Showing posts with label advertorial. Show all posts
Showing posts with label advertorial. Show all posts

Friday, 23 August 2019

Pakej Traveloka Salebration Dengan Harga Berbaloi Untuk Flight dan Hotel

Perkara benda yang paling best adalah pergi berjalan-jalan atau melancong ke luar negara. Sebab benda ini secara tak langsung buat korang hilang stress buat seketika pastu rasa teruja dengan keunikan negara lain berbanding negara sendiri. 

Lagi best kalau dapat melancong dengan member memang bertambah meriah aktiviti perlancongan korang nanti.

Tempat perlancongan luar negara yang paling jimat dan berbaloi adalah seperti Turki, Indonesia, Thailand, Sri Lanka, Nepal, Peru, Romania, Afrika Selatan dan Poland.

Pakej Traveloka Salebration Dengan Harga Berbaloi Untuk Flight dan Hotel
Antara tempat tarikan antarabangsa

Paling Basic Melancong ke Luar Negara

Paling basic kalau nak pergi melancong mesti kena cari tiket, hotel dan merangka Itinerary Perjalanan. Kalau ke luar negara kena ada Passport atau visa bagi negara yang memerlukan visa. 

Sebelum nak melancong mestilah kena tengok ticket penerbangan dan cari waktu yang sesuai untuk bercuti nanti. Dah beli tiket penerbangan semua barulah cari hotel..nak cari hotel ni yang makan masa sebab nak cari yang betul-betul berkenan la.. kalau boleh yang bajet-bajet la kan.. 

Macam mana nak cari tiket penerbangan dengan hotel sekaligus? Mestilah dengan Traveloka.. semua dalam satu.. mudah senang tak payah nak pening-pening nak kena cari wesbite yang berlainan. semuanya ada dekat traveloka tinggal pilih waktu dan tempat hotel. 

Tersangatlah rugi kalau korang sendiri tak pernah guna Traveloka ni. Kalau malas nak buka komputer kat smartphone pun ada install je kat Android dan IOS.

Pakej Traveloka Salebration Dengan Harga Berbaloi Untuk Flight dan Hotel
Mudah travel dengan traveloka
Bila dah selesai mencari tiket dan hotel maka perlulah merangka Itinerary Perjalanan. Kalau jenis suka jalan-jalan cari makan, then start survey tempat makan yang paling best.. kalau suka muzium maka survey muzium yang menarik untuk dilawati nanti.. kena rangka supaya mudah perjalanan nanti. Just take note kat dalam hp pun dah ok tak perlu nak tulis bagai kat dalam buku.

Traveloka Salebration Dengan Pakej Menarik

Sekarang Traveloka Salebration akan kembali tidak lama lagi. 

Apa itu Traveloka salebration? Ianya merupakan satu promosi khas untuk pengguna Traveloka merangkumi semua aspek termasuk tiket penerbangan dan hotel. 

Jadi kalau nak cari tiket murah dengan harga promosi inilah waktu yang sesuai.



Promosi Traveloka ini ala-ala macam Matta Fair 2019 promotion package la.. cuma matta fair korang kena jalan-jalan pusing satu kawasan untuk tengok pakej yang berkenan nak pergi. Benda ni sangat memenatkan, lagi kecewa kalau tak jumpa pakej yang berkenan.. Dan lagi tak best bila promoter layan macam nak layan tak layan jadi sakit hati pula.. end up tak jadi ambil pakej percutian dari promoter. 

kalau macam promosi traveloka Salebration korang tak payah keluar langsung just duduk depan website or smartphone korang dan tengok promosi menarik terutamanya flight promosi yang disediakan. Jimat masa just croll je sampailah jumpa yang berkenan. Kalau berkenan 'book' terus jangan tengok je krang melepas rugi pula tak dapat bercuti..

