√ Oh! Ibu - Jangan Marah Kerana Perkara Kecil - Adarain

Oh! Ibu - Jangan Marah Kerana Perkara Kecil

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.


Memang tak dinafikan, bila kita dekat dengan orang yang kita sayang, kita akan menjadi 'panas'. Tapi bila kita berada jauh daripadanya, mulalah timbul rasa rindu dan sayang. Bukan apa, memang dah jadi naluri setiap manusia. Kalau tak, macam mana boleh wujud pepatah melayu, "Bila dekat bahu tahi, bila jauh bau bunga"



Marah Ibu Kerana Perkara Kecil


Ini kisah kawan saya, Masa itu, kawan serumah saya ni baru saja pulang dari kampung. Tapi saya pelik tengok dia sebabraut wajahnya nampak sedih. Yelah, biasanya bola orang tu balik dari kampung, mesti muka ceria dan gembira selalu. Maklum saja dapat jumpa dengan ibu, ayah dan adik-beradik tercinta. Saya pun tegurlah dia kenapa buat muka macam kerang busuk.


Tak sangka-sangka, rupanya dia bergaduh dengan ibu dia sebelum dia balik dari kampung. Semuanya kerana perkara kecil yang timbul di antara mereka berdua. Katanya, dia marah sangat dengan ibu dia. Saya pun rasa tak sedap hati, lagipun orang yang yang dia dendam tu adalah ibu kandungnya sendiri.


Puas saya memujuk agar dia beralah dan meminta maaf pada ibunya. Tapi kawan saya ni tetap berkeras hati dan degil. Kalau orang yang egonya tinggi, tegur macam mana pun tak berguna juga. Jadi, saya tinggalkan dia sorang-sorang dalam bilik sebab saya bengang juga dengan perangainya.


Keesokan harinya sewaktu sedang makan di luar, tiba-tiba saya diterjah oleh rakan serumah saya semalam dengan keadaan sayu. Bila ditanya kenapa lembik semacam hari ini, Rupa-rupanya dia rasa bersalah apabila dia terbaca news feed pada facebook tentang anak yang derhaka. Tapi nak buat macam mana, perkara dah terjadi. Jadi saya nasihatkan dia supaya menghubungi ibu dia semula dan minta maaf sebelum terlewat.


Diapun akur sebab dia sendiri dah thu silap dia pada ibunya tu. Syahdu juga saya dibuatnya. Yelah, tak sangka pula hanya kerana gambar dan status pada facebook yang dilihatnya membuatkan hati kawan saya yang keras ni jadi lembut. Syukur.



Kesimpulan


Biasalah darah anak muda cepat 'panas'. Semua berhak untuk rasa marah tetapi biarlah dalam keadaan terkawal. Apabila marah dalam keadaan tidak terkawal macam-macam boleh terjadi hingga membunuh pun boleh berlaku. Diamkan sahaja apabila ibu bapa marah, mereka marah bersebab. Kalau marah tanpa sebab gila namanya.




[caption id="attachment_2124" align="aligncenter" width="665"]Oh! Ibu - Jangan Marah Kerana Perkara Kecil sumber gambar dari www.bocatc.org[/caption]

Hargailah ibu dan ayah kita selagi mereka masih ada sebab untuk berada di dunia ini. Air yang dicincang takkan putus. Ingat, sejauh mana pun ibu dan ayah kita marah dan tegur tu, sebenarnya ada kebaikan untuk kita. Macam itulah teguhnya hubungan keluarga ini. Jadi hargailah keluarga korang semua. Selamat Hari Ibu. :)

Get notifications from this blog

36 comments

  1. Bila dah makin tua dan ada anak ni, baru boleh faham dengan sebetul-betulnya yang diorang marah dulu sebab sayang. Kalau time remaja dulu, tak faham betul kenapa asyik kena marah. Hehehe

    ReplyDelete
  2. sebab ibu sayanglah dia marah, ambil berat sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. Setiap kata-kata marah ibu bapa kita tu sebenarnya lahir daripada perasaan kasih sayang dan rasa bimbang kalau2 kita ditimpa masalah disebabkan oleh tindakan salah yang kita lakukan..

    ReplyDelete
  4. setuju bro dgn smua point yg ko sampaikan.. yg setiap
    anak akn jadi ibu dan ayah juga..kitaran namanya..
    so hormati dan jagalah mereka sprti mana kita harapkan
    yg bkal blaku kpada kita kelak

    ReplyDelete
  5. kan, masa tulah baru kita faham kenapa mereka marah. marah sebab sayang tak nak kehilangan kita.

    ReplyDelete
  6. sebab ibu bapa kitalah berjaya kerana menjadi pendorong dan penasihat.

    ReplyDelete
  7. Tulah kadang2 ada juga kebaikan facebook ni yer walaupun sedikit..dapat huga memberi kesedaran kepada kita

    ReplyDelete
  8. Perkara yang berlaku akan berlaku pada kita juga suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  9. aku dulu pom pernah gak jadi mcm ni tapi bila dah besar ni perangai tu dah jd matang sikit...ngn ibu pom x kan nak amik kira....kena beralah...

