Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Thursday, 20 August 2020

Pengalaman Stay Hotel Metrasquare Dekat Dengan Zoo Melaka

Pengalaman Stay Hotel Metrasquare Dekat Dengan Zoo Melaka
Hotel Metrasquare luar nampak biasa tapi dalaman gempak!


Info Tentang Hotel Metrasquare


Hotel MetraSquare terletak di Melaka, 12 km dari Melaka Sentral. Ia menyediakan tempat penginapan dengan restoran, parking peribadi percuma dan pusat kecergasan. Antara kemudahan yang terdapat di tempat penginapan ini adalah kaunter penerimaan tetamu 24 jam, ruang simpanan bagasi serta WiFi percuma di seluruh kawasan penginapan. Hotel ini mempunyai bilik-bilik keluarga.


Semua bilik adalah berhawa dingin dan menyediakan TV skrin rata dengan saluran satelit, cerek, bidet serta peralatan mandian percuma dan almari pakaian. Bilik-bilik di hotel ini mempunyai bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian.


Pilihan sarapan bufet dan Asia disediakan setiap pagi di Hotel MetraSquare. (Buffet takde time PKP)


Pengalaman Stay Hotel Metrasquare


Ini first time stay hotel yang jauh dari bandar Melaka sebab kebiasaannya memang akan stay kat bandar Melaka dan senang kalau nak pergi tempat bersejarah area situ.. 


Yang bestnya hotel ini juga berdekatan dengan tempat menarik macam Zoo Melaka, Taman buaya, World Bee's Museum dan Taman Burung


Hotel ini tak susah pun nak cari ikut google maps memang senanglah jumpa.. Bangunan pun agak terperosok sikit. 


Apa yang bestnya kat sini adalah hotel yang kitorang booking ni jenis bilik hotelnya ada 2 tingkat style macam kondominium. Ada bilik kat atas dan ada juga bilik kat bawah.. Ini untuk booking 4 orang.. Tak sure kalau booking 2 orang mcam mana rupanya biliknya.. Tapi untuk 4 orang duduk ni macam sesuai la untuk family stay siap ada tab mandi lagi. 


Yang bestnya bilik atas ada modem wifi sendiri.. bilik bawah ada modem sendiri. Memang laju wifi berdesup download. Hari tu speed test 100mbps..


Bawah hotel ini ada beberapa kedai yang buka macam Old Town. Banyak kedai tak buka lagi. Belakang hotel ini juga ada hotel namanya Ames


Pengalaman Stay Hotel Metrasquare Dekat Dengan Zoo Melaka
Bilik atas untuk 1/2 orang tidur.. siap ada bilik air sendiri ya. 

Bilik atas ini juga ada tv sendiri tak perlu nak turun bawah kalau nak tgk tv. 


Pengalaman Stay Hotel Metrasquare Dekat Dengan Zoo Melaka
Pemandangan dari bilik tidur atas. 

Pengalaman Stay Hotel Metrasquare Dekat Dengan Zoo Melaka
Bilik atas je ada tab mandi.. kalau bilik bawah takde. 


Pengalaman Stay Hotel Metrasquare Dekat Dengan Zoo Melaka
ini bilik bawah.. muat untuk 2 orang tidur. dengan 2 katil single. 

Time serapan pula agak tak best skit sebabnya time PKP hotel ini takde buat buffet dan dorang akan bagi menu untuk korang pilih. Nanti dorang akan hantar makanan terus ke meja korang. Menu makanan pun agak limited juga. Ada 3 jenis air macam jus oren, teo, kopi. Makanan macam nasi lemak, mee goreng dan ada 2-3 menu lain.

Pengalaman Stay Hotel Metrasquare Dekat Dengan Zoo Melaka
Serapan Nasi Lemak


Overall stay kat sini memang sangat berbaloi dengan apa kita dapat. Sangat selesa dan memuaskan. Cuma agak jauh dari bandar Melaka dan berdekatan dengan aktiviti outdoor macam zoo, taman burung dan buaya. 

Rekabentuk bilik yang unik dan cantik dengan kemudahan TV setelit pada bilik utama dan di ruang tamu. Bilik mandi yang sangat luas dan selesa. Penggunaan hiasan dalaman yang elegent dan moden. Sangat sesuai untuk percutian keluarga. Sangat disyorkan kepada yang ingin menginap dan melawat sekitar Ayer Keroh.

Sunday, 16 August 2020

Tips Melancong Barcelona Bandar Termahal Di Sepanyol

Barcelona merupakan bandar yang kedua terbesar di Sepanyol dan bandar yang termahal di Sepanyol. Ia menerima jumlah pelancong lebih kurang 9-10 juta setiap tahun dan menjadikan Barcelona antara destinasi utama pelancongan di Eropah. Lawatan saya ke Barcelona ialah pada hujung Nov 2016 dan saya bermalam 2 malam di sana ( rasa rugi pula x menginap lebih lama ). Di bawah ini saya kongsikan info info penting bagi yang ingin melawat Barcelona. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. 


Info umum/ General 


Barcelona secara umumnya ialah sebuah bandar yang agak mahal untuk dilawati. Barcelona terkenal dengan senibina yang agak unik khususnya ciptaan Gaudi yang banyak membawa masuk pelancong ke Barcelona. Barcelona memiliki aura Paris namun Barcelona jauh lebih teratur,compact dan efisien. Barcelona ialah sebuah bandar yang pedestrian friendly ( laluan pejalan kaki yang sungguh luas dan lebar). Kebanyakan monumen atau tempat menarik terletak di tengah bandar kecuali ada beberapa yang memerlukan kita untuk menaiki metro atau bus. Bagi yang ingin melawat Barcelona dinasihatkan untuk pergi pergi pada musim sejuk ( November - Mac ) disebabkan oleh jumlah pelancong yang lebih rendah dan memudahkan kita untuk akses ke tempat- tempat menarik dengan lebih mudah dan tak perlu beratur terlalu lama. Dinasihatkan berhati hati di Barcelona kerana ia ialah bandar yang terkenal dalam kalangan pickpockets. 