kalau jenis kaki jalan memang akan tunggu depan pc or smartphone sebab nak dapatkan diskaun sebelum kehabisan promosi. Setahun sekali je dapat berjimat habis pergi melancong dengan Traveloka Salebration

kalau sebelum ini promosi tahun lepas 2018 yang ditawarkan adalah :
  • Dapat Kupon Diskaun tambahan untuk pembelian segera
  • Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan daripada syarikat penerbangan yang terlibat. TIADA CAJ!
  • Tempoh perjalanan pada Bila-bila masa
  • Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. Tertakluk pada terma dan syarat..
Itu baru tahun lepas punya promosi,. kalau tahun ni punya mesti lagi gempak. Jadi korang dah boleh start lihat promosi 2019 yang akan bermula pada 26 August - 27 September 2019




Monday, 25 September 2017

Jimat shopping online dengan cashback dari Shopback

Pernah dengar ke cashback dari Shopback? kalau yang tak pernah dengar meh saya terangkan apa itu Shopback dan kegunaannya dalam kegunaan sebagai shopping online.

Apa itu Shopback?


Shopback merupakan satu laman yang menyediakan perkhidmatan untuk anda shopping secara online dan pada masa yang sama anda akan dapat balik duit cash.

Jimat shopping online dengan cashback dari Shopback
Maskot Shopback
Contoh - anda shopping online lazada melalui shopback kemudian telah berbelanja RM300 di lazada dan anda akan dapat balik duit sebanyak RM20 dengan Shopback. Ini bermakna anda shopping RM280 sahaja dan RM20 tu anda akan dapt cash nanti.

Jimat tak jimat kan?. hehe

Selain itu, anda juga akan dapat bonus nanti. Gempakkan? Lagi bertambah Cashback anda dalam akaun Shopback.

Shopback membantu anda memberikan diskaun terbaik di store online yang mempunyai lebih 500 lebih seperti Lazada, Zalora, 11st, Hermo, Bonia, Daniel Wellington, Uniqlo dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja anda kalau pakai prepaid boleh reload di Shopback.. Contoh kalau reload RM10 dan anda akan dapat cash mungkin dalam RM0.85. Kiranya anda hanya bayar RM9.15 sahaja untuk reload.

Nak booking perkhidmatan pengangkutan pun ada macam MAS, booking.com, expedia dan banyak lagi.

Makin lama anda berbelanja kat Shopback lagi banyak cash yang anda akan dapat

Macam mana nak dapatkan Cashback dari Shopback


  1. First anda kenalah daftar Shopback secara percume -> Sign Up ShopBack

  2. Bila dah siap semua daftar shopback semua.. kemudian check store mana yang anda nak shopping kat shopback.. kalau Lazada klik je Lazada.

  3. Bila klik lazada nanti akan keluar la lazada punya website or app.

    setiap kategori lain peratusannya untuk dapat balik duitnya..

  4. Klik je SHOP NOW dan nikmatilah shopping anda di lazada nanti. Begitu juga kalau shopping store online yang lain.

  5. Nanti dah selesai shopping nanti dalam masa 48 jam atau 2 hari anda akan dapat cashback dalam akaun Shopback anda.

Cara untuk keluarkan duit cashback dari shopback


Untuk keluarkan duit anda dari shopback pastikan duit sudah terkumpul paling minimum adalah RM10 dan telah cukup hari untuk keluarkan cash dari shopback.

Duit cashback anda boleh dapatkan melalui bank online seperti Maybank, bank Islam, CIMB, HSBC, RHB dan banyak lagi.

Kesimpulan tentang Shopback

Kepada anda yang kaki shopping online memang jimatlah kalau shopping melalui Shopback sebagai perantara untuk anda shopping sambil berjimat. Dapat pula diskaun, rebat semua yang menarik kemudian dapat balik duit bila dah cukup untuk dikeluarkan. Sangat mudah dan menjimatkan.

Apa lagi, terus daftar Shopback sekarang disini -> Sign Up ShopBack

Wednesday, 3 May 2017

Kurta Dan Jubah Raya Paling Meletop

Sekarang dah macam normal je bila belum masuk bulan puasa lagi orang dah sibuk mencari baju raya untuk tahun ini. Mungkin sebab senang takdelah kena bersesak time ramadan nanti nak beli baju raya nanti. Kalau beli awal mesti dah senang skit.. takde nak kalut beli baju raya nanti. Orang kata prepara awal2x lagi senang dari beli last2x minit.

