√ Sikap Yang Sangat Dibenci Kawan - Adarain

Sikap Yang Sangat Dibenci Kawan

Kita akan mula nampak dalam perhubungan kawan ketika sekolah menengah sehinggalah sekarang. Dari situ, kita akan mula kenal kawan yang sebenar berdasarkan sikapnya. 

Sikap Yang Sangat Dibenci Kawan
sekadar gambar hiasan

Sikap Yang Dibenci Kawan


Berikut adalah sikap yang dibenci kawan dan semestinya anda pernah mengalami situasi sebegini ataupun anda  mungkin adalah salah seorang yang dibenci kawan seperti dibawah.

1. Tamak dan Kedekut

Saya mempunyai kawan yang sangat kedekut dan atas sikap itu telah membuatkan kawan-kawan yang lain membenci dia yang terlalu berjimat sehingga menyusahkan orang lain.

Bayangkan kalau pergi makan selalu minta kawan belanja sedangkan duit sendiri ada malah lebih banyak dari kawan sendiri. Macam mana tu? Maka jauhilah sifat tersebut. Nak berjimat boleh tapi biar beragak.

2. Berlagak dan Suka Mengarah

Sifat inilah yang saya paling benci dan meluat. Berlagak mengalahkan artis antarabangsa dan kebiasaan sikap ini berlaku pada kaum hawa berdasarkan pengalaman saya ketika belajar.

Kawan yang mempunyai jawatan tertinggi dalam organisasi tak boleh sesuka hati mengarah tapi diri sendiri tak buat kerja. Macam mana tu? Sikap itu yang dibenci oleh kawan-kawan sehingga kawan sanggup cakap belakang. Kebanyakan kawan, mana-mana pun tidak suka diarah selalu. Be Respect!

Kawan seperti ini selalu mahukan perhatian lebih dan mahu menonjolkan diri agar diri dikenali dan disanjungi.

3. Bohong dan Mengumpat

Bab ni kebanyakan kawan kita sendiri memang suka bohong dan suka mengumpat. Memang tak boleh lari dengan 2 benda alah ni termasuklah saya sendiri. Pesanan untuk diri sendiri juga kepada anda juga agar sama-sama mengurangkan benda ini dari melarat.

Bukan apa, takut jatuh finah bila dah mengumpat ni. Macam-macam cerita disebarkan itu belum ditokok-tambah cerita lain lagi maka dah jatuh fitnah pada seseorang. Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh.

Kadangkala, kawan kita mesti ada cerita yang hendak dikongsikan dan cerita tersebut kalau boleh nak kebabom punyalah  tapi tak ada papepun isinya. Banyak bohong dari benar. Just Beware!

4. Suka Menonjolkan diri dan Cakap Besar.

Macam biasa, kawan seperti ini sudah dikenali ramai secara umumnya dengan sikap yang suka menonjol. Ada orang suka dengan sikap macam ni tapi sesetengah orang tidak beberapa suka dengan sikap yang suka menonjolkan diri dan adakalanya suka cakap besar.

Kawan seperti ini suka bercerita tentang kehidupan yang agak lebih mewah, barang-barang mewah dan sebagainya yang menyebabkan orang lain jeles dan sakit hati dengan kawan yang suka menunjuk-nunjuk.

Kurangkan bercerita tentang barang-barangan yang berharga atau apa jua dari kawan kita kerana kita telah mengguris hati bagi kawan yang tidak berkemampuan. Dah tunjuk silalah bagi barang 'mewah' tu pada kawan. Boleh tak? Bahagia hati kalau macam itu. haha

5.Over confident

Kawan kita kalau nak confident boleh dan tak salah tapi jangan sampai over confident. Saya bagi contoh kisah MLM, saya yakin mesti salah seorang kawan kita pernah masuk MLM dengan over confident bahawa dia akan menjadi jutawan dengan menyertai MLM akan tetapi sampai sekarang semuanya dah ke 'laut'.

Confident biar kena pada tempatnya serta perlukan usaha yang tinggi dan bukan pada kata-kata sahaja. Setakat ini saya tak nampak kawan-kawan saya jutawan gara-gara Multi Level Marketing (MLM).

6. Plastik

Plastik atau kata seertinya adalah hipokrit. Kebiasaannya selalu nampak baik di mata orang. Ini yang kita kena berjaga-jaga dengan sikap macam ini.

Dengan sikap macam ini seolah-olah mendengar masalah kawan kita walhal dalam hati meluat dengan permasalahan cerita kawan ditambah pula memburuk-burukkan kawan kepada kawan yang lain secara rahsia. Be Careful!

Lebih baik bercakap jujur yang mungkin menyakitkan hati seseorang daripada menipu yang boleh buat seseorang tersenyum

Kesimpulan


Sebenarnya sebenar banyak lagi sikap yang dibenci oleh kawan saperti mengadu domba, pemalas, suka marah orang, kurang memberi kerjasama dan sebagainya. Rasanya cukup apa tertera di atas berdasarkan pengalaman ketika sekolah menengah sehinggalah sekarang.

