√ Pencarian Popular di Bulan Ramadan - Adarain

Pencarian Popular di Bulan Ramadan

Ramadan sudah berlalu, syawal sudah tiba baru sekarang aku terhegeh-hegeh nak kemaskini statistik pencarian popular bulan Ramadan di adarain.com


Rasanya tak terlambat mana untuk kemaskini statistik pencarian popular Ramadhan dalam adarain.com. Kebanyakkan carian popular adalah berkaitan Isu Semasa yang terhangat iaitu tentang Palestin dan juga tidak ketinggalan berkaitan dengan makanan.



Pencarian Popular di Bulan Ramadan 


Berikut adalah lima (5) pencarian popular bulan Ramadan di adarain.com:

1: Mengapa Negara Islam Lain Membisu Tentang Palestin terutamanya Gaza
Isu ini sememangnya hangat kerana peperangan yang meletus pada bulan Ramadan hari yang ke-sepuluh dan sekarang sudah masuk hari ke-29 masih berperang. Hubungan antara Israel dan Gaza, Palestin masih menemui jalan buntu sejak dahulu lagi bagi mencari penyelesaian untuk keamanan.


Pencarian Popular di Bulan Ramadan


2: Ketuk-Ketuk Ramadan 2014
Apabila menjelang sahaja bulan Ramadan pasti rancangan masakan yang paling popular akan disiarkan dan sehingga kini mampu bertahan selama 7 tahun secara berturut-turut. Ini menyaksikan bahawa rancangan masakan yang dihoskan oleh Sheila Rusly masih diminati oleh orang ramai.  Adakah siaran Ketuk-ketuk ramadan 2015 akan diteruskan?


3: Drama Bersiri Korea Paling Popular 2013
Nama Korea memang tidak asing lagi dalam Malaysia malah hampir ke semua remaja sekarang sangat meminati dunia Industri korea baik dari segi drama, filem, dan muziknya.  Tak dapat dinafikan drama dari korea memang terbaik dari segi jalan cerita mahupun pelakonnya dan dikhabarkan kebanyakkan drama yang dilakukan menelan berjuta-juta  Won demi kepuasan penonton.


Auramen Turbo Collagen Terbaik


4: Kek Lapis Sarawak
Aku salah seorang penggemar Kek Lapis Sarawak yang manis dan mempunyai pelbagai perisa seperti Oreo, Cheese dan sebagainya. Pencarian Kek Lapis Sarawak agak popular di adarain.com mungkin kerana mahu menjadikan kek lapis Sarawak sebagai makanan untuk hari raya nanti seperti Open house. Lagipun, Kek lapis Sarawak memang sesuai untuk dijadikan juadah kepada tetamu yang hadir ke rumah tambahan lagi cepat mengenyangkan.


5: Restoran ZZ Sup Tulang
Restoran ZZ sangat popular dengan sup tulangnya yang sedap. Jangan lupa kalau singgah restoran ZZ Sup Tulang cuba rasa Mee Rebus Sup Tulangnya. Dijamin terbaik dari segi rasanya boleh kata sekali rasa pasti nak lagi. Sangat sesuai dijadikan tempat berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Lokasi di kawasan Johor Bahru.



Kesimpulan:


Statistik adarain.com tidak menurun di bulan Ramadan malah semakin rancak tetapi lain jadinya ketika menjelang Syawal. Statistik menurun tapi tidak terlalu merudum jauh dan boleh dikatakan berpuas hati. Ini adalah fenomena biasa kerana kebanyakkan orang ramai sibuk dengan persiapan di hari raya terutamanya di kampung.

Get notifications from this blog

27 comments

  1. walaupun tak update blog, traffik tetap maintain kan ;)

    ReplyDelete
  2. Naik turun trafik bllog ikut niche kita kan

    Kalau orang jual pakaian.. bulan puasa lah trafik macam air terjun

    Blog lain ada yang turun.. :)

    Hehe

    Jual tudung pun naik bulan puasa. Jual supplemen turun.

    Nak tak nak kena ada lebih dari satu blog

    ReplyDelete
  3. Wow hebat...

    Aku punya statistik je yang menurun.. :(

    ReplyDelete
  4. Aku punya trafik memang tak kencang pun. Jauh lagi nak cukup2 makan pun. Tapi takpe. Aku puas hati. Haha

    ReplyDelete
  5. Isu Gaza ni memang rumit apabila kuasa-kuasa besar dunia berkepentingan dalam mendapat habuan dari penjualan senjata kepada Israel. Iron Dome yang Israel pakai tu je dah cecah RM720 juta. Belum campur lain-lain lagi.

    ReplyDelete
  6. perghh power gak..aku pun masa raya pom merudum trafik

    ReplyDelete
  7. tak ambil tahu pula heee..kecuali baju homemade dan gaza sahaja alahai...tahun ni kurang sangat membeli belah bazar ramadan bebandung tahu yang sebelumnya

    ReplyDelete
  8. Statistik saya pun menurun pada awal syawal. Harapnya ia kembali seperti biasa selepas ini.

    ReplyDelete
  9. blog bro memang hebat..saya punya blog ada sikit-sikit sahaja trafik bergantung kepada entri yang diterbitkan..kalau kisah sensasi adalah naik sikit-sikit

    ReplyDelete
  10. Kalau topik isu semasa dan kuat SEO pasti trafik maintain!
    Blog saya bulan ramadhan ni entri bulan April pasal perodua viva terbaru pula yg melonjak naik.

    ReplyDelete
  11. Haha..tak sangka..ketuk2 ramadan hot la..patut la rancangan ni no1 di malaysia..hahaha

    ReplyDelete
  12. Peminat drama korea juga ke ?

    ReplyDelete
  13. Topik isu semasa memang maintain lagi-lagi yang terkini. Nampaknya ramai yang mahu membeli perodua viva yang baru.

    ReplyDelete
  14. Tak ada hebat mana. terima kasih.

    ReplyDelete
  15. INSYA ALLAH, trafik meningkat naik bila pertengahan syawal nanti. ;)

    ReplyDelete
  16. Aku pun jarang beli belah kat bazar ramadan hanya sekali dua je. Malas nak keluar.

    ReplyDelete
  17. Raya memang kebanyakkan merudum. hehe

    ReplyDelete
  18. Memang merumitkan dengan hubungan mereka lagi melibatkan kuasa-kuasa besar.

    ReplyDelete
  19. Yang penting tetap ada trafik. hehe

    ReplyDelete
  20. agak lama juga aku tak makan kek lapis sarawak

    ReplyDelete
  21. pencarian google selalunya bermusim especially bila waktu perayaan.tapi mcm manapun penulisan entry saya teruskan juga...utk mengekalkan momentum...:-)

    ReplyDelete
  22. Sedap kek lapis sarawak ni.hehhe

    ReplyDelete
  23. yap betul, kena selalu menulis agar blog nampak aktif dan lebih disayangi google.

    ReplyDelete
  24. However, the tips provided in this app are of serious nature and sometimes turn out to be
    plain relationship advice, which can be helpful for women. Fixit
    when any appliances or vehicles give problems. Keep those things in mind because youre going to use them to
    make her like you.

    ReplyDelete