Dan trend baju raya pun kalau kita tengok mesti berubah setiap tahun dan ada je kelainan yang dibawa oleh orang kita sekarang.. kalau dulu keluarga semuanya nak semua warna sama je.. tapi kali ini pada tahun ini lain ceritanya.. keluarga sekarang dah mula mencari jenama dari tempatan yang sekarang sudah mula menawarkan kualiti fabrik yang eksklusif untuk sedondon satu keluarga..

Macam mana nak cari Baju raya 2017 yang sedondon? Ok itu jangan risau sebab boleh cari baju raya di Cirgaro Apparel..

Kurta Dan Jubah Raya Paling Meletop
Teluk Belanga

Kurta Dan Jubah Raya Dari Cirgaro Apparel


Cirgaro Apparel merupakan salah satu jenama tempatan yang popular dengan menawarkan koleksi baju raya iaitu Kurta King (Kurta untuk Ayah) , Kurta Prince (Kurta Untuk Anak Lelaki). Boleh rujuk gambar di atas.

Bukan setakat itu je, mereka turut menawarkan Jubah King (Jubah untuk ayah) dan Jubah Prince (Jubah untuk anak lelaki). Boleh rujuk gambar di bawah.


Kesemua Koleksi raya ini hadir dalam 7 warna berbeza , Wow , tujuh (7) warna tue jadi senanglah nak pilih warna mana yang sesuai dengan tuan punya badan. Ini kalau beli semua mahu sampai raya ke 30 baru habis pakai hehe ..

Terkini : Kurta Neo Dari Cirgaro Apparel


Awal April lalu mereka telah melancarkan Kurta NEO , Kurta yang eksklusif dengan design fabric rekaan mereka sendiri. Kurta Neo ini hadir dalam 4 warna berbeza. Kalau tengok gambar di atas kurta yang direka memang sangat lain dari yang lain berbanding kurta yang ada dipasaran sekarang.

Tak puas tengok baju raya di atas, Nak tengok lagi baju raya 2017 keluaran Cirgaro Apparel yang lain boleh klik [DISINI] untuk lihat album penuh. :D

Apa yang menarik tentang Cirgaro Apparel?



  • Design mereka simple dan minimalist. Tak sarat bagai bila memakainya. Sizing pula ala slim fit. Maknanya walaupun anda ada perut sedikit tetap boleh bergaya. Tidak ketat seperti Jubah / Kurta Slim Fit jenama lalin.

  • Kesemua Koleksi Kurta dan Jubah Raya mereka merupakan READY STOCK. Jadi anda boleh dapatkan sekarang tanpa perlu menunggu lama.

  • Kurta King dan Jubah King mempunyai tag besi eksklusif (tahan karat) Cirgaro yang dijahit tangan.

  • Fabrik Koleksi ini merupakan fabrik corak yang special. Coraknya bukan dicetak tapi emboss dalam fabric. Kena tgk dekat2 baru perasan. Mmg ramai akui kain mereka sedap dan tak panas bila pakai seharian. Sangat comfy dalam cuaca Malaysia.

  • Kualiti jahitan Kurta dan Jubah keluaran mereka kemas dan terjaga. Mereka mengunakan zip tembaga keluaran YKK Japan agar zip mereka tahan lama. Jadi tak payah risau kalau ada yang berzip tu mudah karat ke apa dan yang penting tak mudah tercabut senang kata dijamin tahan lama zip yang dipakai.

Jadi macam mana nak dapatkan baju raya 2017 iaitu Kurta dan Jubah raya mereka dan usha-usha Cirgaro Apparel nie .. Mudah je ada 4 cara bagaimana anda boleh mendapatkan busana Cirgaro :

  1. Instagram : https://www.instagram.com/cirgaroapparel/

  2. Online shopping di website mereka yang mudah dan pantas : https://cirgaro.com/

  3. Whatsapp : 017-6055338 atau klik di sini -> www.wassap.my/60176055338

  4. Atau pergi sahaja ke Butik mereka di Plaza Shah Alam yang dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam. Klik link ini > Maps Butik Cirgaro Apparel utk google maps ke butik mereka

Saturday, 21 May 2016

Perlu Ke Buat Pinjaman Peribadi?