    ReplyDelete
  10. kadang kita tak sedar bahawa ibu kita berpuluh ribu kali redha dengan sikap kita.. bila kita buat salah... kalau ibu kita nak dendam dah lama kita jadi anak derhaka. dah lama kena telan bumi..

    tapi bila ibu kita buat salah sekali... berbuku kita simpan dalam hati...

    tahu bila dah ada nak sendiri...

    ReplyDelete
  11. hati ibu mesti di jaga kalau apa sekalipun wajib hormat itu dan jaga hati dia.

    ReplyDelete
  12. anak yang berjaya ialah yang dapat gembirakan hati ibunya 24 jam sehari
    ilmu banyak, harta banyak, anak bini banyak
    semuanya tak guna kalau tak dapat buat ibu sendiri senyum
    tak guna!

    ReplyDelete
  13. kena balik kampung nih, dah lama tak jumpa ibu.

    ReplyDelete
  14. Hati ibu sangat sensitif. Sebab tu bila balik kampung, kena hati-hati sangat. Kadang-kadang isu kecil pun boleh jadi besar...

    Nway Selamat hari ibu untuk semua ibu-ibu di luar sana...

    ReplyDelete
  15. Saya pun ada pengalaman macam ni. Malangnya sampai sekarang kawan saya tu masih berdendam dengan ibunya. Puas dah bagi nasihat, sampai sekarang ni langsung taknak balik rumah. Saya takut sangat kalau tetiba ada bala diturunkan.

    ReplyDelete
  16. orang yg berdendam ni bg sy orang yg x matang..
    lebih2 lg ngan ibu sendiri, memang tak patut..

    ReplyDelete
  17. Bila dah besar barulah kita ada sedikit penyesalaan.

    ReplyDelete
  18. Betul tu, banyak dah ibu ni pendam je perasaan walaupun menyakitkan hati.

    ReplyDelete
  19. Menyakiti hati ibu bapa seperti juga dia Menyakiti ALLAH S.W.T

    ReplyDelete
  20. Bila ibu bapa makin tua, dia makin sensitif. Memang kena pandai jaga kan.

    ReplyDelete
  21. itulah kalau ada sifat ego susah nak terima nasihat. Doakanlah yang terbaik untuk mereka yang berdendam dengan ibu.

    ReplyDelete
  22. Terlalu mengikut perasaan inilah jadinya berdendam

    ReplyDelete
  23. Selamat Hari Ibu...Semoga para-para ibu dapat menjadikan cerita ini sebagai ikhtiar untuk mereka..

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
  24. kalau ibu bapa bebel, dengar je..itu tips mudah..hehehe

    ReplyDelete
  25. mak ayah marah sebab sayang kat anak.
    cikgu marah sebab sayang kat pelajar.
    kita akan tau ape yg mak ayah kita rasa bila dah ada anak nanti :)

    ReplyDelete
  26. Haha..dulu pernah gak buat macam kisah kawan tu..tapi sekarang tak lagi..saya sayang mak lebih dari segala-galanya...hehe..dulu otak belum dapat berfikir dengan sempurna...sekarang dah ada anak, ok sikit..

    ReplyDelete
  27. dulu biasalah darah muda. Memberontak selalu.

    ReplyDelete
  28. Kasih & sayang seorang ibu membawa ke syurga...

    ReplyDelete
  29. mak gua masak sedap wooo.. hoho..

    ReplyDelete
  30. Susah sebenarnya nak jaga hati ibu.. Lebih2 lagi bila si ibu makin di mamah usia tua..
    Susah nyer nak jaga sebab ganjaran nyer terlalu besar di akhirat nanti.. Menyesal dengan apa yang lalu jangan biar ia di ulangi lagi.. MOga sentiasa berada dalam keredhaan ibu.. :D

    ReplyDelete
  31. betul tu.. jika ada salah faham dgn ibu bapa lbh baik beralah dan minta maaf. Jika ibu bapa redha dgn kita, Allah juga akan redha dgn kita..

    ReplyDelete
  32. Masa muda mungkin kita lebih mengikut perasaan, tapi bila sudah sedar...segeralah bertaubat dan mohon keampunan. Syurga tetap di telapak kaki ibu...tanpa kemaafannya, tak cium bau syurga!

    ReplyDelete
  33. ibu muda kena byk belajar dr ibu senior.

    ReplyDelete
  34. Suatu masa, kita tercari-cari teguran seumpama teguran ibu...
    Ibu, penasihat terbaik yang pernah saya ada

    ReplyDelete
  35. Tula kekadang mood tak sama. Kita okay ibu tak okay. Ibu okay kita pulak tak okay. Haa tu yang terjadinya gaduh gaduh manja ya

    ReplyDelete