√ Musim Persekolahan Dah Bermula - Adarain

Musim Persekolahan Dah Bermula

Musim Persekolahan sudah pun bermula beberapa hari yang lalu. Mungkin ada pelajar yang gembira sebab dapat berjumpa dengan kawan-kawan dalam kelas sambil berkongsi cerita ketika musim percutian yang lepas.

Maaf gambar telah tiada atas sebab tertentu
Satu perkara normal bila mana budak - budak yang baru masuk sesi pembelajaran sama ada tadika atau pun sekolah darjah satu (1) mereka akan menangis dan meminta ibu bapa mereka untuk tunggu.


Ibu bapalah yang terpaksa menunggu dan melihat anak belajar di dalam kelas sehingga anak sedang leka belajar ketika itu, barulah ibu bapa boleh beredar dari sekolah.

Imbasan Musim Persekolahan Dulu


Bila musim persekolahan sudah bermula time tulah rindu nak ke sekolah balik tapi apakan daya masa lampau mana boleh diputarkan balik. Apa yang dah berlaku hanya kenangan sahaja. No hard feeling.

Cuma apa yang ingin dikongsikan di sini ialah imbas kembali zaman sekolah dulu. Berikut merupakan salah satu catatan menarik dari blogger Faiz Ibrahim yang dikongsikan melalui Instagramnya. Ada benarnya juga list-list catatan yang dikongsikan.

1. Dulu bila saya baru lepas SPM, saya ingat hidup saya sudah berada dipenamatnya, rasa bebas. Padahal, selepas SPM barulah kehidupan sebenar berlaku.

2. Hampir 80% kawan masa sekolah, korang takkan jumpa lagi after sekolah menengah. Kalau jumpa pun sekali sekala dan nak tegur pun macam tak sempat.

3. Hampir 90% yang bercinta masa sekolah, akan break selepas habis sekolah. Biasalah, dah masuk universiti. Banyak pilihan. Mula dapat kebebasan. Lagi 9% bijak, halalkan awal. Lagi 1% tak move on lagi. True love never disappear.

4. It’s normal untuk FAIL dalam subjek tertentu. Jujurnya saya banyak kali fail Addmath. Tak perlu nak malu, it’s part of life. Dari kegagalan korang akan rasa kesungguhan nak berjaya. Tapi kalau dah selalu sangat fail, korang ni study ke atau minum air ketum?

5. It’s normal untuk tiada cita-cita sehingga Form 5. Jujurnya, sampai sekarang masih belum ada cita-cita lagi, teruk gila kan?. Cita-cita ni sentiasa berubah. Last cita-cita saya ialah jadi seorang scientist. Haha.

6. Jika result SPM tak berapa nak cantik, cuba tambahkan kemahiran. Manusia ada dua jenis. Yang pandai teori dan pandai guna tangan. Yang pandai guna tangan ni boleh buat lebih banyak duit. Jangan pernah anggap diri tak pandai. Selalu anggap rezeki dia mungkin dekat situ, rezeki aku dekat bidang lain.

7. Jangan sibuk jadi famous dekat sekolah, sebab itu tidak menjamin apa-apa diluar sana. Saya pernah nampak orang famous di sekolah bekerja dibawah orang yang dia buli dulu. Awkward.

8. Buat keputusan itu penting. Jangan serah bulat-bulat pada ibu bapa. Ya, berkat itu penting. Tapi lihat dari segi kemampuan kita. Dari kita bekerja/belajar tidak gembira dan asyik fail, lebih baik cari haluan yang menyenangkan dua belah pihak.

9. Semakin kita besar, semakin kita nampak betapa sayangnya mak ayah kita dekat kita dan sanggup belanjakan apa sahaja untuk lihat kita berjaya.

10. 95% yang conteng baju diakhir persekolahan, rasa bongek beberapa tahun selepas itu. ye ke?

Get notifications from this blog

9 comments

  1. Zaman sekolah adalah waktu yg paling best bila diingatkan semula. Selamat menempuh alam persekolahan 2015 buat semua pelajar dan guru... :)

    ReplyDelete
  2. Benar...bila tamat sekolah, rasa macam dah bebas, tetapi itulah sebenarnya permulaan langkah untuk melalui realiti kehidupan yang sebenar... Terasa lagi tak bebas...huhu

    ReplyDelete
  3. 80% tak jumpa lagi kawan-kawan sekolah lepas SPM. memang benar tu rasanya selepas 12 baru kembali jumpa semula itupun sebab ada teknologi

    ReplyDelete
  4. ya.

    kita kena gi sekolah hari-hari la macam ni.

    ReplyDelete
  5. Lawak je ayat yg i miss my school 1% and 99% is actually missing my friends. Sbb betul sesangatnya.

    ReplyDelete
  6. Seronok bila teringat balik pengalaman semasa zaman persekolahan dulu.. Saya mula tinggal di sekolah berasrama ketika berumur 11 tahun... teringat kisah-kisah lucu ketika di asrama sekolah rendah... ;)

    ReplyDelete
  7. ayo dah bergitu lama kawan tingalkan alam persekolahan , rasanya macam dah seganda dengan tahun persekolahan hahaha

    ReplyDelete
  8. saya malas nak ingat zaman sekolah. salam dari krabi

    ReplyDelete
  9. sekarang dah merasa apa yang ayah dah ibu saya rasa masa saya masih sekolah..
    indah saat menjadi pelajar..

    ReplyDelete