Mereka yang makan gaji paling tidak sekali mesti pernah terfikir suatu hari nanti  tak kira sama ada yang bekerja Kerajaan, Swasta dan bekerja sendiri akan memohon personal loan / pinjaman peribadi.

Pihak bank dan along pula berlumba – lumba menawarkan pelbagai bentuk pakej pinjaman untuk menarik pelanggan. Kadang kala, kempen ini disertakan dengan hadiah menarik dalam bentuk wang tunai, kereta atau pakej percutian.

Fikir Dulu Sebelum Membuat Pinjaman Peribadi


Jalan terbaik sebelum membuat pinjaman bagi memenuhi keperluan adalah dengan menabung. Tapi bagi sesetengah keadaan kita terpaksa memilih jalan untuk meminjam untuk menyelesaikan masalah kewangan yang sedang dihadapi seperti contoh membuat pinjaman untuk beli rumah, kereta dan pelajaran.

Perlu Ke Buat Pinjaman Peribadi?
gambar sekadar hiasan
Dan pekara paling asas yang perlu dilakukan sebelum memohon pinjaman ini ialah menetukan sama ada kita betul-betul perlu atau tidak membuat personal loan.

Pakar kewangan antarabangsa sendiri selalu bertanya dalam seminar mereka; mana lebih mudah, mengumpul USD 1o,000 atau meminjam USD 10,ooo? Dan ramai yang menjawab mudah meminjam USD 10, 000 berbanding mengumpul 10, 000.

Kalau nak pinjam dengan bank ini tak boleh pinjam sesuka hati tanpa sebarang alasan yang kukuh untuk memohon. Kemudian kelayakan pinjaman adalah berdasarkan gaji pemohon sendiri sama ada mampu membayar kembali pinjaman atau pun tidak. Ada pinjaman yang tidak melihat pada gaji tapi itu risiko yang perlu ditanggung pada pemberi pinjaman.

Tapi jangan sesekali kita membuat pinjaman atas dasar suka-suka atau sebab gaji kita layak dan mampu.

Berikut ialah alasan yang biasanya dijadikan sebab untuk memohon pinjaman peribadi;

  • Buat perbelanjaan kahwin.
  • Dijadikan down payment untuk pinjaman hartanah.
  • Mengubahsuai rumah.
  • Perbelanjaan anak masuk ke pusat pengajian tinggi.
  • Dijadikan modal perniagaan kecil.

Setelah kita benar-benar yakin bahawa kita sangat memerlukan sejumlah duit yang tidak kita miliki pada masa itu dan hanya personal loan yang mampu menjadikan penyelesaian maka bolehlah buat pinjaman peribadi.

Tapi sebelum ingin membuat pinjaman pastikan :
  • Patuh Syariah.
  • Pinjaman dari bank yang mempunyai khidmat perbankan internet yang memudahkan kita menyemak baki pinjaman.
  • Peratus kadar faedah yang dikenakan. Elakkan pinjaman yang dikenakan Faedah yang tinggi.
  • Ada Insurans yang boleh membayar baki pinjaman sekiranya peminjam meninggal dunia.
Jadi, di mana nak buat pinjaman boleh rujuk [DISINI].

Sebagai contoh Bank Rakyat ada buat pinjaman peribadi kepada pekerja swasta yang mempunyai pendapatan minimum RM2000 dan boleh mebuat pinjaman maksimum dengan harga RM150,000.

Bila kita membuat pinjaman pastikan kita berjimat cermat bagi memastikan kelancaran untuk membayar balik pinjaman dan sekiranya jika membuat pinjaman sebagai modal perniagaan juga pastikan perniagaan berada dalam keadaan stabil serta mampu membayar balik pinjaman.

