Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Thursday, 5 March 2020

Pengalaman dan Cara Order Foodpanda Sangat Mudah

Foodpanda kalau korang masih tak tau lagi apa benda ni ialah merupakan salah satu service penghantaran makanan secara terus rumah ke rumah. Servis ni pun dah lebih dari 3 tahun bertapak kat Malaysia. Bukan itu sahaja, servis ini bukan sahaja ada kat Malaysia malah ada di seluruh asia seperti Singapore, Taiwan, Hong Kong, Laos, Cambodia, Pakistan, Bangladesh dan banyak lagi.

Dulu foodpanda pernah viral seketika ekoran beberapa rider foodpanda ini tak puas hati dengan company atas sebab skim pembayaran baru bersikap tidak adil. Sejak dari tu ramai pengguna dah start boikot termasuk rider foodpanda pun mula berhenti kerja dengan company tersebut.

Tapi masa tu aku belum try lagi servis company ni..dulu rajin keluar makan.. hehe

Tapi isu tu sekejap je lah.. sekarang bila tengok kat luar masih ramai lagi rider fp buat penghantaran makanan means dorang ok la kot dengan skim pembayaran sekarang. Memandangkan tempat aku ni boleh tahan ramai jugalah customer malas keluar beli makanan termasukla aku sendiri.. jadi permintaan fp ni pun tinggi..

sumber gambar dari thestar.com.my

Pengalaman Order Makanan kat Foodpanda


Bila banyak sangat rider fp tetiba rasa macam nak install la app fp ni.. best ke? Ada banyak pilihan makanan ke? Masa daftar pun tak leceh sangat simple dan selesai daftar dah boleh start order makan kat fp.

Kedai makan yang ada hanya di kawasan terdekat sahaja takdelah jauh sangat sampai lebih 20km. jenuh pula rider fp nak hantar... masa aku tengok tu boleh tahan banyak juga kedai makan fp yang buka kat area kawasan aku. terliur pula tengok gambar dorang kemudian apa lagi memang terus order makanan kat fp..

cara pembayaran pula ada pilihan sama ada korang cash on delivery ke nak bayar online pun boleh... terpulang korang nak buat cara pembayaran yang macam mana..cuma better buat cash on delivery sebab kalau kedai cancel order makanan kita pun takde la rasa apa sangat sbb duit belum bayar lagi kalau nak dibandingkan dengan bayar online.. Bayar online bila refund macam pengalaman aku sendiri dalam 1-2 hari dah dapat..

Ada dengar juga ramai customer kata fp tak bayar refund la apa la.. katanya lambat 2 minggu bayar refund.. tak sure lah bila kena kat aku sendiri macam sekjap je dapat refund.. 1-2 hari dah dapat refund. mungkin ikut nasib kot.

Masa first order tu memang excited walaupun makanan je pun.. lepas ni dah tak yah keluarla order je kat fp.. macam ada duit banyak plak. haha

Cara Order Foodpanda

Ada dua (2) cara iaitu melalui laman web dorang ataupun install je app dorang lagi senang.. Macam aku sendiri install je fp. 
  1. Install fp kemudian register nama, alamat apa semua.. benda senang isikan tempat kosong. 
  2. Make sure enable-kan location kat smartphone korang supaya senang fp nak detect location korang.. 
  3. Nanti akan nampak lah beberapa pilihan kedai makan di kawasan korang. Masa tu lah rambang mata tak tau nak makan apa.. jenuh.. ambik ko lepas setengah jam baru selesai pilih agaknya. haha. 
  4. Dah berkenan kedai makan yang korang nak pilih klik je kedai dorang tu dan pilih menu yang korang sendiri nak makan.. nak pilih menu pun satu hal juga lama memikir.. sedap ke tak. haha
  5. Dah pilih menu semua terus view you cart dan tengok pesanan korang betul ke kira duble comfirm-kan menu..termasuk la details penghantaran.
  6. Make sure payment method tu korang nak bayar online ke cod?
  7. Dah double comfirm semua details terus place order. 
  8. Kalau bayar online kena log in bank mana kita bayar tu dan settle. Tinggal tunggu je rider sampai ke rumah kita. Manakala yang bayar cash on delivery ni tuggu je rider sampai baru bayar kat rider tu ya.. kalau nak bagi tips pun boleh lagi happy rider tu. hehe.. 
Ini antara contoh paparan foodpanda.. ada kfc mcd semua.. 
kalau korang perasan gambar kat atas tu ada delivery, pickup dan pandamart.. Pickup means korang order kat fp then korang pergi ambil sendiri makanan kat kedai makan yang korang order. Manakala Pandarmart tu pula macam lazada n shopee tu jual selain makanan pun ada macam peralatan komputer, powerbank ke order situ nanti rider akan hantarkan ke rumah kita.. 