Apa yang peliknya, mereka seperti di atas tidak sedar yang mereka sebenarnya tidak disukai oleh kawan yang lain atau mungkin tidak buat kisah. Nobody is perfect enough.

Seronoknya bila berkawan apabila mempunyai sikap dan minat yang hampir serupa dan itulah yang menjadi perhubungan itu kekal lama. INSYA ALLAH.

Get notifications from this blog

34 comments

  1. setuju bro..sikap kat ats tu memng kita benci..akan membuat org meluat..tambah bab bangga diri..menunjuk dan palastik.. just b our self..jujur pada diri sendiri :P

    ReplyDelete
  2. Mmg benci & menyampah dgn kawan yg bersikap spt tu.. tp alhamdulillah.. kawan2 saya semuanya ok.. :D

    ReplyDelete
  3. sikap no 4 paling aku tak suka...cakap besar.

    ReplyDelete
  4. Ada housemate siap labelkn lagi makanan die dlm peti

    ReplyDelete
  5. betul tu...
    di pejabat sy pon mcmni jgak.. di sebabkan dia ade pengalaman keje yg lama dr sy yg bru jer keje 4 tahun ni... dia berlagak dan ckp besar sebesar besarnya...

    Allah hanya menguji, memberi dulu...kan...

    ReplyDelete
  6. * MEMANG PELBAGAI RAGAM KAWAN-KAWAN..

    ReplyDelete
  7. Plastik dengan bohon memang saya paling benci.

    ReplyDelete
  8. betul..betul.. memang tak suka jenis kawan2 mcm tu.. dlm masa sama mintak juga sy dijauhkan dengan perangai2 gitu..

    ReplyDelete
  9. haha baru gua tahu apa itu plastik,

    ReplyDelete
  10. ohh..itu rupanya plastik..

    ReplyDelete
  11. No 3 & 5 tu memang boring..he..he

    ReplyDelete
  12. Memang tak suka dengan orang yang ada perangai mcm diatas. Kalau boleh dielak akan cuba elak dr org yg cam ni..lebih2 lagi yg suka mengumpat..tak pasal2 kita dapat dosa gak

    ReplyDelete
  13. apabila kawan x mau merasakan dia salah dan tetap dengan pendirian walaupun sbnrnya dia salah tu pun pening gak

    ReplyDelete
  14. Akak nak tambah satu lagi. Cepat terasa dan moody. Pun salah satu sikap yg bleh buat kawan menjauhkan diri. Dan satu lagi cakap lepas tak reti jaga hati org.

    ReplyDelete
  15. Gua yang no 3 memang tak boleh terima... yang lain so far ok..sebab itu tabiat depa hehehe

    ReplyDelete
  16. betul tu bro..kekadang ngan kawan2 kita kena bersikap give and take..tak boleh nak pikir pasal diri kita jer...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  17. Terimakasih sudah share petuah berguna ini supaya bisa dijauhi agar kawan tak benci dengan kita

    ReplyDelete
  18. Kawan ada macam perangai becware,sekarang susah nak cari kawan boleh d percayai..ada untuk kita susah atau senang

    ReplyDelete
  19. Setuju sangat bro. Sikap-sikap tu adalah antara sikap yang sangat annoying jika mempunyai rakan yang bersikap sedemikian.

    ReplyDelete
  20. Memang kalau ada sikap diatas tu, tiada siapa yang ingin berkawan

    ReplyDelete
  21. Sikap plastik la paling dibenci... ditambah pulak jenis kawan untuk dapat sesuatu... hanya kawan waktu kita berjaya

    ReplyDelete
  22. Semua tu tidak patut ada pada diri kita, jika mahu ramai yang ingin berkawan dengan kita. Gua lebih baik diam daripada menceritakan hal-hal org lain, jika berlebihan boleh membawa umpatan. Lidah lebih tajam daripada mata pedang, itu kena ingat selalu.

    ReplyDelete
  23. Tamak dan kedekut beza dengan berjimat cermat. nak ramai kawan kena buang sifat2 tu.

    ReplyDelete
  24. yang paling makan dalam kalau kena tikam belakang...mmg sadis...:(

    ReplyDelete
  25. sikap tu paling tidak disukai sesangat...

    ReplyDelete
  26. satu lagi,, kawan yang suka mempergunakan kawan sendiri,, sakit betul hati,,

    ReplyDelete
  27. Assalam
    Terima kasih ya. Perkongsian yang bagus ini. Amat di perlukan untuk panduan.

    ReplyDelete
  28. Perkongsian yang menarik, apa yang di atas semuanya mama setuju, jagalah adab dalam berkawan ni, respek satu sama lain..

    ReplyDelete
  29. setujuh yang teramat lah. hewhew

    ReplyDelete
  30. kalau ikutkan memang tak suka..tapi kita doakan moga mereka berubah

    ReplyDelete
  31. Sikap plastik paling aku benci,ibarat api sekam padi...perghh

    ReplyDelete
  32. memang semua tu Fiza pun tak suka.. kita pun kene elak wat perangai mcm tu..

    ReplyDelete
  33. Paling tak suka kawan yang berlagak. Bajet dia sorang je terbaik!!!

    ReplyDelete