Friday, 13 May 2016

Asmara Lotion Yang Sangat Wangi, Cerah dan Anjal

Asmara Fragrance Lotion atau lebih dikenali dengan Asmara Lotion telah menembusi pasaran Malaysia, Brunei dan Singapura pada tahun 2016.
Asmara Lotion pelengkap keayuan wanita. Dengan kesan 3X Lebih Cerah, Wangi dan Anjal. Eksklusif dari DN Perfume.


Haruman perfume yang berkekalan, lembut serta halus dan mudah dibawa kemana-mana. Sesuai digunakan pada bila-bila masa siang ataupun malam.

Dapat membantu mencerahkan kulit, menganjalkan, menyerikan lagi kulit yang telah terkena sinaran matahari.

Asmara Lotion Yang Sangat Wangi, Cerah dan Anjal
Asmara lotion mudah dibawa ke mana-mana sahaja


Kelebihan Asmara Lotion


  • Daya tahan aroma yang sangat tinggi
  • Dengan bauan aroma yang sangat eksklusif
  • Berfungsi mencerahkan kulit, menghilangkan rekahan, kulit kering, serta memberikan lembapan pada kulit
  • Boleh menghilangkan bau badan dan menambahkan keyakinan diri
  • Mengandungi SPF 15 dan dapat menghalang sinaran UV yang boleh merosakkan tekstur kulit
  • Tidak Melekit
  • Tidak ada Paraben
  • Kulit akan tampak lebih cantik, cerah, lembut, lembap, bermaya, bersinar, sekata dengan pemakaian secara rutin
  • Boleh juga sebagai pengganti perfume
  • Lulus KKM ( NOT 151202773K )
  • HALAL dan boleh dibawa solat
  • Bebas Alkohol

Asmara Lotion juga boleh merawat masalah kulit seperti:


  • Kulit hangus terbakar terkena cahaya matahari
  • Kulit kering bersisik
  • Badan berbau ketiak serta bau peluh masam
  • Kulit tumit kaki merekah 1000x
  • Hitam dibahagian celah peha dan berbau peluh
  • Jika anda mengalami masalah ini, tidak perlu tunggu lagi !!!!!!
  • Dapatkan dengan segera dan lihat perbezaannya dalam masa 7 hari.

Cara-cara penggunaan


Sapu dimana-mana bahagian tubuh yang dikehendaki ( kecuali muka ) selepas mandi atau pada bila-bila masa sahaja.

Dengan pemakaian yang teratur selama 7 HARI, kulit cantik berseri bukanlah impian lagi.

Wangian dan Kualiti yang terjamin.

Testimoni Asmara Lotion


Saya sendiri menggunakan lotion ini dan tak menyangka bau lotion sangat wangi walaupun lepas mandi baunya still masih ada. Boleh kata, bau wangi sangat tahan lama. Kemudian letak sikit asmara lotion di sebelah tangan sahaja nampak perubahan ketara terus cerah berbanding tangan yang sebelah lagi yang agak gelap. Memang terbaik! Bau wangi dan boleh cerahkan kulit badan terutamanya di bahagian celah2x yang gelap.

Tak percaya?

korang kena beli baru korang tahu kesannya macam mana nanti. Baru korang terkejut dengan wanginya dan cerahnya kulit. Lagi satu bila pakai lotion ni tak melekit dan terasa gebu je. :D

Harga Asmara Lotion :


Harga asal : RM 65.00 (SM) / RM 70.00 (SS)
Berat : 50ml

Tapi ada harga DISKAUN menarik kalau korang whatsapp/sms seperti tertera di bawah :

whatsapp/sms Fatin - (019-244 9116)
whatsapp/sms Fatin - (019-244 9116)
whatsapp/sms Fatin - (019-244 9116)


Boleh juga dapat di Asrama Fragrance Lotion HQ di bangi beralamat - No.17A, Jln Medan Bangi Pusat 2D, Seksyen 9, Bangi, Selangor.