Location berbeza.. 
Gambar kat atas ni aku nak terangkan contoh biasanya korang order contoh kat bangi.. tetiba korang balik kampung. kebetulan kampung korang fp pun ada kat situ.. jadi time tulah korang nak show off kat parent korang guna fp kan.. tp location masih kat bangi? Make sure korang klik kat bahagian 'Current Location' tu dan jangan lupa add new address (alamat baru kedua) baru muncul ikut lokasi sebenar area kg. Macam aku sendiri dah ada 2 alamat berbeza satu kat rumah kl manakala satu lagi alamat kt kg.



1) Double comfirm order korang.. 
2) kalau ada voucher klik voucher tu dan letak code voucher. Biasanya code adalah PANDAPAL.. dapat potongan 30% kalau pembelian melebihi RM20.

Voucher diberikan oleh fp potongan 30%. Limited voucher. 
Boleh lah dapat order murah kalau jenis order banyak makanan untuk keluarga kan.. Jimat pun jimat. 

check betul2x bahagian delivery details dan payment details. 
1) Then tengok details alamat penghantaran betul ke tak.. dan 2) payment details pun boleh tukar sama ada bankin online or COD.. dah comfirm semua terus je place order. Settled.

Tunggu order sampai kat umah korang dalam beberapa minit. Biasa fp akan bagi jangkaan masa berapa korang akan dapat order. Paling menarik sekali korang boleh nampak secara live rider pergi membuat penghantaran ke rumah korang.. Jadi korang boleh tengok rider kat mana sekrang, sama ada rider ni sesat ke tak nak pergi umah korang..nanti boleh la tegur rider sesat ke..hehe

Selain itu, fp akan sentiasa update perkembangan semasa selepas kita order makan di mana fp akan memberi notification bila kedai makan tengah prepare makanan, rider dah pick up, rider dah sampi kawasan umah kita. Jadi kita dah boleh bersiap-siap tunggu kedatangan rider. Bila rider sampai tu ucapkanlah terima kasih.. sambil selit tips kalau nak bagi la.. tiada paksaan secara sukarela.. Bolehlah makan tanpa perlu keluar rumah. 

Hopefully ini dapat membantu korang yang mungkin baru berjinak-jinak nak order makan kat fp ini. 

Sunday, 19 May 2019

Cara Buka Akaun Semasa Untuk Perniagaan Tanpa Introducer

Bagi mereka yang mejalankan perniagaan sama ada secara kecil atau besar mesti kena ada akaun semasa bagi memudahkan urusan dan bukan melalui akaun peribadi. Apakah yang dimaksudkan akaun semasa?


Apakah yang dimaksudkan dengan akaun semasa? 

Akaun semasa adalah akaun deposit yang ditawarkan semua institusi perbankan di Malaysia dan boleh digunakan sama ada untuk kegunaan peribadi atau perniagaan. Sebagai pemegang akaun semasa, anda boleh membuat bayaran melalui cek. Oleh itu, anda harus mengetahui perkara-perkara berkenaan penggunaan cek sebelum membuat sebarang pembayaran.
Setiap institusi perbankan mempunyai syarat yang berbeza untuk membuka akaun semasa. Ciri-ciri produk yang ditawarkan oleh setiap institusi perbankan juga berbeza contohnya hanya segelintir institusi perbankan yang menawarkan akaun semasa dengan faedah. Oleh itu, anda dinasihatkan agar membuat perbandingan sebelum membuka akaun semasa anda. sumber dari Bankinfo
Cara Bukan Akaun Semasa Untuk Perniagaan Tanpa Introducer
gambar sekadar hiasan

Syarat Buka Akaun semasa

kalau nak buka akaun semasa make sure daftar SSM. Kalau berniaga mestilah kena ada SSM. Dah ada SSM bolehlah buka akaun semasa untuk perniagaan. 

Ada beberapa syarat yang biasa dikenakan oleh syarikat perbankan dan setiapnya mempunyai berlainan syarat. 