Tips Melancong Barcelona Bandar Termahal Di Sepanyol
Barcelona, merupakan ibu negeri dan bandar raya Catalonia yang paling ramai penduduk dan bandar raya kedua terbesar di Sepanyol



Harga / Pricing 


Harga secawan cafe latte di starbucks ialah RM 20-25. Harga satu set combo MCD ialah RM 32-36. Hotel di Barcelona bermula dari RM300 ( harga semasa ) 


semalam untuk hotel 3 bintang. 


Pengangkutan/ transportation 


Bagi yang tiba di El Prat Barcelona Airport, anda boleh mengambil


Metro untuk terus ke bandar dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Sekiranya anda tiba di Barcelona Sants Train Station, anda boleh mengambil metro ke pusat bandar dan mengambil masa lebih kurang 10 minit. Barcelona mempunyai perkhidmatan metro yang sangat efisien. Terdapat 8 line metro Barcelona. Harga untuk satu perjalanan ialah 2.4 Euro. Dinasihatkan untuk membeli T10


Tiket yang boleh digunakan sebanyak 10


perjalanan dan harganya ialah 10 Euro. 


Penginapan/ accommodation 


Barcelona dibahagikan beberapa kawasan kejiranan. Untuk memudahkan akses ke tempat tempat menarik anda boleh menginap di kejiranan : 

  • Gothic ( paling Central tetapi paling mahal ) 
  • Eixample ( banyak monumen menarik terletak dalam kawasan ni). 
  • El Born ( banyak kafe hipster dan lebih murah ) 
  • Barceloneta ( dekat dengan laut dan penuh dengan restoran mewah )

Anda juga boleh menginap di luar dari kawasan yang dicadangkan diatas, kerana akses metro di Barcelona sangat efisien. 


Saya menginap di Hotel SOHO, Eixample( semalam RM320). Hanya seminit jalan kaki ke stesen metro Urgell. Saya boleh berjalan kaki hampir ke semua kawasan pelancongan kecuali pantai dan Park Guell.

 

Cuaca/ weather 


Barcelona mengalami Iklim Mediterranean iaitu musim panas dan sejuk yang tidak melampau. 


Musim panas sekitar 20-30 celcius 


Musim sejuk 6-16 celcius. 


Musim sejuk di Barcelona bermula pada bulan November hingga Mac. Digalakkan berkunjung ke Barcelona pada musim sejuk kerana jumlah pelancong yang rendah dan memudahkan akses ke semua tempat menarik. 


Musim panas khususnya Jun ke September adalah waktu kemuncak di Barcelona. Terlalu ramai pelancong dan semua mahal. 


Tempat menarik / places of interest:

 

  • Sagrada la familia Church 
  • Camp Nou stadium
  •  Casa Batllo
  • Casa Mila @ La pedrera
  • Park guell
  • Barcelona beach 
  • Las Ramblas
  • Gòthic Area
  • Plaza Catalunya
  • Passieg de Gracia ( shopping)

Kebanyakan entrance fees untuk tempat/ tempat menarik di Barcelona sangat mahal. Ada yang mencecah sehingga 22 Euros. ( Casa batllo & casa Mila ) 


Secara keseluruhan, Barcelona memberikan Vibes yang berbeza dari Madrid dan Andalusia. Makanan halal juga lebih mudah diperolehi dan akses kepada Seafood lebih banyak. Sekiranya ada kesempatan berkunjung ke Sepanyol, masukkan Barcelona dalam wishlist anda. You’ll love it. You just have to be extra prudent or else you’ll burn more holes in your pockets. Barcelona is expensive..


Sumber dari Mohamed Fazil

Tips Bercuti di Pulau Perhentian Bak Maldives Malaysia

Bak Kata Nitizens yang Pulau Perhentian ini bak Maldives malaysia.. Ye ke? Betul ke?

Basically, kalau dari KL ada 3 option. 


  1. RECOMMENDED: Bas (TBS- kuala besut). Standard bus RM44.40-46 atau nak selesa saya suka amik business class bus (moraza bus) RM49.90 sebab beza sikit jeee. Bila dah sampai, boleh suruh driver berhentikan dekat dengan jeti kuala besut (surau). Untuk balik, kena amik teksi RM10 atau kedekut sangat jalan kaki 15min jee 😂. 
  2. Flight. Yang ni ramaiiii sangat tersilap, walaupon perhentian dekat ganu, tapii perhentian ni lebih dekat dengan kelantan. So, wajib amik KBR. KBR 1hour to jetty (RM65 grab to jetty).
  3. Kereta, kalau dari kl nk jimat lalu gua musang, nk selesa lalu LPT. parking dekat jeti rm10 per day per car. 

Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika dari pantai dalam timur laut negeri Terengganu,


Yang naik bas/flight pastikan confirmkan dengan agent sampai pukul berapa, sebab jeti ke perhentian paling lewat pukul 4pm dan dari pulau perhentian ke besut ada 3 masa je 8/12/4. 

Pakej perhentian ni bebas lah amik lah ikut selera dan bajet awak awak semua. Yang penting awak nak pakej yang macam mana? Pulau Perhentian ada Besar dan Kecil. So, apa beza perhentian besar dengan perhentian kecil? 