Jangan lupa juga untuk Like dan follow :

Facebook - Asmara Fragrance LotionInstagram -  Asmara Fragrance Lotion

Monday, 15 February 2016

Masalah Utama Kulit Badan Dan Cara Mengatasinya

Masalah Utama Kulit Badan - Kulit sangat mudah terdedah dengan pelbagai penyakit dan sangat mempengaruhi kehidupan seharian. Kebanyakan penyakit kulit tidak merbahaya tetapi dilihat dililhat dengan mata kasar agak menggelikan. Beberapa contoh dari penyakit utama kulit yang kebiasaan berlaku ialah panau, kudis, jerawat dan masih banyak lagi pelbagai penyakit Kulit yang ada pada zaman serba moden.

Masalah Utama Kulit Badan Dan Cara Mengatasinya
gambar sabun bidara Plus


Cara Mengatasi Masalah kulit Badan


  1. Panau
    Tompok putih pada kulit merupakan masalah biasa di kalangan remaja. Ia boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor seperti pesakit yang kekurangan zat makanan atau mengambil ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant kerap mendapat panau. Begitu juga dengan pesakit hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan

  2. JerawatJerawat adalah keadaaan abnormal pada kulit disebabkan gangguan rembesan berlebihan kelenjar minyak (sebaceous gland) hingga menyebabkan liang roma tersumbat. Ini menyebabkan radang (bengkak) yang biasanya terjadi pada dada, belakang badan dan muka (bahagian paling kerap dijangkiti).

  3. GatalAda banyak faktor kepada kegatalan pada badan salah satunya ialah dari segi makanan, kebersihan, terkena gigitan serangga, penyakit cacar air dan juga boleh disebabkan oleh cuaca

  4. Kulit KeringKulit kering berpunca dari Cuaca, terdedah dengan matahari, Air-Con, Mandi dengan shower air panas, Gangguan kalenjar tiroid dan psoriasis.

  5. KudisFaktor-faktor yang menyumbang kepada kudis adalah tinggal dalam keadaan kebersihan yang tidak sesuai, Kulit tercemar, Berpeluh, Astenyzyruyuscheho penyakit kronik seperti: kencing manis, dystonia, kekurangan berat badan (kekurangan zat makanan) atau, sebagai alternatif, disertai dengan obesiti gangguan Diencephalic. Jika gatal-gatal menembusi kulit, biasanya menunjukkan pembentukan gelembung kecil iaitu kudis.

Inilah masalah utama kulit badan yang sering berlaku pada kulit badan kita. Hanya mereka yang bernasib baik sahaja yang mungkin tidak mempunyai masalah kulit seperti yang di atas.


Bagaimana Mengatasi Masalah Utama Kulit Badan?


  • Selalu Bersenam
  • Amalkan pemakanan yang sihat.
  • Tidak digalakkan mengambil supplement kerana kebanyakkan supplement menggunakan sedikit bahan kimia yang mungkin tidak bagus untuk kulit
  • Jika ada masalah kulit yang serius sila berjumpa dengan Dr untuk dapatkan rawatan dengan segera dan guna ubat yang diberikan dengan betul.
  • Cari sabun yang sesuai dengan kulit yang sensitif seperti Cetaphil. Dettol antibacteria, JF Skin Solution atau Sabun Bidara Plus

Sabun Bidara Plus


Sebut pasal Sabun Bidara Plus, Sabun ni sebenarnya juga salah satu sabun yang dapat menghapus segala masalah utama kulit badan dan muka terutamanya Jerawat.


Bestnya tentang Sabun Bidara Plus ni ialah :


  1. 100% Semula Jadi tiada bahan kimia (Minyak Zaiton, Minyak Kelapa, minyak bidara, minyak habbatus Sauda, Mentega Shea, mentega koko yang telah melalui saponifikasi, garam bukit, propolis vitamin dan mineral)
  2. Menghilangkan bau badan selama 12 jam
  3. Membaiki kulit yang bermasalah seperti kegatalan, kudis, ekzema dan jerawat.
  4. Menghilangkan kesan jerawat & Jeragat
  5. Melembabkan & mencantikkan kulit
  6. Menyegarkan badan

Dijamin tiada SLS dan pewarna serta pewangi tambahan.

Tetapi, tahukah anda akan bahaya Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate (SLS)?