Antara beberapa syarat yang perlu ada ketika buka akaun.
  1. Salinan SSM
  2. Minumun deposit RM1000-2000 (tengok Bank)
  3. Ada Introducer
  4. Ada cop Perniagaan ( Nama dan no SSM)
Ini antara kebanyakkan yang bankin akan minta kita lampirkan ketika isi borang nanti. Boleh tahan banyak juga borang yang nak kena isi semua.  

Dan kebiaasaannya yang menjadi leceh ada bank nak cop introducer dan minimum deposit yang besar. Introducer plak kena cari orang yang ada cop perniagaan yang lebih satu tahun ada akaun semasa di bank yang sama dan tak ada masalah kewangan. 

Bank Tanpa Introducer


Tapi ada beberapa bank yang menawarkan untuk buka akaun semasa tanpa introducer. Ini mengikut pengalaman sendiri ya.. Lain branch lain producernya. 

CIMB - Bank ni tak payah introducer kalau kita register secara online (DISNI). Tapi masalahnya tak boleh nak daftar then keluar pop up kena daftar manual kat cawangan CIMB. Sebulan register online tak berjaya. Call HQ 2 kali jawapan yang sama buat-buat terkejut yang online tak boleh daftar ke. Jalan penyelesaian buat secara manual di CIMB. Kebiasaannya cawangan CIMB nak Introducer , nak pakai introducer staff CIMB pun boleh tapi kena beli produk dorang macam insurans ke or unit trust. 

Nasib korang kalau regiester online berjaya daftar. Tapi dimaklumkan oleh rakan lain dah lebih setahun try register tak boleh. Selain itu minimum deposit RM1000 dan juga perlu lampirkan SSM. Mungkin CIMB sengaja untuk untuk 'turn off' register online dan customer perlu register di cawangan di mana cawangan akan mendapat benefit berbanding register online. Sekadar pandangan. 

MAYBANK - Bank ni agak complicated juga lah nak buka akaun semasa kat sini. Minimum deposit agak besar RM2000. Tapi ada sebahagian rakan yang berjaya buka akaun semasa Maybank tanpa introducer iaitu kena buat kat HQ bukan cawanganla. Tapi ikut nasib. Ada yang bagi minimum deposit besar RM10k dapat buka akaun semasa tanpa introducer. 

Nak mudah boleh daftar online Maybank2u.Premier. Tak payah SSM dan Introducer cuma kekurangannya akaun atas nama sendiri lah bukan nama perniagaan. 

BANK ISLAM - Bank ini sangat mudah tapi servisnya ya ampun lambat. Benda simple pun lambat. Bank ini tak perlukan Introducer dan ambil masa 1-3 hari untuk dapatkan pengesahahan. Dah dapat pengesahan baru boleh bagi minimum deposit dan kena tunggu 1 hari pula untuk buat kad. Sangat mudah cuma lambat je. Saya buka akaun semasa di Bank Islam Bangi.

BANK MUALAMAT - Bank Ini juga sangat mudah untuk buka akaun semasa.. Cepat dan siap. Tidak Perlu introducer. Sehari dah siap. Pergi ambik borang, isi, serah ssm ic cop semua macam biasa dengan deposit rm1k.  Simple. 


Tuesday, 24 October 2017

Cara mohon bantuan elaun pekerja Oku Di JKM

Bantuan elaun pekerja Cacat - Mungkin ada yang tahu dan juga boleh jadi ada yang tak tahu tentang kewujudan elaun khas untuk pekerja cacat.

Elaun ini adalah Insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. Membantu menampung keperluan hidup seharian dan meningkatkan taraf hidup OKU dalam masyarakat.

Logo JKM

Syarat Bantuan Elaun Pekerja Cacat


  • OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;

  • Bekerja sendiri atau dengan majikan;

  • Pendapatan di bawah RM1,200 sebulan

  • Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.

Kalau lepas dengan syarat yang dinyatakan kat atas bolehla terus memohon bantuan elaun pekerja cacat di Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM)

Cara mohon bantuan elaun pekerja Cacat


  1. Pergi kaunter untuk mohon elaun EPC di mana2x cawangan JKM.

  2. Nanti akan diberikan Satu borang untuk mohon bantuan..

  3. Isilah borang maklumat biasanya ambil masa 1-2 hari untuk diselesaikan. Sebabnya perlukan maklumat keluarga termasuk No kad Pengenalan keluarga kemudian Bil api dan air rumah.

  4. Kemudian perlu sediakan salinan penyata pendapatan, sekiranya bekerja sendiri tak ada penyata pendapatan boleh buat akaun sumpah di pesuruhjaya sumpah. Nanti akan disediakan borang akuan bersumpah yang mengatakn korang bawah pendapatan sekian2x. tandangan semua..