  • Pulau besar ni sangat2 sesuai kalau bawak family yg ada warga emas atau yang nak santai sahaja. Ada 2bahagian: teluk keke dengan teluk dalam. 
  • Teluk keke tak banyak chalet, tapi paling cantik dekat pulau besar, dan chalet situ jarang ada bad review tapi nyamuk pulak. Hahah Teluk Dalam kalau ada warga emas. Sebab mostly mmg tepi pantai je chalet. 
  • Tapi, kalau yang nak tapau semua aktiviti boleh amik pulau kecik. Pulau kecik ni lah yang tarikan utama, windmill dan fireshow.

Pulau kecil ni pon ada 3 bahagian.  Long beach, coralbay dan kg nelayan

  • Biasa orang yang dah buat research ni suka amik long beach, tapi betul mmg long beach cantik. Tapi, bagi yang first saya bg tahu awal2, long beach bilik biasa2 pon boleh jadi mahal, sebab tu memang attraction.
  • 2nd option nak murah sikit tapi dekat dengan long beach, boleh amik coral bay. Bagi peminat sunset macam saya, saya sanggup menapak ke coral bay 10min untuk tengok sunset. Nanti tengok kat gambar k 
  • kg nelayan pulau kecik, saya suka duduk sini, sebab makanan murah memang jimat duit hahahah
 

EXTRA TIPS UNTUK ACCOMODATION:


  • kalau nak beli di agoda. Pastikan rating 6.5 pon dah okay. Atau 4.4star
  • Cara nak baca review. Tengok review yg pergi mac-aug sahaja. Itu je yang legit. Ada sebab dia. Panjang nak explain nanti. Atau baca mana2 feedback dari travel agent
  • kalau agoda dah sold out. Boleh cari agent, biasa memang agent block bilik banyak 80%. Agoda amik sikit sangat.
  • Water taxi ke long beach (windmill n fireshow)
  • Untuk orang yang duduk kg nelayan/pulau besar kena amik boat kalau nak pergi windmill n tengok fireshow. Harga berbeza ikut nasib awak lah yeee. Baca doa banyak2 tapi ni rate jelah
  • kalau dari kg nelayan, RM25 pergi balik. 
  • Dari pulau besar mahal sikit RM30-45/pax bergantung pukul berapa korang naik boat, malam mahal ye. 

Hiking


  • Cari campsite dekat long beach, ikut alur pipe. hiking dalam 20min je. Hiking ke? Tak lah hiking sangat. Hahahaha takyah beriya bawak kasut sport. Pakai jelah apa ada. 
  • Boleh je masuk kawasan bertangga tu walaupon dah rupa gitu bertahun  tapi hati-hati lah ye, atas risiko masing2.
  • Recommended: Kalau tak berani, ada je spot lain untuk amik gambar, jalan depan sikit lepas tangga tu belah kanan ada kawasan lapang. Cantikkkk. Nikmat apa yang kau dustakan 


Makan di Perhentian


  • Untuk makan, haaa makan ni tersedak sikit hargaa. Nak makan serba salah, tak makan mati. Acane? Bawak maggi, minta air panas pon bayar ye singgit dua. Hidup tak free. 
  • Macam saya cakap tadi, makan dekat kg nelayan sahaja yang murah harga macam makan kat darat. 
  • Rate makanan dekat pulau selain kg nelayan lunch RM20, bbq/dinner RM25-50. Alah macam korang masuk mall makan manhattan boleh je bayoo. Masuk pulau tiberr kata harga yahudii. Ehh.
  • Recommended: Bbq D’Cafe Long Beach RM25-30 cari kerusi merah, inshallah sedap. Try lahhh harga pon okay jee.
  • nasi bajet kak long corner long beach. Ni paling murah untuk lunch di long beach

Snorkeling


  • Part paling best snorkeling, snorkeling ada 2 masa, sama ada pagi atau petang.
  • tempat snorkeling coral point, shark point, turtle point, lata air berani/marine park. 
  • extra snorkeling di pulau rawa. Pulau rawa ni cantik cuma nya makan masa satu hari sebab jauh. Tapi lebih kurang je bagi saya. 
  • Nak ikan datang kat kita kalau boleh JANGN BAGI ROTI  menggangu ekosistem laut orang kata ! Suruh je boatman bawakkan tempat ikan banyak, kalau penyu tak muncul suruh je abe boatman selam panggil penyu. Takyah susahkan diri 
  • Pakai lah sunscreen yang SESUAI untuk beach.. 

Last last, Perhentian ni walaupun tempat best tapi ada kelemahan 

Elektrik, dorang takda TNB mereka guna generator sahajaa. Kalau generator rosak, atau overload apa jadi? Blackout, blackout. Tapi blackout sekejap jelah. BLACKOUT NI NORMAL TAU. Kadang2 tu bukan salah chalet. Biasa memang kawasan tu semua blackout. Jadi jangan lah marah marah orang situ sangat. Marah lah kerajaan. Eh tiberr hahaahahah. 


Pulau ini pada awalnya tidak mempunyai nama yang khusus.


Biasa kalau memang generator rosak, agent akan transfer cust kat tem lain atau agent akan inform kat cust awal2. Untuk pakej murah ni biasanya elektrik bukan 24jam so make sure tanya dulu agent sebelum booking ye!


Apa2 pon setiap tempat ada je kelemahan dia. Takkan lah semua perfect. Saya rasa yang jual pakej perhentian macam saya je tahu azab dia apa. Marah boatman amik lambat, ombak kuat kalau awak tenggelam siapa nak tanggung? Ombak kuat pon agent kena marah.

Credit 📸: Nurul MShari, Cust & Google. 

Sunday, 28 April 2019

Jalan Cari Makan Best kat Johor Bahru

Lama dah buat jalan-jalan cari makan kebetulan nak pergi Johor Bahru buatlah shortlist tempat makan menarik kat Johor Bahru. Banyak juga pula pilihan nak pergi sampaikan pening nak pilih mana tempat makan best kt johor..

