ke...???

    ReplyDelete
  17. okey bro..disebabkan lu gua join segmen ni

    ReplyDelete
  18. takde apa nak tegur dah ni..cuma mungkin search box tu kot ada lagi bagus kot..itu je..pstu rajin-rajin la tulis blog..:D

    ReplyDelete
  19. erm.. theme blog ni sesuai dgn blog dn entry d dlm nya.. maafla sy x pandai nilai blog org..

    ReplyDelete
  20. den suka bila blog tu mudah di navigate, dan yang penting tak ada musik background..hehehe.. header blog ni antara header blog yang cool yang pernah den tengok. baru 3 bulan ek? sama la kita :P

    ReplyDelete
  21. salam bro, first time mai kat blog ni. saya suka dengan warna template ni. simple dan biru.
    nak komen yang tak berani............... baru mai nak komen plak.
    takut kena balun plak kang ............ :) Happy blogging.

    ReplyDelete
  22. apa yang menarik di blog ini paparannya okey..lebih kurang samam dengan tema color blog aku juga....blog ini ringan juga...tapi gua rasa macam ada kureang la dekat sidebar..tapi tak tau apa yang tak kena..hu3..sorry bro :P

    ReplyDelete
  23. tapi tak sedikit pula seorang narablog yang maah2 manakala mendapat sebuah kritikan

    ReplyDelete
  24. dalam wordpress baru 3 bulan tapi guna berblogspot dalam 5 tahun rasanya.

    ReplyDelete
  25. terima kasih sebab bagi semangat. Aku suka dengan pemandangan bandar lebih2x lagi di waktu malam. Teramat cantik! idea boleh datang bila tgk header nie..

    ReplyDelete
  26. tak apa, btw, thanks for visiting my blog.

    ReplyDelete
  27. Thanks bro sebab bagi teguran pada blog nie..

    ReplyDelete
  28. terima kasih ya Rina sebab komen di blog saya.

    ReplyDelete
  29. thanks bro..aku takde nak balun orang2x..terima dengan hati terbuka, untuk kebaikan kita juga.

    ReplyDelete
  30. Terima kasih bro..akan cuba diusahakan.

    ReplyDelete
  31. 1) Penulisan menarik untuk dibaca.. syabas!
    2) Link "Dapatkan Bodum...." tu keluar page not found.. kena hati2 semasa masukkan link.. Broken link tak berapa bagus untuk blog.. kemungkinan ada lagi broken link dlm entri2 lain..
    3) Bahagian Page dalam blog better disable-kan fungsi komen.
    4) Iklan nuffnang letak bahagian atas sidebar lebih senang buat duit.. hee
    5) Aku suka tengok header blog ni..
    6) Di Homepage kalau boleh tambah lagi 2 entri.. sekarang ni sidebar lebih panjang daripada ruangan content.. nampak kosong kat situ

    ReplyDelete
  32. saya sokong.teguran yang berhikmah membuka persepsi yang membina bagi org yg ditegur.
    Jangan sesekali tegur seolah-olah kita perfect.semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing2.jadi ambil yang jernih,buang yang keruh.

    ReplyDelete
  33. Salam Perkenalan

    Ini teguran ikhlas

    1 - periksa broken link dalam entri ni.
    2 - sebolehnya tukar "sample page" ke nama lain, sedangkan tu page pengenalan. mungin lebih sesuai dinamakan TENTANG atau ABOUT - sample page merupakan page default semasa install WP. Kurang menarik.

    Yang lain sudah baik dan mungkin boleh perbaiki cadangan dari rakan lain di atas.

    ReplyDelete
  34. Terima kasih sebab menegur pada blog ini.
    akan cuba usahkan yang terbaik. Baru tahu pasal broken link.

    ReplyDelete
  35. Salam perkenalan juga.

    Terima kasih sebab bg teguran pada blog ni. Sample page tu akan ditukarkan dengan segera.

    ReplyDelete
  36. Thanks. Jadikan teguran sebagai pembina dan peringatan.

    ReplyDelete
  37. Salam...
    Saya dari segmen yang sama...
    Blog yang simple dan kemas.
    Penggunaan BlogSpot dgn wordpress mana yang lebih senang?
    keep it up :)

    ReplyDelete
  38. waalaikumussalam,
    terima kasih.
    Aku pernah pkai blogpsot smpai skrang, jadi perbezaan tu memang nampk. Aku boleh gtau yang wordpress nie senang dan mudah.

    ReplyDelete
  39. Nak juge masuk segmen ni..malas nau nak type... hehehe

    Ape pun suke blog ni... kemas, tulisan besar..nampak aje membacenye...

    Good luck lagi! :)

    ReplyDelete
  40. Singgah petang membalas kunjungan..

    Rasanya tak ada apa yang perlu ditambah kat blog ni.
    Semuanya okay.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  41. Assalam. Saya juga mahu di tegur. Sebagai latihan merasa diri adalah hamba.
    Susahnya hendak merasa hamba.

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum
    1. Template blog ni sempoi kot :D
    2. Header... Mungkin?
    3. Penulisan best.. haha

    sekian :)

    ReplyDelete
  43. meh join sekali baru meriah..btw, thanks for ur comment.

    ReplyDelete
  44. Sebab itu kita digalakkan saling nasihat menasihati agar dapat memperbaiki diri...Manusia mana yang tak terlepas dari kesilapan tidak kiralah kecil mahupun besar.

    ReplyDelete
  45. waalaikumussalam,

    Header... tergantung di situ.. macam cinta jannah pula..haha.
    btw, thanks.

    ReplyDelete
  46. Bagi saya... sentiasa pupuk minat dalam blogging dan cubalah update post entry / artikel setiap hari yea.....