  5. Dah complete semua..boleh terus hantar borang semula kat kaunter JKM..

  6. Semasa penyerahan borang tu nanti pegawai akan banyak tanya maknanya dia sedang temu duga anda..

  7. Settled

Keputusan Bila Bantuan elaun pekerja Cacat dapat?


Selepas borang diterima oleh pegawai jkm..

dalam masa 2 minggu pihak JKM akan siap disiasat. seterusnya pula adalah keputusan pemohonann akan diketahui dalam masa sebulan dari tarikh borang lengkap diterima..

Kiranya sebulan 2 minggu lebihnya baru dapat keputusan. Itu berdasarkan dari web JKM [DISINI]

Tetapi berdasarkan pengalaman mereka yang memohon bantuan elaun ini sebenarnya memakan masa 2 bulan lebih juga. Baru tahu sama ada lulus ataupun tidak.

Contoh bulan 8 hantar borang bulan 10 baru dapat keputusan. Dan bulan 11 baru dapat bantuan elaun sekiranya lulus.

Semakan boleh dilakukan [DISINI] dengan hanya memberikan No Kad Pengenalan untuk mengetahui keputusan sama ada masih dalam siasat ataum lulus.

Semoga bermanfaat kepada mereka yang mahu mohon EPC di JKM.

Monday, 25 September 2017

Jimat shopping online dengan cashback dari Shopback

Pernah dengar ke cashback dari Shopback? kalau yang tak pernah dengar meh saya terangkan apa itu Shopback dan kegunaannya dalam kegunaan sebagai shopping online.

Apa itu Shopback?


Shopback merupakan satu laman yang menyediakan perkhidmatan untuk anda shopping secara online dan pada masa yang sama anda akan dapat balik duit cash.

Jimat shopping online dengan cashback dari Shopback
Maskot Shopback
Contoh - anda shopping online lazada melalui shopback kemudian telah berbelanja RM300 di lazada dan anda akan dapat balik duit sebanyak RM20 dengan Shopback. Ini bermakna anda shopping RM280 sahaja dan RM20 tu anda akan dapt cash nanti.

Jimat tak jimat kan?. hehe

Selain itu, anda juga akan dapat bonus nanti. Gempakkan? Lagi bertambah Cashback anda dalam akaun Shopback.

Shopback membantu anda memberikan diskaun terbaik di store online yang mempunyai lebih 500 lebih seperti Lazada, Zalora, 11st, Hermo, Bonia, Daniel Wellington, Uniqlo dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja anda kalau pakai prepaid boleh reload di Shopback.. Contoh kalau reload RM10 dan anda akan dapat cash mungkin dalam RM0.85. Kiranya anda hanya bayar RM9.15 sahaja untuk reload.

Nak booking perkhidmatan pengangkutan pun ada macam MAS, booking.com, expedia dan banyak lagi.

Makin lama anda berbelanja kat Shopback lagi banyak cash yang anda akan dapat

Macam mana nak dapatkan Cashback dari Shopback


  1. First anda kenalah daftar Shopback secara percume -> Sign Up ShopBack

  2. Bila dah siap semua daftar shopback semua.. kemudian check store mana yang anda nak shopping kat shopback.. kalau Lazada klik je Lazada.

  3. Bila klik lazada nanti akan keluar la lazada punya website or app.

    setiap kategori lain peratusannya untuk dapat balik duitnya..

  4. Klik je SHOP NOW dan nikmatilah shopping anda di lazada nanti. Begitu juga kalau shopping store online yang lain.

  5. Nanti dah selesai shopping nanti dalam masa 48 jam atau 2 hari anda akan dapat cashback dalam akaun Shopback anda.

Cara untuk keluarkan duit cashback dari shopback


Untuk keluarkan duit anda dari shopback pastikan duit sudah terkumpul paling minimum adalah RM10 dan telah cukup hari untuk keluarkan cash dari shopback.

Duit cashback anda boleh dapatkan melalui bank online seperti Maybank, bank Islam, CIMB, HSBC, RHB dan banyak lagi.

Kesimpulan tentang Shopback

Kepada anda yang kaki shopping online memang jimatlah kalau shopping melalui Shopback sebagai perantara untuk anda shopping sambil berjimat. Dapat pula diskaun, rebat semua yang menarik kemudian dapat balik duit bila dah cukup untuk dikeluarkan. Sangat mudah dan menjimatkan.