Banyak tempat makan best tapi ini antara beberapa yang dah aku pergi dan try makan kat Johor Bahru. Nak pergi semua tempat memang taklah perut pun kecil je nanti makin bertambah berat badan.

Tempat Makan Kat Johor Bahru 

1. Bigfood Nong Chik Height (Western Food)

Ini adalah kedai makan pertama apabila aku sampai kat Johor Bahru. Ini dah kali kedua aku datang sini. Masa first time aku datang memang sedap tak taulah kali kedua ni sedap ke tak.. 

Portion dia banyak dan harga agak berbaloi serta menu dia pun agak rare jarang ada kat kedai makan lain macam spgahetti chicken chop ko rasa.

Betullah orang kata rasa sekarang tak macam dulu.. biasa-biasa je tak macam dulu tapi masih berbaloilah makan kat sini.. kalau korang nak try boleh lah pergi.. sampai sekarang kedai ini masih penuh dengan orang. Nasib korang lah kalau dapat tempat duduk. Waktu kemuncak antara 8.30-11 malam. Banyak orang buat event hari jadi kat sini.. 

Jalan Cari Makan Best kat Johor Bahru
Spaghetti chicken Chop (dalam spaghetti ada chicken chop) tersembunyi.

Jalan Cari Makan Best kat Johor Bahru
Lupa plak nama menu ni. haha


2. Mee Rebus Haji Wahid

Kedai ni ramai yang suggest suruh pergi dan kebetulan tak de dalam shortlist ntah macam mana singgah aeon tetiba nampak kedai ni.. nama pun Mee Rebus Haji Wahid. Mungkin kedai ini ada cawangan tempat lain terus aku order mee rebus kat sini.. 

Kuah dia memang pekat tak macam mee rebus aku makan kat Bangi cair je.. dan rasa boleh kata memuaskan.. rasanya kalau pergi kedai hq dia lagi padu kot.  

Yang bestnya siap ada beberapa pilihan macam crispy ayam dan sotong. Portion ambil yang large baru puas makan. Berbaloilah dengan harganya atas RM10 macam tu. 

ada kat aeon

Jalan Cari Makan Best kat Johor Bahru
Mee Rebus dengan ayam crispy

3. Restoran ZZ Sup Tulang

Ok tempat ni memang sangat recommend even tempat ni takde lah grand mana tapi rasa dia cukup padu. Tak kedekut tulang. hahah. Aku order Mee Rebus Tulang rasa memang sangat pekat dan padu.. Sangat lah berbaloi. 

4. Onn Kitchen

Salah satu lokasi tempat makan untuk aku serapan. Sebab ramai cakap tempat ni sedap untuk serapan. Menu yang dapat pujian orang ramai adalah roti canainya yang sedap selain itu ada juadah lain macam mee hoon, nasi lemak, lotong dan banyak lagi. Tapi yang paling utama adalah roti canainya. 

Dalam pkul 9-10 pagi dah ramai orang makan kat sini.. nasib korang kalau dapat tempat duduk kalau tak menapak kena tggu turn nak duduk. 

Nak order roti canai korang kena layan sendiri kena begitau kat pelayan kat sana berapa roti canai korang nak then dah dapat roti canai pastu ambil kuah sendiri. Better buat macam ni la kan senang nak ambil kuah yang kita suka. Lagi pun orang ramai sangat tu yang kena layan sendiri. Don't worry makanan cepat siap sbb pekerja pun ramai.

Selain itu, malam dorang ada sediakan makanan western macam steak.

Jalan Cari Makan Best kat Johor Bahru
Warung Onn Kitchen

Jalan Cari Makan Best kat Johor Bahru
Dalamn waong Onn Kitchen
5. Chocosweeties Cafe & Cakes

Cafe ni punya menu utama adalah berdasarkan western food dan cafe ini baru buka kalau tak silap dalam bulan Januari 2019. 

Tempat ni agak tersembunyi sikit tapi kalau google maps mesti tau punya tempat ini..

Memandangkan baru buka aku tak expect tinggi dengan kedai ini sekadar cukuplah mengenyangkan perut ak yang kelaparan. 

Apa yang bestnya tentang cafe ini adalah portionnya yang banyak macam bigfood cuma cafe chocosweeties sedap lagi padu beb. Harga sangat berbaloi dengan portion yang banyak macam tu. Cuma kena tunggu lama sikit sebab owner kata masak fresh. 

Then tetiba nak rasa dia punya slice kek. pilih punya pilih ambil la pandan cheese.. ambik ko, dia bagi slice kek besar gedabak.. memang tak habis la jawabnya. biasa slice kek macam secret recipe kecil kurus je potong, cafe ni potong slice gemok. Makin bertambah kenyanglah jawabnya.

Tempat kat sini agak limit ada 5-6 meja tempat duduk macam tu sbbnya kedai kecil. Kalau tak de orang korang dapat la duduk. macam aku time aku makan kat sini lepas maghrib nasib ada satu meja kosong. Lepas tu ramai pula yang datang. 

Nak masuk kedai ni kena buka slice kiri (jenis sliding) bukan push and pull. Dah 2 kali datang sini asyik nak push je pintunya. haha

====

Jadi itu sahajala tempat makan yang sempat aku singgah tak sanggup nak singgah semua kedai makan kat Johor bahru krang meletop perut. haha. 

Apa yang tulis tempat makannya takdelah grand tapi rasa dia memang best sedap, jadi jangan expect tinggi untuk tempat yang aku listkan. Semoga bermanfaat kepada semua yang teringin nak makan best kat Johor bahru. 