Kedua-dua bahan ini merupakan bahan kimia yang terbukti secara klinikal boleh mendatangkan kerengsaan pada kulit. Namun, kita perasan tak yang penggunaannya masih meluas walaupun dah terbukti ianya tidak selamat? Sebab kos dan harganya MURAH.

Bagi memastikan orang-orang biasa dan kebanyakan macam kita ni pun mampu untuk bersabun, bersyampu, menggunakan pencuci muka dan sebagainya, bahan sintetik ini digunakan kerana kosnya yang jauh lebih murah berbanding produk-produk organik dan semulajadi.

Jika anda semua perasan, kenapa produk-produk organik dan semulajadi harganya MAHAL? Sebab kos pembuatannya juga MAHAL kerana ia dihasilkan daripada bahan organik dan bukannya menggunakan bahan-bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan bahan sintetik.

Sabun Bidara Plus ni  sangat sesuai dengan mereka yang ada masalah seperti ini :


  1. Jerawat/Jeragat
  2. Kegatalan/ruam
  3. Ekzema/Psoriasis
  4. Kulit kering
  5. Badan sering letih
  6. Susah hendak tidur
  7. Masalah perhubungan antara suami & isteri
  8. Sering ditindih/diganggu ketika tidur
  9. Sering sakit kepala

Pengalaman Menggunakan Sendiri Sabun Bidara Plus


Sabun ini tidak sewangi produk sabun yang lain kerana menggunakan 100% semula jadi tanpa menggunakan bahan kimia. Namun, sabun ini selepas digunakan, rasa kulit terasa lembut dan smooth je bila sentuh. Baru beberapa hari pakai ada feedback yang baik pada Badan.

Kesan Sabun Bidara Plus

Kesan mungkin agak lambat, ini bergantung pada kulit dan lambat sedikit untuk baik tetapi memberi kepuasan yang dijamin tanpa merosakkan kulit disebabkan menggunakan bahan semula jadi. Berlainan dengan penggunaan kimia seperti SLS yang memberi kesan cepat tapi tidak baik pada kulit untuk jangka masa panjang seperti contoh berlaku cepat penuaan atau cepat berkedut.

Mana nak dapat Sabun Bidara Plus?


Kepada mereka yang betul berminat nak cuba Sabun Bidara Plus boleh hubungi seperti yang tertera di bawah:

  1. No telefon - 0192635500.
  2. www.sabunbidaraplus.com
  3. Facebook - Sabun Bidara Plus 
  4. Instagram - Sabun Bidara Plus

Jadi bagi mereka yang sudah menggunakan banyak produk di pasaran tapi still ada masalah pada kulit badan apa kata cuba Sabun Bidara Plus. Mana tahu dengan penggunan sabun semula jadi lebih effective berbanding menggunakan produk yang mempunyai bahan kimia. Semoga ini dapat membantu mereka yang sedang mencarik produk yang sesuai.

Wednesday, 26 August 2015

Gambar Jadi Menarik Dengan Fotojet

Nak edit gambar jadi menarik tapi tak tahu kat mana nak edit gambar? Fotojet la jawabnya, haa! apa tu fotojet? ok, Fotojet sebenarnya adalah salah satu penyelesaian secara online untuk kita yang mungkin buntu nak edit gambar dalam pada masa yang sama malas nak download software picture editor

Edit Gambar Dengan Fotojet.com


Fotojet merupakan salah satu web di mana boleh mengubah gambar kita menjadi cantik dan menarik tanpa perlu download mana-mana software untuk edit gambar.

Fotojet telah menawarkan hiasan gambar yang menarik salah satunya menerusi tiga bahagian Collage, Social Media, dan Photo Card.


Gambar Jadi Menarik Dengan Fotojet
website fotojet

Collage

Dalam bahagian ini ada banyak collage yang disediakan yang terdiri daripada modern, classic, holiday dan banyak lagi. Kita boleh letak gambar yang menarik dengan caption pilihan sendiri.