    ReplyDelete
  47. salam :)

    pendapat saya blog ni dah ohsem :D ta perlu ditegur lagi :D

    ReplyDelete
  48. 1st time dtg cni.
    dr segmen sama..
    rasanyer xdek apa ler nk komen.
    blog dh kemas.
    widget pun ada yg pnting2 jer..
    entry pn bnyak yg best.
    terbaek.

    ReplyDelete
  49. Emm menarik gak segment ni..insyaAllah saya cari masa nak sertai segmen ni..yang penting ia boleh membantu kta mengenal pasti kelemahan yang terdapat pada blog..hehe

    ReplyDelete
  50. terbaik warne theme den suka, kontent pun cantik keep it up bro

    ReplyDelete
  51. Ramai yang sudah beri komen. Boleh pelajari sesuatu.

    ReplyDelete
  52. saya dah tak ada modal juga nak tegur..kerana blog ini hampir sempurna tahniah..

    tetapi....

    cuma perkataan di bawah komen itu ada terasa sedikit..'HANTU' kalau boleh tukar dengan 'BUKAN MANUSIA'.---tak seronok nak dikaitkan dengan HANTU..minta maaf banyak2 bro.

    ReplyDelete
  53. Salam, Nor pun join segmen ni :).
    Komen daripada Nor :
    1. Blog boleh tengok di mobile.
    2. Penampilan di mobile tidak sama dengan desktop.
    3. Loading ok di desktop dan agak lambat di mobile.

    Selamat bersegmen :)

    ReplyDelete
  54. Terima kasih norazizah, tak pernah pula saya bukak blog saya di mobile, terlepas pandang pula. Apapun akan cuba diusahakan mana yang mampu.

    ReplyDelete
  55. Terima kasih, mohon maaf andai terasa sekadar gurauan semata-mata. Akan ditukar kelak.

    ReplyDelete
  56. Salam sdr. Bahrain Ramlan,
    Mungkin boleh ditambah kategori bagi entri kat side bar blog ini. Kategori juga akan buat entri kita lebih kemas dan senang juga nak cari selain daripada guna search button. :)

    ReplyDelete
  57. Salam kunjungan dari segmen yang sama :)
    Semuanya ok kemas dan tersusun :)

    ReplyDelete
  58. assalam.. sy dari segmen yg sama
    Komen sy... Blog kemas & simple...
    Biase la lelaki,mne suka serabut2 kn..hihi

    ReplyDelete
  59. Waalaikumussalam,
    Terima kasih, nampak macam kemas tp realiti sekemas ini. haha

    ReplyDelete
  60. Waalaikumussalam,
    Terima kasih di atas cadangan itu. Saya letak category tu semua di bahagian page sitemap.

    ReplyDelete
  61. Blog yg sangat simple dan profesional designnya.. Gaya penulisan pun mmg terbaik! all the best in the future.. :D

    ReplyDelete
  62. Salam Sabtu dari jaakechik.

    jaa datang dari segmen yang sama jugak.

    http://www.jaakechik.com/2013/09/segmen-saya-mahu-ditegur.html

    komen jaa untuk blog ni :

    blog yg simple, kemas dan teratur. so, mmg dah ok sangat tak perlu di komen banyak ni.hihi

    ReplyDelete
  63. salam terjah kembali,

    rasanya sy tak ada apa nak tegurkan/kritik... keep up the good job. and happy blogging ;)

    ReplyDelete
  64. Salam Tuan

    Saya datang dari segmen yang sama

    Overall blog ni kemas dan tersusun.
    Bagus Tuan letak previous entry dan next entry kat bawah current entry.
    Tadi baru kejap saya baca review Tuan tentang vikingdom

    Menarik

    ReplyDelete
  65. Terima kasih saudari khadeejah.

    ReplyDelete
  66. As salam bro
    1. Mmg themes ni kemas, simple dan laju loadingnya. Terbaik.
    2. Header pun mmg ngam. Nice.
    3. Warna biru, mmg rasa aman jer...hehe

    Tu jerlah bro...moga terus sukses!

    sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  67. nak komen apa ya blog ni. kemas dah. bagus, nampak professional.

    ReplyDelete
  68. Sepanjang hayat manusia, mereka memang memerlukan nasihat dan teguran. Ia boleh membantu dalam menutup kekurangan dan keaiban seseorang serta memberi keuntungan kepada penerima nasihat yang mengamalkan dalam kehidupannya.

    ReplyDelete
  69. Ya, betul tu. tetapi ada juga yang keras kepala untuk menerima teguran.

    ReplyDelete
  70. salam… mia datang dari segmen yang sama

    http://www.mialiana.com/2013/09/segmen-saya-mahu-ditegur.html

    komen mia, harap jangan kecik hati ya…

    1. di laman utama blog kalau perasan panjang ruang entri dan side bar tidak balance. mungkin boleh tambahkan satu entri lagi supaya bahagian bawah balance.

    2. blog yang simple dan mungkin boleh tukar background lain yang lebih ceria supaya pengunjung happy datang ke sini.

    wahhh blog kedua bahrain ya.. terbaikkk..

    thanks.. (^_^)

    ReplyDelete
  71. Terima kasih kak mia, akan cuba diusahakan.

    ReplyDelete
  72. hi bahrain, blog kemas & text juga jelas dan senang dibaca. kontent mantap. bagus!

    ReplyDelete
  73. hi,saya pengunjung setia blog anda,teruslah berkarya..

    ReplyDelete
  74. hi, terima kasih kerana sentiasa singgah di blog saya. Saya akan terus berkarya selagi mana mampu.

    ReplyDelete