Tuesday, 23 April 2019

Pengalaman Melawat Muzium Penjara Malaysia Di Melaka

Gara-gara viral post pasal Muzium Penjara Malaysia kat Melaka di facebook terus tetiba rasa nak pergi sana tengok suasana penjara macam mana... Sebab rare gak penjara buat muzium. Biasa pasal muzium sejarah Malaysia ni pasal penjara mesti menakutkan.

Pengalaman Melawat Muzium Penjara Malaysia Di Melaka
hadapan muzium penjara melaka


Tujuan Penubuhan Penjara Malaysia


Penubuhan Muzium Penjara Malaysia di alaf baru ini amat bertepatan sekali dengan arus pembangunan Jabatan Penjara Malaysia dalam konteks meningkatkan imejnya. Mengimbau kembali sejarah Jabatan Penjara Malaysia, wajarlah sekali diabadikan sebuah muzium agar sejarah dan kegemilangan jabatan ini tidak luput ditelan zaman.
Pada 27 Januari 2010 Jabatan Penjara Malaysia mendapat kelulusan daripada KDN dengan peruntukan sebanyak 1.5 juta untuk mengubah suai Penjara Banda Hilir untuk dijadikan sebuah Muzium Penjara Malaysia.

Penjara Banda Hilir telah dikosongkan pada 25 Jun 2010. Banduan-banduan dan anggota Penjara Banda Hilir dipindahkan di penjara baru di Penjara Sungai Udang, Masjid Tanah, Melaka bagi memberi laluan kerja-kerja pengubah suaian yang dijangka siap pada penghujung tahun 2010.

Usaha untuk menjayakan Muzium Jabatan Penjara Malaysia menjadi kenyataan mendapat sokongan padu dari ketua pengarah Penjara Malaysia yang baru iaitu Yang Berbahagia Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar. Dengan penubuhan Muzium Penjara Malaysia, sejarah warisan Penjara dapat dipelihara dan diselamatkan, koleksi artifak-artifak sejarah Jabatan Penjara Malaysia boleh dipamerkan untuk tontonan umum. Melalui penerangan dan pameran ,para pelajar serta masyarakat umum dapat menjalankan penyelidikan berkaitan, persekitaran kerja dan sejarah Jabatan Penjara Malaysia.

Apa yang menarik Kat Muzium Penjara? 

Menariknya kat sini korang dapat lihat sendiri suasana sebenar dalam penjara yang hanya mampu melihat awan je dan dikelilingi oleh dinding sahaja.  

korang juga dapat melihat tempat sebatan dan juga tempat gantung sampai mati yang dikenakan untuk mereka yang melakukan kesalahan yang berat. Memang sangat menakutkan. Dua (2) tempat ini iaitu tempat sebatan dan hukuman gantung tak dibenarkan ambil gambar. Kenapa tak boleh ambil gambar tu tak taulah kenapa.. tapi selain dari itu korang boleh ambil gambar. 

Pengalaman Melawat Muzium Penjara Malaysia Di Melaka
Bilik Penjara

Then korang dapat melihat sejarah penubuhan penjara Malaysia, kantin dorang, tempat bermain dorang, tempat bermandi dan bilik penjara dorang macam mana.  

Nampak macam kecil muzium dari luar tapi bila masuk dalam agak besar juga dalam ni. Boleh tahan penat gak masuk dalam muzium ni. 

Pengalaman Melawat Muzium Penjara Malaysia Di Melaka
Tempat beriadah banduan
Ini antara gambar yang sempat diambil hasil catatan banduan ketika berada dalam penjara


Pengalaman Melawat Muzium Penjara Malaysia Di Melaka
Selamat tinggal


Pengalaman Melawat Muzium Penjara Malaysia Di Melaka
banduan menunggu hari penentuan
Secara keseluruhan, muzium ini lebih banyak kepada sejarah penubuhan penjara serta sejarah penjara di beberapa tempat seperti di Penjara Pudu yang sangat popular satu ketika dulu yang dikenang sehingga kini.. Selain itu banyak sejarah staff di jabatan penjara yang banyak menyumbang kepada dunia penjara.

Macam Mana nak ke lokasi Muzium Penjara ?

Tempat ni senang je nak cari melalui google maps cuma yang payahnya nak parking sampai korang tak tau mana tempat sebenar parkingnya.. 

Punyalah aku gigih pusing mana parking muzium ni rupanya parking kat area rumah or kuartes sebelah muzium tu. Kiranya muzium ni takde tempat parking then korang kena parking area kuarters. 

Pengalaman Melawat Muzium Penjara Malaysia Di Melaka
Tempat parking serta laluan ke muzium penjara

Pengalaman Melawat Muzium Penjara Malaysia Di Melaka
parking area kuarters sebelah muzium
Lokasi Muzium Penjara di Melaka adalah di Jalan Parameswara 75000 Banda Hilir, Melaka. Setiap hari buka dari pukul 9 pagi sampai 5 petang dan tutup pada hari isnin. 

Thursday, 31 January 2019

Jom Kita Bercuti ke Hong Kong Disneyland

Hidup ni kalau kita terperap je kat rumah or bilik, rugilah kita. Ye betul dengan membaca banyak ilmu yang kita boleh dapat tapi kalau kiat experience first hand lagi banyak benda yang kita dapat belajar. Kena ada teori dan praktikal barulah lagi syok kan.

Selagi mampu tu explore la dunia ni, so that kita tak menyesal di hari tua nanti untuk tengok culture orang lain. So kenapa aku panjang lebar duk tarbiyah pasal pengalaman ni? Rasa-rasanya kenapa? Yes sudah tentu aku nak kongsikan dengan korang pasal salah satu Disneyland yang dekat gak dengan kita iaitu Hong Kong Disneyland!  