Social Media
Dalam kategori ini, kita boleh edit gambar untuk facebook cover dan juga facebook post. Jadi tak payah susah-susah nak edit berapa tinggi dan lebar untuk facebook cover, just kita edit sahaja kat fotojet kemudian kalau dah siap terus download masuk komputer dan upload di facebook untuk cover.

Photo Card

Mungkin kita nak post kat someone special or buat kenangan boleh lah buat kat photo card. Dalam bahagian ini ada banyak kategori yang disediakan salah satunya adalah Birthday, annivesary, baby, thank you dan banyak lagi.


Selepas pilih mana-mana pilihan untuk gambar, edit la mengikut kreativiti dan boleh juga adjust dan edit pada caption yang kita mahukan. Menariknya, pelbagai jenis font yang disediakan dan ini menjadikan gambar kita semakin menarik dengan font yang cantik.


Selesai sahaja edit gambar dan berpuas hati dengan gambar yang telah di-edit bolehlah share gambar tadi ataupun terus download ke komputer.

Tiada kos atau caj yang dikenakan kalau mahu menggunakan perkhidmatan laman ini.

Kesimpulan


Apa yang diterangkan di atas adalah asas sahaja dan boleh explore lagi di laman tersebut kerana ada banyak lagi hiasan menarik seperti di bahagian Classic, New, popular dan banyak lagi.

Jadi bolehlah layari laman Fotojet.com untuk edit gambar jadi lebih cantik. Juga, boleh ikuti perkembagan menerusi facebook [DISINI]

Semoga bermanfaat untuk kita semua. :D

Friday, 21 August 2015

Koleksi Terbaik Nike Shoes Malaysia

Koleksi Terbaik Nike Shoes Malaysia : Sebut pasal jenama Nike pasti mesti ramai yang sudah tahu dan terus akan mengatakan bahawa ia adalah jenama sukan yang terbaik. Ini dibuktikan prestasi Nike yang selama 51 tahun beroperasi terus kekal mempertahankan kedudukan mereka sebagai jenama pilihan ramai terutamanya di kalangan atlet.

Kalau kita lihat dengan lebih dekat, Nike sangat mengutamakan kepuasan para pelanggan dengan sentiasa menghasil dan memasarkan koleksi produk sukan yang sangat berkualiti tinggi.

Nike bukan sahaja menjual kasut malah baju dan seluar sukan yang berkualiti yang dijamin memberi keselesaan kepada pelanggan.

kasut nike.


Koleksi Nike Shoes Malaysia


Koleksi Nike shoes Malaysia terkini boleh didapati dengan meluas di Malaysia di cawangan-cawangan store Nike di seluruh negara.


Jangan tak tahu ada juga artis yang memakai Kasut Nike antaranya pelakon hollywood iaitu Zac Efron. Zac adalah antara selebriti yang sering dilihat mengenakan kasut dan apa sahaja produk daripada Nike.

Jom kita lihat bagaimana pelakon sensasi Zac Efron menggayakan kasut Nike on a daily basis.

kasut brand Nike

Kalau dipadankan pakaian sukan Nike dengan kasut sukan Nike bersama sepasang cermin mata hitam, pasti lagi bergaya serta menarik perhatian ramai gadis yang melihat!

Kalau nak bergaya dengan Nike Shoes for Men sebenarnya bukan terhad pakai untuk bersukan sahaja tapi boleh digunakan untuk berjalan-jalan bersama kawan atau keluarga agar nampak bergaya. Kiranya kasut sesuai dipakai tak kira masa dan tempat.

Kelebihan bila memakai kasut yang berjenama adalah :

  • Mengikut Trend Terkini
  • Barang yang berkualiti tinggi
  • Dapat mengelakkan kaki daripada tercedera.
  • Memberi cengkaman yang selesa walaupun semasa hujan
  • Ringan dan Tahan Lasak
  • Setiap kasut berbeza fungsi dan kelebihan.

So, pilihlah kasut yang betul mengikut dengan kesesuaian dan keselesaan kaki kita. Kasut biar berjenama agar tahan untuk digunakan kehidupan seharian. Nike Shoes boleh dijadikan pilihan untuk aktiviti seharian.