Apa lagi, terus daftar Shopback sekarang disini -> Sign Up ShopBack

Tuesday, 1 March 2016

Cara Membeli Tiket Bas Online Malaysia

Bagaimana Cara Membeli Tiket Bas Online Malaysia? Caranya adalah mudah tetapi sebelum itu kalau nak beli tiket bas online boleh buat melalui CatchThatBusCatchThatBus adalah sebuah aplikasi mudah alih yang telah dikeluarkan pada tahun 2014, untuk memudahkan mereka yang duduk jauh dari terminal bas untuk membeli tiket bas mereka tanpa perlu keluar rumah.


Aplikasi CatchThatBus serasi digunakan dengan pelantar Android dan iOS. Ia membenarkan pengguna untuk membuat belian tiket secara online. Ia mengetengahkan bas dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Kuantan, Genting, Johor, Perlis dan juga Singapura, besertakan operator bas seperti Plusliner, Nice, Transnasional, Starmart, Suasana Edaran, Perak Transit dan Unititit Express.

Aplikasi ini juga membenarkan pengguna untuk menyewa serta menggunakan bas sewa, tetapi ia tidak seperti sesetengah dari pesaing lain kerana mereka tidak menawarkan diskaun untuk trip yang seterusnya.

Perkhimatan ini akan berfungsi dengan baik sekiranya anda mempunyai tarikh serta masa yang tetap, kerana masih lagi terdapat kelonggaran untuk membuat pertukaran di saat akhir; pertukaran hanya boleh dibuat di kaunter dengan sedikit bayaran, sekurang-kurangnya 24 jam sebelum bertolak.

Kesemua tiket itu juga tidak boleh dipulangkan semula. Bagi sebarang masalah, anda boleh berhubung dengan operator khidmat pelanggan kami melalui telefon atau e-mail, namun bukan setiap masa kami dapat memberikan respon pantas untuk setiap pertanyaan.

Cara Membeli Tiket Bas Online Malaysia
Logo catchthatbus


CatchThatBus vs Pesaing


Tidak seperti perkhidmatan pesaing, CatchThatBus hanya memberi tumpuan kepada tiket bas untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. Pengguna sering mengadu bahawa aplikasi lain crash agak kerap, misalnya apabila membuka page mereka, amat sukar untuk membuat carian perjalanan yang dikehendaki.

Aplikasi yang sama tidak membenarkan pembayaran melalui perbankan internet pada telefon mudah alih pelanggan, dan sebenarnya, tidak begitu mesra mudah alih sama sekali.

Berbeza dengan CatchThatBus, beberapa aplikasi ini berfungsi dengan lebih baik apabila anda menggunakan desktop anda, tetapi ini tidak selalu mungkin dan ia boleh menjadi sangat mengecewakan.

Selain itu, aplikasi lain tidak ingat butiran pengguna dan penumpang dan memerlukan pelanggan untuk memasukkan mereka setiap kali mereka menggunakan aplikasi.

Cara Book Tiket Bas Online Melalui CatchThatBus


Cuma perlu ikut 4 langkah cara membeli tiket bas online ini dan anda tidak akan ketinggalan bas lagi.

  1. Muat turun aplikasi dan pilih lokasi berlepas dan ketibaan anda dari senarai perjalanan yang ada; untuk membantu anda menjimatkan masa, anda boleh menapis perjalanan ini pada masa, harga, titik asrama, dan menurunkan mata

  2. Seterusnya, masukkan butiran anda; semua data ini akan disimpan secara automatik supaya apabila anda menggunakan aplikasi sekali lagi untuk menempah tiket anda, semua yang anda perlu lakukan adalah untuk memilih nama anda dan anda akan dibawa segera ke laman pembayaran. Apabila di sana, anda boleh memilih untuk membayar dengan kad kredit / debit atau melalui perbankan secara online; harga tiket online adalah sama seperti di kaunter.

  3. Cetak e-tiket dan tunjukkan kepada kaunter tiket di stesen bas atau terus kepada pemandu. Ia sangat penting sebagai bukti tiket sudah dicetak, kerana jika tidak, anda mempunyai risiko untuk tidak dapat menaiki bas.


Aplikasi ini membolehkan anda untuk memilih tempat duduk anda di mana sahaja anda suka di dalam bas. Oleh itu, pilihan tempat duduk oleh yang telah diberikan sepenuhnya dengan pengusaha bas seperti Transnasional, Nice dan Plusliner.