Apa yang Bestnya kat Hong Kong Disneyland

Kat mana tu Disneyland Hong Kong ni? Of course la kat Hong Kong. Cuba korang google barulah tau kat mana sebenarnya Disneyland ni. Haha. Untuk elakkan korang beratur panjang nak beli tiket untuk masuk ke Disneyland ni korang better beli pakej yang dah siap hotel sekali atau beli through online macam kat web Traveloka Malaysia attractions, antaranya.


Adventureland, Hong Kong Disneyland
Disneyland ni buka pukul 10 pagi, so korang dah boleh standby 9.30 depan entrance tu. kalau sampai musimnya ramai la manusia dari pelbagai background dah ada kat situ. Especially musim cuti sekolah so korang kena take note kalau taknak bersesak nanti.

Kat entrance nanti akan ada checkpoint nak cek dalam beg korang ada apa. Kalau ada benda berbahaya tak boleh bawak masuk. Makanan pun tak boleh kecuali baby punya susu dan makanan. Lepas tu yang paling penting sekali macam aku cakap teori dan praktikal, korang amek guide yang ada map sebagai teori sebelum korang praktikkan perjalanan korang yang penuh bermakna. Bahasa kat pamplet guide korang tu ada dalam banyak bahasa so no worries.

Toystory Land, Hong Kong Disneyland
Unless korang faham mandarin atau kantonis, pun no problem. Cuma bahasa melayu aku tak sure ada ke tak, nanti korang update la kat aku ye supaya kau leh push duta China nanti untuk selitkan bahasa melayu dalam pamplet guide tu nanti. Ceh macam aku ni raja lak. Hahaha. Berangan.

Di sekitar HK Disneyland ni, di tempat-tempat tertentu, korang boleh bergambar dengan karakter-karakter Disney. Pilihlah sama ada nak guna kamera sendiri atau pun professional photographer diorang. Kalau guna photographer diorang, of course la kena dapatkan gambar tu menggunakan Photopass dengan kos-kos yang korang kena tanggung. Selain daripada beratur untuk bergambar bersama karakter Mickey & Minnie Mouse, insyaAllah baris beratur tu tak terlalu panjang.
Sebelum terlupa, jangan lepaskan pertunjukan perarakan & pertunjukan bunga api yang akan dibuat pada pukul 7pm – 0930pm setiap malam yang adakan berlangsung di Main Street USA.

Kalau korang bawak kanak-kanak jangan lupa ke Toy Story Land ya..ada pertunjukan 3D dan juga Toy Story secara live yang pasti sangat menghiburkan. Sambil tu korang boleh berehat sekejap selepas penat berjalan. Walaupun taman tema ni merupakan Disyneyland yang terkecil, pasti rasa lenguh juga berjalan. selain daripada tu, korang boleh menaiki tren yang akan membawa anda mengelilingi taman tema ni, pintu masuk ke dalam tren tak jauh dari pintu masuk utama ke dalam themepark ni ya.

Main Street USA, Hong Kong Disneyland
Hong Kong ni negara empat musim. Musim panasnya lebih panas dari di Malaysia, manakala musim sejuknya tidak sampai ke paras beku. Musim bunga dan luruh pula tidak berapa ketara. Mungkin disebabkan tak banyak pokok dan bunga yang terdapat di Hong Kong. Waktu yang paling sesuai untuk melancong ke Hong Kong adalah bulan November ke Mac. Cuaca dingin dan tak terlalu sejuk sehingga membeku. Elakkan perjalanan ke Hong Kong pada kemuncak musim ribut taufan; antara bulan Julai ke Oktober. Jika kategori ribut melebihi T8 (berdasarkan Hong Kong Observatory), kebanyakkan kedai akan diarah tutup dan perkhidmatan kenderaan awam akan tergendala.

So guys plan your holiday and travel well, enjoy enjoy juga tapi safety pun penting. So explore the world and learn something from it hopefully. Good luck guys!!!

Tuesday, 8 January 2019

Harga Tiket Zoo Panda Dah Naik dan Teruja Tengok Panda


Dah lama tak pergi zoo negara last pergi pun masa time belajar kat universiti itu pun atas assignment subjek kena jadi sukarelawan kat Zoo Negara. Jadi adalah pengalaman sikit bersihkan kandang haiwan kat sana lagi-lagi najis haiwan.

Macam saya sendiri ditempatkan kat bahagian seladang memang padu ar baunya. hahaha. Nak2x plak kena bersihkan kawasan kandangnya dengan najis sekali.

itu satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Kali ini dah kerja teringin juga nak merasa sekali lagi tetapi sebagai pelawat kat zoo negara.  Dan yang bestnya dapat tengok Panda sekali. Dah berapa tahun panda ada kat situ baru hari ni dapat lawat tengok panda.

Harga Tiket Zoo dah naik kepada RM43 berbanding sebelum ini RM41. Mungkin atas kos operasi semakin meningkat dan untuk mereka yang OKU adalah PERCUMA. 

Harga tiket [DISINI]

Zoo Negara sekarang bukan dikendalikan oleh kerajaan tapi dikendalikan Pasukan Zoological Malaysia. Kira dah swasta.

Suasana Zoo Negara Terkini

Masih sama lagi keadaanya seperti sebelum ini cuma ada satu tempat istimewa baru khas untuk panda. Selain itu dapat lihat cheetah sekali rasanya sebelum ini tak ada..

Time tengok panda tu memang teruja habis tak sangka ada 3 (tiga) Panda.

tido plak

Panda macam nak berak ke tido

Singa tengah berehat


Badak air nak terjun masuk kolam.
Ada beberapa haiwan kat sana saya perhatikan banyak macam kemurungan mungkin disebabkan dikurung terlalu lama. Ada juga haiwan yang tengok macam happy dapat makanan bermandi-manda kat kolam.

