√ Nilai Martabat Dalam Kehidupan Selepas Beberapa Kali Menerima Kegagalan - Adarain

Nilai Martabat Dalam Kehidupan Selepas Beberapa Kali Menerima Kegagalan

Kekecewaan yang kita hadapi ini tak semestinya ia dapat menjatuhkan martabat kita sebagai orang insan, namun kita harus lebih tabah dalam menempuh segala yang mendatang. Namun harus diingatkan juga, kejayaan yang hadir tak semestinya menjadikan kita satu kebanggaan kerana ia lebih bermakna kalau kita sendiri yang melakukannya.

Nilai Martabat Dalam Kehidupan Selepas Beberapa Kali Menerima Kegagalan
Sekadar gambar hiasan

Terima Kegagalan Dengan Positif


Siapa yang tidak kecewa apabila menerima kegagalan dalam peperiksaan atau keputusan temuduga dan sebagainya. Terasa pedih apabila tidak dapat menerima kegagalan yang dialami.

Tak ramai di antara kita yang boleh menerima kegagalan dengan berfikiran positif malah lebih buruk mula memikirkan kehidupan yang terlalu sukar untuk diharungi selepas menerima kegagalan.

Jangan sedih atau bermurung bila menerima kegagalan. ALLAH S.W.T sentiasa menguji hambanya mengikut kemampuannya.

Orang yang berjaya sentiasa memikirkan kegagalan adalah menjadi titik permulaan untuk menjadi lebih hebat. Dari kegagalan mereka tahu kelemahan serta memperbaiki kelemahan yang ada dari hari ke hari sehingga 'eksprimen' membuahkan hasil dan berjaya.

Nilai Martabat Dalam Kehidupan


Nilai martabat dalam kehidupan yang baik adalah mereka yang gagal dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan dunia & akhirat diiringi dengan unsur keislaman.

Manakala nilai martabat dalam kehidupan yang buruk adalah bagi mereka yang gagal dan tidak berusaha serta mensia-siakan peluang-peluang yang ada. Di tambah pula, mula menjauhkan diri dari unsur keislaman.

Nilailah martabat kita sendiri dalam kehidupan sama ada baik mahupun baik. Ya, kita Semua takut gagal, kalau tak kerana gagal manakan tahu kelemahan itu datang. Cari mana faktor kegagalan kita dan mulakan untuk mengecapi kejayaan sekali lagi. Andai jatuh, bangunlah sekali lagi.

Percaya pada diri sendiri untuk melakukan apa jua perkara, walaupun kita tiada kebolehan dalam bidang tersebut. Tiada manusia yang dilahirkan semula jadi pandai dan kita juga boleh pandai jika kita benar-benar inginkannya, Jangan takut gagal, sekurang-kurangnya kita tidak menyesal kerana telah mencubanya.

Get notifications from this blog

9 comments

  1. Jangan jadikan setiap kegagalan suatu titik kejatuhan dalam hidup. Kegagalan membuat kita lebih berusaha merubah keputusan itu.

    Sesungguhnya gagal itu memberi kita agar lebih berusaha lebih gigih lagi. Jika kamu berusaha untuk tidak gagal lagi, nescaya kamu beroleh kejayaan. Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. Jangan mudah putus asa itu saja

    ReplyDelete
  3. Sentiasa berusaha dan perbaiki diri dan jangan mudah berputus asa.

    ReplyDelete
  4. Gagal sekali tidak semestinya kita gagal buat selamanya... Kita kena jadikan setiap kegagalan sebagai batu loncatan untuk mencipta kejayaan... ;)

    ReplyDelete
  5. pepatrah mengatakan:
    lebih baik mengalami kegagalan
    daripada membayangkan kegagalan

    ReplyDelete
  6. Kegagalan bakal mematangkan kita, memberikan kita satu kejayaan baru andai kita mengambil iktibar daripadanya. Jangan berhenti teruskan perjuangan demi perjuangan

    ReplyDelete
  7. Betul tu setuju sangat.. kegagalan kene diambil sebagai iktibar.. :D
    kene kuat kan semangat seribu daya jgn ada seribu dalih :D

    ReplyDelete
  8. gagal banyak belajar dari kesilapan kalau tak kita tak tahu part mana kita sering buat silap. gagal tak makna kita kalah

    ReplyDelete
  9. kegagalan adalah tiket kejayaan :)

    ReplyDelete