Ada banyak lagi gambar nak letak tp macam banyak sangat plak nak letak. cukuplah beberapa gambar untuk tatapan korang dan korang yang belum pergi tu pergila tengok zoo negara.


Tuesday, 30 January 2018

Tempat menarik dan popular di Johor Bahru

Apa yang popular di Johor Bahru? - Negeri Johor siapa la yang tak kenal dengan negeri ini yang terkenal dengan tempat yang menarik dan popular di kalangan pelancong lagi-lagi pelancong asing.

Negeri Johor ini terletak di bahagian selatan semenanjung Malaysia..Negeri paling hujung sekali dan berdekatan dengan negara Singapura.

Asal Usul Nama Johor

Johor dinamakan sempena perkataan Arab "Jauhar" yang bermaksud permata berharga. Pengaruh Arab di Johor sangat penting kerana peniaga-peniaga Arab yang biasa datang untuk memperdagangkan rempah lama dahulu. Pelawat dan peniaga dari Siam pernah memanggil Johor "Gangganu" yang juga bermaksud permata.

gambaran bandar johor bahru

Johor Bahru Ibu negara Johor

Johor Bahru adalah ibu negara bahagian paling selatan, Johor dan merupakan salah satu bandar terbesar di Malaysia. Johor Bahru dihubungkan oleh dua jambatan dengan negara jirannya, Singapura. Johor Bahru memang terkenal dengan tarikannya dan mercu tanda terkenal seperti Pulau Tioman dan sejumlah besar pusat membeli-belah.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang johor bahru, check out famous places in Johor Bahru

Apa yang menarik dan popular di Johor Bahru?


Ada ke tempat popular di Johor Bahru? Mestilah ada tempat menarik kat sini dan mesti korang akan terpegun dan terkesima dengan suasanan Johor Bahru. Tidak lama lagi Johor Bahru akan jadi lebih menarik dan mengagumkan dari New York dengan berpuluh bangunan pencakar langit yang tinggi dan indah. Mercu tanda yang berbentuk ‘skyscraper’ tertinggi sekarang dalam pembinaan.

1.Legoland

Salah satu tempat yang korang kena pergi kalau pergi Johor Bahru. Kat Malaysia ni, hanya Johor bahru je yang ada Legoland. Merupakan taman tema lego pertama di asia dan tangga ke-enam di dunia selepas legoland dilancarkan. Saya dah pergi tempat ini ternyata memang sangatlah luas dan banyak lego-lego yang menarik.


Setiap musim tertentu pasti ada lego yang menarik seperti musim Star Wars..

Selain itu, juga disediakan perkhidmatan Hotel dan juga Water park. Boleh la mandi puas-puas nanti kat sana.

2.Puteri harbour

Tanjung Puteri adalah salah satu tarikan terbaru dan tempat ini merupakan kawasan pelabuhan di Johor yang boleh dilawati bersama seisi keluarga. Boleh melihat keindahan pantai yang sangat bersih dan luas.


Ada bermacam-macam rekaan arca yang diperbuat daripada buluh. Antara arca yang ada ialah arca tangan berbentuk "Saranghae", arca bentuk belalang kot dan juga taman mini buluh. Bila dah puas berjalan dan mengambil gambar, ada banyak pilihan restoran dan tempat makan yang best di sekitarnya. Pemandangannya semasa matahari terbenam memang cantik!

3.Sanrio Hello Kitty Town 

Dalam kawasan Tanjung Puteri ini juga ada terdapat satu tempat menarik iaitu Sanrio Hello Kitty Town dan thomas town. Sesiapa yang minat dengan Hello Kitty mesti seronok tengok rumah lengkap yang berkongsepkan Hello Kitty dengan warna tema semestinya PINK. Dari Bilik tidur, dapur dan ruang tamu kita boleh lihat dengan mata kita sendiri.

Budak-budak mesti suka dengan kereta api Thomas yang merupakan rancangan popular kanak-kanak. Kat sini banyak replika kereta api serta Windmill Ride, Colin Crane Drop Ride, Harold Helicopter ride, dan pastinya kereta api Thomas untuk dinaiki.

Bagi peminat kereta api Thomas, Thomas Town menanti dengan replika Terdapat juga karakter kartun popular yang lain seperti Angry Bird, Barney, Bob The Builder, dan Pingu.

Pusat membeli belah, restoran serta kafe turut disediakan untuk kemudahan pengunjung. Bukan sekadar untuk anak kecil, orang dewasa pun tentu ramai yang minat dengan karakter kartun ini ke tak ada?

4.Kilang Bateri

Kilang bateri yang terbiar kemudian diberi nafas baru ala hipster..Dulu pernah jadi viral tempat ini dan suasana memang santai dan best kalau nak lepak dengan kawan-kawan..


Pelbagai jenis makanan popular yang ada di sini seperti makanan berkonsepkan western oleh LabbyBros dan kacang pool oleh Cupchai. Pandai-pandailah pusing cari tempat makan best kat sini..

Kat sini juga terdapat kedai buku istimewa iaitu Projek buku, kedai gunting rambut berkensepkan moden yang inginkan rambut gaya terkini serta butik pun ada kat sini.

5.Danga Bay

Danga Bay dulu boleh kata kecil je tempatnya tetapi sekarang bila dah ditambak jadi luas dan kini jadi pusat pelancongan yang popular. Nak tengok pemandangan sambil lihat negara jiran sebelah pun boleh.

Terdapat 4 tarikan utama di Danga iaitu pusat membeli belah Danga City Mall, Danga World Mini Theme Park yang menempatkan permainan karnival sesuai untuk seisi keluarga seperti ferris wheel, merry-go-round dan pirate ship ride.


Tempat Shopping Popular di Johor Bahru


1. Johor Premium Outlet (JPO)

Nak shopping sakan dengan kualiti original boleh datang sini. Harga memang mahal setanding dengan kualitinya.. Biasa orang ramai bila ada sale kat sini.. Tempat besar memang rambang mata tengok barang kat sini..Macam-macam jenama popular ada kat sini..

2.City Square Johor Bahru

Batul-betul berada di tengah bandar Johor bahru. Suasana memang sentiasa penuh dengan orang ramai yang shopping kat sini lagi time weekend dan public holidays.

3. Ikea Tebrau

Tempat shopping peralatan rumah paling popular adalah kat sini Ikea yang baru je buka tahun lepas 2017.. Barang-barang tak payah cakaplah memang berkualiti dan berbaloi untuk dibeli menghiasi rumah.

Selain itu, boleh shopping dekat Aeon Tebrau dan Aeon Bukit Indah. Pada waktu malam korang cuba pergi bazar karat kat Johor bahru.. Memang meriah serta pilihan makan pun banyak selain jualan macam patung, kasut dan macam-macam lagi.


Tempat makan paling popular di Johor Bahru


kalau bab makan bagi adarain memang redah je makan janji sedap.  Ini adalah antara tempat makanan yang wajib korang kena rasa makannaya..

1.Mee rebus Tulang kat Restoran ZZ Sup Tulang

Sebelum ini pernah review pasal restoran ini.. Boleh rujuk di [SINI] Serius rasa memang padu dan kena try sendiri rasanya macam mana... rugi kalau tak cuba. Antara tempat famous yang perlu korang rasa.

2.Mee Rebus Hj Wahid

Lagi sekali Mee rebus. haha.. memang feveret adarain dan kedai ini punya mee rebus pun terbaik terangkat beb rasanya yang memang pekat dan padu..  walaupun kedai ala medan selera kecil tapi rasa makanan tu superbb..sangat rekommend

3. K Fry Urban Korean Holiday Villa

Siapa yang minat makanan korea, tempat ni memang sesuai dengan korang. Wajibd order ayam cheese.. sedapp oii.. tak payah makan nasi.. makan ayam gitu je dah kenyang perut.. minta air kosong dia bagi air kosong ala detox.. lain dari yang lain..

selain itu, boleh singgah Kacang pool Haji, Murtabak Cheese Kg Hji Majidee dan banyak lagi. nak tulis memang panjang tempat makan ni...

Kesimpulan tentang Johor Bahru

Amacam? Banyakkan tempat menarik kat Johor bahru?..

Apa yang dituliskan kat atas baru sikit je sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik dan popular di Johor Bahru tapi apa yang dinyatakan di atas antara yang paling popular di kalangan pengunjung tempatan mahupun antarabangsa.

Kalau korang nak stay kat hotel jangan risau boleh kata semua tempat kat johor bahru ada hotel tinggal cari mengikut kemampuan korang sendiri je nanti. :D

Untuk tempat lain yang menarik di Johor bahru atau kalau nak check out apa menarik di negeri lain korang boleh layari laman [DISINI] 

Tuesday, 1 April 2014

Sekali Lagi Travel Ke Yogyakarta, Indonesia

Ini kali kedua saya ke Yogyakarta manakala buat ibu bapa saya sudah tiga kali ke Yogyakarta. Apabila sampai ke Yogyakarta, tempat yang kami akan kunjungi adalah Malioboro. Pergi Yogyakarta tak sah kalau tak singgah Malioboro.

Hotel sama juga yang kami tempah iaitu Hotel Mutiara (3 Bintang). Hotel tersebut betul-betul berada di tengah pekan Maliobor0 dan berdekatan dengan kedai. Ini memudahkan saya bersama keluarga untuk berjalan-jalan sekitar pekan Malioboro tanpa menaiki teksi dengan berjalan kaki sahaja.

Kenapa Tertarik Ke Yogyakarta?


Tertarik untuk datang sekali lagi ke sini kerana barang-barang seperti baju dan kain tersangat murah. Kali ini, kami sekeluarga beli kain untuk raya yang akan menjelang berapa bulan sahaja lagi. Pekan di sini juga tidak terlalu sesak atau jam seperti Bandung dan Jakarta. Antara tempat pilihan utama kami sekeluarga semestinya Pasar Beringharjo, Mirota batik dan Toko Al-Fath Muslim dan Muslimah.

Pada waktu malam pula pekan Malioboro, Yogyakarta meriah dengan mainan alatan angklung dan nyanyian band jalanan serta banyak kedai makanan di buka sepanjang jalanan kaki lima. Banyak pilihan yang disediakan. Tidaklah terlalu bosan tinggal di bilik hotel sahaja setiap malam. Inilah kelebihan Pekan Malioboro, Yogyakarta berbanding dengan tempat-tempat yang lain di Indonesia. Warisan tradisional masih ada dan tidak pernah pudar.

Jom Belajar Bahasa Indonesia


Jom kita belajar serba sedikit bahasa Indonesia. Sedikit sebanyak dapat membantu anda ketika melancong ke Indonesia.

  • Macet - Sesak/Jam

  • Kass - Kaunter

  • Obral - Big Sale

  • katun - Cotton/kapas

  • Polero - Jaket

  • Toko - Kedai

  • heilem - Topi Keledar

  • Es - Ais

  • Es Teh - Te'o Ais

  • Wisata - Pelancongan

  • Sabuk - Tali Pinggang

  • Pengaman - keselamatan

  • Mobil - kereta

  • Stasiun - Stesen

  • Motip - corak

  • Capek - Penat
Banyak lagi perkataan Indonesia yang belum diketahui dan ada juga perkataan yang sama cuma ejaannya yang lain seperti Taksi, kalau di Malaysia ejaannya teksi tapi membawa maksud yang sama.